Akan terbit

Bakal menemui anda, antologi Kacak Jelita. Mahu tahu siapa si kacak dan siapa pula yang jelita...nantikan kemunculan antologi ini.

***Kulit antologi ini adalah catan milik Rahimidin Zahari dan diper"cantik"kan oleh Si Naganaga. Sumber gambar dari blog Si Naganaga

Panduan Menghantar Novel HSKU


Untuk memahami apakah kehendak penganjur, pengarang digalakkan membaca laporan panel hakim pada setiap tahun. Bagi tujuan tersebut, dapatkan antologi cerpen remaja HSKU. (Ada dijual di www.ujanailmu.com.my) Beberapa tahun kebelakangan ini, laporan tersebut diterbitkan dalam antologi tersebut. Hal inilah yang membezakan novel remaja Bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Walaupun sudah dua tahun 'menumpang' di HSKU, masih tiada laporan panel hakim bagi novel Bahasa Inggeris dapat dibaca di mana-mana.


Diatas permintaan untuk panduan menulis dan menghantar novel ke HSKU, Kak Nisah Haron telah sedia berkongsi pengalaman berharga beliau dengan kita semua. Panduan menghantar manuskrip novel ke HSKU dapat anda baca dengan lebih lanjut di blog Kak Nisah Haron.

Terima kasih Kak Nisah yang sudia berkongsi pengalaman yang amat berharga itu.

Foto Sekitar HSKU

Ini dia seperti yang dijanji-janjikan, foto-foto menarik sepanjang HSKU yang telah berlangsung 20 Jun 2007 di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur yang lalu. Namun begitu, harap ampun dan maaf jika gambar yang dipaparkan agak sedikit (malam itu saya kebanyakan mengambil foto teman-teman menggunakan kamera mantan yang lain). Jadi, kepada mantan alias pemenang malam itu yang sudi berkongsi gambar, boleh emelkan gambar anda ke mantan_mpr@yahoo.com.my. Kiriman gambar-gambar anda, amat dialu-alukan!. Terima kasih.


Ummu Hani & Ibu (tudung merah)



Fahd Razy & Isteri



Kak Rai, Kak Nisah Haron & Kak Salina yang berpakat berpakaian ungu.



Kak Nisah & Kak Rai yang tersenyum gembira. Wah, senyum ada makna ini!



Faizati, Kak Salina & Nasriah



Barisan warga MPR yang menang malam itu. Saya hanya ambil aura mereka...haha!


*** Entri & gambar-gambar sempena HSKU 2007 juga boleh anda lihat di blog

Kak Nisah Haron
Hani Salwah
Kak Rai
Khairun Nasriah
Ghafirah Idris
Ummu Hani
Fahdrazy

HSKU : Sekalung Tahniah Buat Semua!

Pihak Kelab Alumni MPR dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua mantan MPR yang telah berjaya mengukir nama dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. Secara sepintas lalu, HSKU07 telah memperlihatkan penguasaan penulis wanita dan juga kelompok mantan MPR. Semoga kejayaan ini memberi suatu tiupan semangat kepada kita bersama untuk menulis dengan lebih tekun!

SENARAI PEMENANG MPR - HSKU

NOVEL REMAJA
Hadiah kedua (RM4,500) Tawarikh Cinta - Nisah Haron [MPR 1993]
Hadiah ketiga (RM3,000) Baromkeh: Matamu di Mataku - Ummi Hani Abu Hassan [MPR 1999]

CERPEN REMAJA

3 Hadiah Utama (RM2,500)
Banglo Kolonial di Lot 152 - Khairunnasriah Abdul Salam [MPR2005]
Rumah Nurul Iman - Ghafirah Idris [MPR2004]

6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)
Mamaku Menteri - Salina Ibrahim [MPR1991]
Selamat Kembali Nurul Merdeka - Khairunnasriah Abdul Salam [MPR2005]

KATEGORI CERPEN

3 Hadiah Utama (RM3,000)
Dari Suatu Tikungan Lorong - Zainal Palit (Zaen Kasturi) [MPR 1985]
Warna - Faizati Mohd Ali [MPR 1996]

6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)
Cerita Sebuah Lembah - Muhammad Lutfi Ishak [MPR2000]
Putik Qunaitara - Ummi Hani Abu Hassan [MPR1999]

KATEGORI PUISI

3 Hadiah Utama (RM 1,000 setiap satu)
Denyut Murba - Zainal Palit (Zaen Kasturi) [MPR 1985]
Menggeledah Nurani - Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy) [MPR2000]

6 Hadiah Penghargaan (RM500 setiap satu)
Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib - Shamsudin Othman [MPR1986]
Ingatan Kepada Kawan xx - Zainal Palit (Zaen Kasturi) [MPR 1985]
Sajak Anum Kepada Jebat - Siti Raihani Mohamed Saaid [MPR1997]

Takziah

Salam kepada semua pengunjung blog rasmi MPR,

Pada jam 12.30 tengahari tadi, kita telah kehilangan Puan Rohaya Yusof (Penolong Editor, Dewan Sastera) di Hospital Kuala Lumpur.

