Apabila Mantan MPR Beri Ucapan Merdeka


Sila klik pada imej untuk kepuasan membaca.


p/s: minta maaf sangat, hanya ini saja mantan-mantan yang sempat di'wawancara' dalam masa singkat. Harap tak ada yang terasa hati. Kita simpan untuk perayaan lain pula :)


Belekan Seimbas Dewan Sastera September 2008

DS September 2008 membicarakan fokus 'Berbicara Tentang Mereka yang Telah Tiada'. Turut dimuatkan titipan belasungkawa dua Sasterawan Negara iaitu SN Shahnon Ahmad dengan tajuk 'Hilangnya Mutiara Pemikiran bangsa' dan SN Noordin Hassan dengan tulisan 'Azan Terakhir Kalam Pujangga' .


Kolum Alumni MPR kali ini menampilkan Ranofla Dianti Irwan.



Karya-karya Mantan MPR dalam DS September 2008:

Fokus Berbicara Tentang Mereka yang Telah Tiada
Nisah Haji Haron (MPR 1993)

Cerpen Alumni MPR Formula Satu: BMW QI Meritus dan Cinta
Ranofla Dianti Irwan

Sajak Tunas Cipta
Mencari Tenang di Raut Wajahmu
Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri (MPR 2007)


2 JAM SEBELUM SULTAN ALAUDDIN SYAHID DIRACUN


**Sedang berlangsung kini, pementasan teater berjudul 'Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun' karya Faisal Tehrani. Pementasan diadakan di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mulai 25-29 Ogos 2008, jam 8.30 malam. Tiket-tiket boleh ditempah melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH +60179747331 atau email muringwien@mac.com. Anda juga boleh menghubungi produser, HAMZAH AMIR +60172052409 atau email hamzah_oc@yahoo.com dan SAIFUL DIWAN di +60175331002.


TAHNIAH LIM FHENG FHENG!

Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mantan MPR 1999, Lim Fheng Fheng yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana telah menggondol anugerah Deklamator Bukan Bumiputera Terbaik dalam Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2008 Peringkat Kebangsaan pada 22 Ogos 2008 di Auditorium DBKL!

**Gambar ihsan saudara Harlym Yeo.


PEMENANG KATEGORI BUMIPUTERA


Pertama

Che Nu Alina Mohamed (Perak)
"Ladang Merdeka"
Nasir Ali

Kedua

Mohd Aqi Mohd Azmi (Putrajaya)

"Menekuni Memoir Kemerdekaan"
Aminhad

Ketiga

Siti Nur Zafran Zainal Abidin (Kelantan)
"Tun Perak"
Gunawan Mahmood

PEMENANG KATEGORI
BUKAN BUMIPUTERA


Pertama

Lim Fheng Fheng (Kuala Lumpur) Mantan MPR 1999
"Warga Watan"
Hanipah Nokman


Kedua

Wee Win Nie (Kelantan)
"Janji Si Muda Lela"
Raihani Mohd Saaid


Ketiga

Lim Siew Fong (Labuan)
"Harmonika Merdeka"
Nazim Mohd. Subari

** Juga baca laporan Si Muda Lela.

Setelah Beberapa Imbas Dewan Sastera...


Mungkin agak terlewat review Dewan Sastera edisi Ogos 2008 ini. Moderator minta ampun pada semua ya!

Antara karya mantan MPR yang disiarkan pada bulan ini adalah;

(Mengikut urutan pada halaman kandungan di DS ya!)

Cerpen Tunas Cipta

Nazira Mohd Noor (MPR 1999)
Hikayat Seekor Kuda

Hani Salwah Yaakup (MPR 2001)
Terima Kasih, Encik Arez!



Puisi Bulan Ini

Siti Raihani Mohd Saaid(MPR 1997)
Bahasa Si Muda Lela

Salman Sulaiman (MPR 2000)
Nuh, Bersiap Sedialah dengan Perahu Besarmu Itu!



Cerpen

Roslan Jomel (MPR 1991)
Cerita tentang Penulis Cerita



Alumni MPR

Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim (MPR 1994)



***Maaf jika tiada nama alumni yang tidak dicatat disini. Sekiranya ada penambahan dan informasi yang ingin diperbetulkan sila kirimkan di ruangan komen di bawah. Kerjasama anda amatlah kami hargai...
Oleh AZMAN ISMAIL

(Utusan Malaysia)

SEJAK penubuhannya pada 1985, Minggu Penulis Remaja (MPR) kini berusia 23 tahun. Sememangnya ia satu usia yang sudah matang untuk menjadikan program tersebut sebagai sebuah wadah melahirkan penulis-penulis generasi baru.

Namun, pada hakikatnya, jika penelitian dibuat terhadap pada alumni program tersebut, hanya sekitar 10 peratus daripada lulusannya yang aktif berkarya. Kuantiti ini tentunya amat menghampakan.

Perlu diambil kira ke mana perginya 90 peratus lagi lulusan MPR yang lain?

Baca lagi di laman web Utusan Malaysia.

Kelab Alumni MPR
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada kesemua pemenang
HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA
2004-2005!
KATEGORI A – BUKU / KUMPULAN KARYA PERSEORANGAN
Hadiah: RM10,000.00 setiap satu


1. Puisi
Salju Shibuya
Muhammad Haji Salleh
DBP 2004

2. Cerpen
Tiada pemenang

3. Novel/Novelet/ Trilogi
Armagedon Jilid 1: Mandala
Arena Wati
Penerbit UKM 2004

4. Drama Pentas
Tiada pemenang

5. Esei dan Kritikan
Teori Konseptual Kata Kunci
Mohamad Mokhtar Hassan
Penerbit UM 2005

6. Buku Kajian
Tiada pemenang

7. Biografi /Autobiografi
Merentas Laluan
Zaharah Nawawi
DBP 2004


KATEGORI B – KARYA ECERAN
Hadiah: RM1,000.00 setiap satu

Genre : Puisi
1. “Kupilih Jalan Ini”
Hamzah Hamdani
Dewan Sastera, April 2005

2. “Tsunami Bukan Hanya Nama”
Hasyuda Abadi
Dewan Sastera, April 2005

3.“Sejambak Bunga Karang Tsunami”
Kemala
Dewan Sastera, April 2005

4. “Selepas Menonton Puteri Gunung Ledang”
Raihani Mohd Said
Dewan Sastera, Mac 2005

5. “Kubentang Sehelai Peta”
T. Alias Taib
Dewan Sastera, Mei 2004

6. “Cebisan Nota Akhir Laila, Malam Tanpa Bulan di Bukit Gombak”
Siti Zainon Ismail
Dewan Sastera, Februari 2004

7. “Bunga-bunga Aksara”
Wadi Leta S. A.
Dewan Sastera, April 2004

8. “Sajak dari Yawadipha”
Rahimidin Zahari
Dewan Sastera, Julai 2004

9. “Ingatan kepada Kawan ‘ xiv’ “
Zaen Kasturi
Dewan Budaya, Disember 2005

10.“ Anta Yarab”
Nahmar Jamil
Dewan Sastera, Jun 2004


Genre: Cerpen

1. “Di Bawah Langit Copenhagen”
Alinea Abd Halim@Salina Ibrahim
Nur, Januari 2004

2.“Panorama Seorang Nisa”
Siti Hajar Mohd Zaki
URTV, 15-30 September 2005

3. “Sangeetha”
Azizi Haji Abdullah
Dewan Sastera, Februari 2005
4.“Jusoh, Aku Pun Nak Ke Sana”
Azizi Haji Abdullah
Dewan Sastera, September 2004

5. “Profesor Sufi”
A. Rahmad
Dewan Sastera, November 2004

6. “ Padam”
Irwan Abu Bakar
Dewan Sastera, November 2004

7. “ Akrab”
Amaruszati Noor Rahim
Dewan Sastera, Januari 2004

8. “Nikmat Umur Panjang”
Abdullah Hussain
Dewan Sastera, Mei 2004

9.“Aduhai Si Luncai”
Fatimah Busu
Dewan Sastera, Jun 2004

10. “Suami Saya Tidak Melakukannya”
Mawar Shafie
Dewan Sastera, Julai 2005

Genre: Esei/ Kritikan/ Kajian Sastera

1. “Penidakan Wacana Penjajahan dan Pencerobohan dalam Pulanglah Perantau”
Ungku Maimunah Mohd Tahir
Dewan Sastera, Februari 2004

2.“Pemikiran dan Idealisme Shaharom Hussain”
Mana Sikana
Dewan Sastera, Julai 2004

3.“Penerokaan ke arah Pengucapan Baharu Puisi Melayu yang Bertunjangkan Akar Tradisi”
Mohd Taib Osman
Dewan Sastera, Julai 2004

4.“Memukau Audiens dan Indah Sepanjang Zaman”
Siti Hawa Haji Salleh
Dewan Sastera, Julai 2005

5.“Naratif Ogonshoto: Ibarat Madu Lewat Saringan”
Mohamad Saleeh Rahamad
Dewan Sastera, September 2005

6.“Erti Kesusasteraan kepada Kehidupan Manusia”
Sohaimi Abdul Aziz
Dewan Sastera, September 2005

7.“Nasionalisme dalam Dua Drama Shaharom Hussain: Berdasarkan Tafsiran Kohn”
Hamdan Yahya
Dewan Sastera, Julai 2004

8.“Antara Dua Penyair Agung Malaysia – China”
Ahmad Kamal Abdullah
Dewan Sastera, Oktober 2004

9.“Sinisme Sajak-sajak Baha Zain”
Nassury Ibrahim
Dewan Sastera, November 2004

10. “Bicara Subaltern yang Berpanjangan”
Hashim Ismail
Dewan Sastera, Mei 2004


Genre: Drama Pentas

1.“…demi ZAITUN…”
Dato’ Noordin Hassan
Dewan Sastera,
Julai, Ogos, September 2004

KATEGORI C – BUKU REMAJA DAN KANAK-KANAK
Hadiah: RM5,000.00 setiap satu


BUKU REMAJA

1.Puisi
Tiada Pemenang

2.Cerpen
Tiada pemenang

3. Novel
Cerita Adam
Baharudin Kahar
DBP 2004

4. Drama Pentas
Tiada pemenang


BUKU KANAK-KANAK
Tiada pemenang

Nota: Nama berwarna hijau ialah mantan-mantan MPR. Tahniah!

Montaj dan Deklamasi semasa Diskusi

Montaj Pembukaan

video


Puisi Pembukaan




Suluk Cinta




Menggeledah Nurani


NOTA HUJUNG KACAK JELITA

..SEBUAH LAMPOON YANG SERIUS!
OLEH KAHIRUL NIZAM ABDUL RAUB (MANTAN 2000)



BAGAIMANA lagi harus saya babadkan. Inilah impian murni yang penuh dengan angan-angan indah semenjak saya menjadi warga elit Minggu Penulis Remaja (MPR). Idea gila-gila yang tercetus dalam gelak tawa mesra pada majlis makan malam MPR 2007 akhirnya direstui oleh abang dan kakak Kelab Alumni MPR. Dalam kesungguhan pada peringkat permulaan yang akhirnya menjadi kemalasan yang tidak boleh diselamatkan lagi, akhirnya terlaksana jugalah idea yang pada mulanya hanya sebagai bahan gurauan dan gelak tawa.

Kini antologi Kacak Jelita sudah menjadi nyata. Bukan angan-angan lagi. Susah payah saya mengumpulkan nama-nama besar yang bukan sahaja berbakat dalam bidang penulisan namun punya wajah menarik anugerah Ilahi. Memang ramai yang menganggap antologi ini mengarut namun kita terpaksa mengakui bahawa memang ada penulis yang mempunyai wajah menarik. Namun perlu diingat, faktor kualiti tidak pernah diambil enteng. Kebanyakan penulis yang kacak-kacak dan cantik-cantik ini sudah lelah dan jenuh memenangi segala jenis anugerah daripada Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan pelbagai jenis anugerah dan sayembara penulisan. Namun yang paling utama mereka ialah produk MPR!

Biarpun ada beberapa nama yang tidak dapat ditampilkan karya mereka kerana tidak lagi aktif menulis seperti Wira Budiman Azizan, Wan Nasrul Muhaimin dan Silmi Izani. Begitu juga denga ketiadaan ‘Abang Long’ MPR, Zaen Kasturi dalam memang dirasai kerana beliau tidak kurang tampannya walaupun usia sudah mencapai empat dekad. Adik MPR saya, Fahd Razy juga tidak dapat ditampilkan dalam antologi ini kerana dikekang masa di Dublin sana mengejar cita-cita menjadi doktor perubatan. Juga Ranofla Dianty Irwan, Siti Hajar Mohd Zaki dan Ashadi Saiman yang gagal dihubungi. Namun si kacak dan jelita yang sedia ada sudah cukup memberi kelegaan atas kesediaan mereka memberi kerjasama sekaligus berasa berbangga disenaraipendekkan di dalam antologi ini.

Oleh itu, biarlah saya telusuri kewajaran 15 nama yang termasuk dalam senarai “Hall of Fame” Kacak Jelita. Pertamanya tentulah sang arjuna Rahimidin Zahari yang pada sentiasa kekal muda dan tampan biarpun anak-anak sudah menjengah usia remaja. Siapa bisa melupakan mata yang merenung penuh menikam dan senyuman manis menggoda di samping kumis nipis yang menambah lagi seri di wajah putih bersihnya. Dia sanggup saya gelarkan Brad Pitt MPR! Jangan kata saya keterlaluan namun tanyalah wanita-wanita di luar sana. Sudah tentu mereka akan bersetuju sepenuhnya dengan saya. Puisinya cukup membekas dan tidaklah perlu dipertikaikan segala jenis anugerah yang pernah dimenangi. Saya kecewa Zaen Kasturi tidak tersenarai namun saya akan lebih kecewa andai Rahimidin tidak menyertai antologi ini. Ini kerana dia ialah graduan paling kacak dalam sejarah kewujudan MPR.

Wanita jelita ini saya gelarkan di antara Ratu MPR yang tidak pernah turun takhta. Amaruszati Noor Rahim masih kekal jelita biarpun sudah bergelar ibu. Masih teringat lagi menatap wajah ayu itu di majalah Dewan Siswa tatkala usianya baru menjangkau 20 tahun. Biarpun gambar itu hanya hitam putih namun dengan mata galak dan bibir penuh madu, tudung labuh tidak mampu menyembunyikan kecantikan asli wanita ini. Dia saya sanggup bertaruh nyawa untuk digelar Madhuri Dixit MPR! Keterlaluan? Sama sekali tidak. Telusuri dan bandingkan kecantikannya yang tidak pernah pudar dimamah zaman. Dengarkanlah juga suara merdunya tatkala mendeklamasi sajak. Mahu sahaja terbuai lena dek asyik mendengar suaranya.

Si kacak kedua ini sama-sama menyertai MPR bersama saya pada tahun 2000. Kematangannya kala berbicara sudah cukup menambah perisa kepada kekacakannya itu. Muhammad Lutfi Ishak ialah antara contoh kacak Melayu klasik seperti Ed Osmera atau Jins Samsudin yang semakin sukar didapati spesisnya kini. Mata kuyunya itulah antara tarikan utama. Sayang sudah berpunya ketika usia masih muda. Jika tidak, pastilah dia akan bergelar Casanova MPR paling berjaya dalam sejarah.

Seorang lagi Ratu MPR, Salina Ibrahim juga merupakan graduan MPR paling jelita dalam sejarah selain Amaruszati. Sukar untuk digambarkan betapa manisnya dia di dalam foto, lebih jelita lagi tatkala bertatapan wajah. Suara lunak manja sudah cukup ampuh mencairkan hati seorang lelaki. Andai dia sebaya dengan Fasha Sandha dan Fazura, pastilah tiada siapa yang sudi memandang dua gadis itu lagi. Hanya Salina sahaja di mata dan di hati.

Saya tidak pernah bersua muka dengan Shazmee Rizal. Hanya mendengar suara jantannya di corong telefon. Namun semua orang bersetuju untuk meletakkan beliau sebaris dengan si kacak yang lain dalam antologi ini. Hanya pernah menatap wajah di gambar sahaja. Ada wajah kecinaan dan kejepunan dan yang paling penting, masih mempertahankan bentuk badan walaupun sudah beranak pinak. Dia mengingatkan saya kepada Takeshi Kaneshiro. Masih ingat lagi betapa terpesona membaca cerpen Rahsia di Dewan Siswa dahulu. Itulah antara cerpen remaja terbaik pernah tersiar di majalah itu.

Raihani Mohd Saaid, si cilik yang bersuara besar ini. Putih melepak, mata penuh tajam memandang dan hidung kecil elok sahaja menyempurnakan wajahnya. Pandai pula bergaya. Saya sering membayangkan wajahnya seperti Gigi Leung, aktres Hong Kong yang comel itu. Namun, mendengar suaranya yang boleh membelah langit tatkala berdrama atau mendeklamasi sajak, dia bagaikan Maria Callas sedang mempersembahkan nyanyian opera.

Saharil Hasrin Sanin sering menulis cerpen penuh tema dan jalan cerita yang pelik-pelik. Namun tiada apa yang pelik dengan wajahnya. Dia merupakan si kacak yang berjaya mengubah penampilan daripada remaja nerd dengan rambut ala afro kepada pria tegap dan mata layu yang menggetarkan jiwa wanita. Hendak dibandingkan dengan Arnold Schwazenegger, keterlaluan pula. Namun, sejak menyertai gimnasium dan dengan kulit yang semakin cerah, dia ibarat Sylvester Stallone dalam pembikinan.

Dia putih melepak, senyumannya sudah cukup membuat banyak lelaki di UIA tidak tidur malam. Khairunnasriah sentiasa mengingatkan saya kepada Dian Sastrowardoyo. Cuma dia lebih lemah lembut dan bersopan berbanding akters Ada Apa Dengan Cinta itu. Penggayaan tudung labuh yang pelbagai membuktikan bahawa wanita bertudung juga bijak menyerlahkan kecantikan semulajadi hanya dengan senyuman manis dan kelembutan bicara.

Dia ibarat abang saya. Saya masih menganggapnya begitu biarpun sehingga kini masih tiada khabar berita. Dia digilai oleh ramai perempuan termasuk pelajar-pelajar dan juga graduan wanita MPR sendiri. Berbicara penuh sopan dan halus. Begitu juga dengan pakaiannya yang berjenama bagaikan Anuar Zain. Sebelum gelaran metroseksual wujud, dia telah lama mempraktikkannya. Tinggi lampai dan kulit putih melepak. Dia bagaikan bintang Sepanyol, Antonio Banderas. Ya, rambut ikal dan senyumannya itu mirip bintang filem itu. Siapa pernah mempertikaikan ketampanan Hizairi Othman.

Dia walaupun boleh digelar ustazah namun seorang ustazah juga tidak terlepas daripada dianugerahkan Tuhan dengan kecantikan. Kecil molek orangnya namun roman wajahnya lebih manis daripada gula. Paling mahal ialah alis matanya yang cantik terletak. Juga senyuman penuh mulus terhasil daripada bibir comel yang sempurna di wajah. Ummu Hani bagaikan bidadari yang menjelma dalam rupa manusia. Andai dia mempunyai ketinggian seperti Ekin, pasti Mawi akan gundah gulana untuk memilih kekasih hati.

Jejaka chinese look ini dengarnya menjadi rebutan dan kegilaan di Universiti Malaya suatu waktu dahulu. Bolehlah disamatarafkan dengan Nicholas Tse. Amir Mukhriz memang dinobatkan antara graduan MPR paling kacak sepanjang sedekad ini. Apabila sudah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, gayanya juga semakin matang dan memikat. Nicholas Tse MPR ini sentiasa merendah diri walaupun ramai yang memuja dan memuji.

Secara peribadi, saya tidak begitu mengenali Ida Munira. Hanya mendengar kehebatannya mengarang puisi sehingga sudah terbit buku sendiri. Namun apabila dicadangkan oleh ramai orang untuk memasukkan namanya dalam projek ini, saya sungguh teruja. Menatap wajahnya di gambar sudah cukup membuktikan untuk dirinya dibariskan dengan Salina dan Amaruszati dalam senarai jelita. Pipinya yang gebu mengingatkan saya kepada pipi Noreen Noor yang manja jelita itu. Bakat dan paras rupa melengkapkan dirinya sebagai seorang penulis wanita.

Si kacak Shamsudin Othman tidak boleh dipertikaikan lagi paras rupanya. Sejak menyertai MPR sehinggalah ke hari ini, tidak pernah berubah paras rupanya. Masih kurus seperti dulu. Tiada siapa akan percaya apabila diberitahu usianya sudah mencapai 40an. Malahan seperti jejaka berusia 25 tahun sahaja lagaknya. Perkara yang paling mahal tentang penyair tampan ini ialah mata coklat bening, kumis nipis dan rambut ikalnya. Abang Sham ini tidak malu saya ibaratkan seperti Slamet Rahardjo ketika muda.

Rosie..Rosie..salah satu transformasi paling berjaya dalam sejarah. Daripada hanya seorang anak gadis dengan rambut mengerbang dan bercermin mata besar ketika zaman sekolahnya menjadi seorang wanita penuh bergaya dan jelita selepas mengetuai In Trend. Saya sendiri terpaku menatap gayanya di editorial majalah itu. Belum lagi bertermu empat mata. Kelebihan lain untuk wanita ini suara merdunya ketika berbicara. Terasa seperti akrab sahaja tatkala berbicara dengannya. Mengenang Rosie saya sering membayangkan Anne Hathaway dalam Devil Wears Prada. Cantik sekali puan editor kini.

Si jelita terakhir dalam antologi ini ialah Hafizah Iszahanid. Saya mengenali karyanya ketika di bangku sekolah lagi. Masih teringat cerpennya yang berkisar tentang dunia guaman itu. Kini kembali menulis dan warga MPR mengalu-alukan kehadirannya dalam antologi ini. Hitam manis dan masih mengekalkan bentuk badan walaupun sudah punya cahaya mata menambahkan lagi kekaguman terhadap wanita ini. Keterlaluankah kalau saya menyamakan dirinya dengan Kajol? Pasti tidak.

Lengkaplah sudah segala gambaran tentang si kacak dan si jelita yang menjadi kebanggaan MPR ini. Mungkin ramai menganggap penghasilan antologi ini merepek namun ia tetap berjaya. Kami berjaya mengumpulkan barisan penulis tersohor tanah air dan pada masa sama pemilihan mereka berdasarkan paras rupa. Aneh tetapi inilah hakikat yang perlu diakui. Saya sungguh berbangga menulis kata pengantar untuk antologi ini. Inilah bukti para graduan MPR saling membantu dan bekerjasama apabila diperlukan bakti mereka. Untuk warga MPR lain yang tidak terpilih, usahlah berasa anda tidak kacak atau jelita. Cuma inilah yang dapat diperoleh dalam jangka waktu yang singkat. Mana tahu anda akan muncul untuk antologi Kacak Jelita yang kedua. Akhir kata, nikmatilah karya-karya hebat daripada barisan penulis yang bukan sahaja dikurniakan Tuhan dengan bakat menulis, juga paras rupa yang menawan. Antologi ini merupakan bonus paling unik pernah diperoleh para pembaca anotologi ini.

SELEPAS DISKUSI

Alhamdulillah, perancangan berjalan lancar. Terima kasih.
semua mantan yang hadir
berdiri dari kiri: Salman Sulaiman, Fahd Razy, Saharil Hasrin Sanin, Lutfi Ishak, Khairul Nizam, Faisal Tehrani, Ode, Azree Ariffin, Zulfazlan Jumrah, MF Kencana, Wan Nor Azriq, Aidil Khalid, Ridzuan Harun, Shamsudin Othman

Duduk dari kiri: Zaid Akhtar, Nissa' Yusof, Ummu Hani, Nabiha M. Mashut, Zarina, Hidayah, Nisah Haron, Salina Ibrahim, Hani Salwah, Khairun Nasriah, Ghafirah Idris, Sayidah Mu'izzah, Firdhaus Hassan, Hafizul Osman


DISKUSI NOVEL DAN KUMPULAN PUISI MANTAN MPR, 2008

*ini adalah entri promosi, untuk entri terkini sila scroll ke bawah

----------------------------------------------
Dengan sukacita memaklumkan, Alumni Minggu Penulis Remaja akan mengadakan satu majlis Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan Minggu Penulis Remaja, 2008. Anda dipelawa menghadiri majlis tersebut untuk memeriahkan lagi satu majlis wacana ilmiah dan sastera Melayu. TERBUKA UNTUK SEMUA KHALAYAK - PEMBACA, PENELAAH, PEMERHATI, PEMINAT DAN PENCINTA ILMU DAN SASTERA! Butirannya seperti berikut;
TARIKH: 2 OGOS 2008
HARI : SABTU
WAKTU : 8 PAGI
TEMPAT: DEWAN BAHASA & PUSTAKA, KUALA LUMPUR
BAYARAN: PERCUMA

BUKU YANG AKAN DIBICARAKAN:

SESSI PERTAMA (NOVEL)
- MANIKAM KALBU (Faisal Tehrani), akan dibicarakan oleh En. Saleeh Rahamad-
PUISI UNTUK ESDYZUAR (Nisah Hj. Haron), akan dibicarakan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Jalil, UKM
- SALJU SAKINAH (Zaid Akhtar), akan dibicarakan oleh Dr. Rahmah Ahmad H. Osman, UIAM(dipengerusikan oleh Khairul Nizam Abd. Raub)

SESSI KEDUA (KUMPULAN PUISI)
- TAMAN PERCAKAPAN (Shamsuddin Othman), akan dibicarakan oleh Prof. Arbak Othman, UPM
- MENGGELEDAH NURANI (Fahd Razy), akan dibicarakan oleh En. Naapie Mat.
- SULUK CINTA (Ridzuan Harun), akan dibicarakan oleh En. S.M Zakir
(dipengerusikan oleh Salman Sulaiman)
----------------------------------------------------------------------
Kedatangan anda kami alu-alukan dan inilah masanya untuk anda (warga pembaca dan pemerhati sastera) untuk bertemu dengan penulis-penulisnya sendiri. Jumpa di DBP, nanti!
NOTA: pihak urusetia meminta warga mantan Minggu Penulis Remaja hadir beramai-ramai ke majlis ini. Untuk mantan wanita, pihak urusetia meminta agar anda mengenakan pakaian berwarna merah jambu, serta mantan lelaki mengenakan pakaian berwarna perang/coklat. (moga mantan-mantan sporting dengan urusetia, ya!)
* Sila pautkan ke blog anda dan jemput rakan-rakan anda sekali. Harap maklum, terima kasih.
PERHATIAN BUAT MANTAN-MANTAN MPR SAHAJA: Bagi anda yang berminat untuk menyumbang karya eceran untuk diantologikan bagi penerbitan di Dewan Bahasa dan Pustaka, anda boleh bawa bersama cerpen/puisi anda pada hari Diskusi Novel & Kumpulan Puisi Mantan MPR, 2008 nanti. Pastikan karya-karya tersebut belum diterbitkan di mana-mana media dan karya-karya yang baik (sesuai dengan status sebagai anak didik DBP). Jika sesuai, karya-karya ini akan dipilih dan diterbitkan, dan Bahagian Penerbitan Sastera akan bertanggungjawab untuk itu. Boleh bawa lebih daripada satu karya dalam bentuk hard copy beserta dengan butir diri- sumber: Puan. Zalilah Sharif

Emel Editor Tunas Cipta Yang Baharu

***Ini adalah kiriman emel dari Kak Nisah Haron mengenai Editor Baharu, Tunas Cipta (Puan Noraini atau Bonda Ani)

Salam.

Semalam saya ke DBP atas beberapa urusan. Sempat juga bertemu dengan editor baharu TC - Puan Noraini Abdul Hamid. Boleh panggil dirinya "Bonda Ani" - begitu katanya. Sangat mesra dan ramah orangnya. Katanya lagi, setiap pagi sejak akhir-akhir ini dia sangat seronok membuka e-mel kerana dia akan menerima emel berisi karya daripada penulis muda serata dunia. Sempat juga ditunjukkan kepada saya e-mel2 tersebut. Dia tak sangka begitu sekali sambutan yang diterima terhadap majalah yang bakal ditanganinya.

Untuk pengetahuan adik-adik juga, Bonda Ani merupakan graduan sastera dan memang minat dengan sastera walaupun sudah lama meninggalkan bidang tersebut kerana ditugaskan di beberapa tempat termasuk di bahagian buku teks DBP. Namun, beliau seorang yang sangat terbuka pemikirannya walaupun usianya mencecah hampir setengah abad.

Saya sudah minta beliau hadir untuk majlis diskusi mantan MPR Sabtu ini dan beliau sangat teruja dengan undangan tersebut (malah editor Dewan Sastera dan wakil Dewan Siswa juga sangat berminat untuk hadir). Jadi, bagi yang bercuti musim panas, gunakanlah kesempatan ini untuk berkenalan lebih lanjut dengan editor TC ini. Apabila kita kenal editor secara peribadi, banyak urusan dapat dipermudahkan - human factorlah katakan.

Mungkin dia wajar diperkenalkan secara rasmi dalam mana-mana bahagian majlis diskusi nanti (jika ada ruang yang mengizinkan). Beliau boleh dihubungi melalui e-mel :

noraini3@dbp.gov.my ataupun
nazira@dbp.gov.my (Puan Nazira Mohd Noor - penolong editor) - juga mantan MPR kan?

Jadi, silakan menulis. Wadahnya sudah disediakan. Hanya perlu diisi sebanyak-banyaknya.


ikhlas,
Nisah Hj Haron
www.annyss.blogspot.com
www.ujanailmu.com.my
Blog Widget by LinkWithin
top