Kami mewakili semua Mantan MPR ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Jasa beliau menyemarakkan dunia sastera tanahair akan sentiasa dikenang.

Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada arwahyarhamah.

AL-FATIHAH!

Seimbas Belekan Dewan Sastera JUN 2008

(maaf terlambat pula buat belekan)

DS bulan ini membawa fokus Sastera Tradisional. Sepatah kata editornya pada tajuk “Daripada Editor”, peribahasa gambaran genius pemikiran bangsa!

Karya mantan MPR dalam DS Jun 2008:

Cerpen Tunas Cipta

Sepotong Cinta dalam Lipatan Hati –Salman Sulaiman (mantan 2000)

Janji untuk Adam –Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri (mantan 2007)


Sajak Tunas Cipta

Gula-gula Berwarna-warni –Aidil Khalid (mantan 2007)

Mahu atau Tidak –Jamilah Mohd Nordin (mantan 2007)

Cerpen

Orang Berilmu lwn Orang Biadap –Kamariah Kamarudin (mantan 1989)

Di Bawah Lindungan Hudaibiyah –Nisah Haji Haron (mantan 1993)

Ruangan Alumni MPR membawakan Wira Budiman, pemenang Hadiah Sastera Siswa DBP 1994-1997.

“Ketika tahun umurku tiga

Cita-citaku ingin menjadi ... Superman!

MEREPEK, kata orang dewasa, DIA TIDAK WUJUD

........... “

Superman Itu Wujud

-Wira Budiman

Catatan Puan Zaiton Abu Samah

**Sedikit catatan Puan Zaiton Abu Samah di ruangan komentar.

Salam semua,
Ajikik atau Haji Ahmad Ismail ialah editor Dewan Siswa yang pertama. Dan ketika Minggu Penulis Remaja(MPR) diwujudkan, sdr Abdul Ahmad, editor Dewan Siswa(DS) ketika itu dan Dato Johan Jaffar, ketua unit remaja, dan Ajikik adalah diantara pencetus kepada kewujudan MPR ini. Semua penulis cerpen/puisi DS, yang karya mereka pernah tersiar dlm DS, kecuali Ahmad Patria Abdullah (yg dipilih kerana siri novelnya) dijadikan anak angkat DBP dan mengikuti MPR.

Ketika itu juga, tenaga pengajar terdiri daripada Ali Majod, Allahyarham Dr Othman Putih, Prof Rahman Shaari, A Rahim Abdullah dan lain-lain. Hasilnya memang membanggakan. Nama-nama besar seperti Hizairi Othman, Faizal Tehrani, Zaen Kasturi, Nisah Hj Haron, Dr Kamariah Kamaruddin, Lily Haslinda (sekadar bebrp nama) lahir dan menjadi penulis yang berjaya di tanah air. Itulah sebenarnya tujuan utama MPR, melahirkan penulis pelapis dan seberapa ramai penulis yang baik di Malaysia.

Saya, Hassan Alias, Che Mahani, Adnan Majid, Khatijah Ismail,Adnan Jamil, Hanafi Ibrahim, dan beberapa orang lagi masih di DBP bagi meneruskan usaha ini. Sebagai editor DS yang terkini, cukuplah saya dapat menumpang bangga dengan kejayaan dan kegigihan penulis MPR yang telah menempah nama dan menulis semula di DS. Kelangsungan usaha dahulu perlu diteruskan dan saya seronok dengan tugas itu, mengesan penulis-penulis baru yang berbakat agar jadi sehebat penulis MPR yang lalu.

Cukuplah jika penulis2 MPR yang lalu terus menerus menghasilkan karya yang baik dan membanggakan, kami akan berasa puas dan lega. Lebih menggembirakan saya, jika penulis MPR dapat juga menyumbang karya dan idea di dalam majalah kesayangan yang kita kongsi bersama iaitu DS.

Cuma janganlah kita melupakan nama-nama awal yang telah mencetuskan MPR seperti Dato Johan Jaffar (kini pengerusi pengelola DBP), sdr Abdul Ahmad (sudah bersara), sdr Ajikik (sudah bersara), sdr Ali Majod (sudah bersara),Hj Jajuli (bersara)Kamariah Ali (bersara), Arshad Rawian (Pengarah DBP Utara), Puan Izah (pengarah Sastera DBP), Padilah Ali (kt bhgn Majalah) dan beberapa nama lain yang telah berusaha keras di peringkat penubuhan awal MPR.

Jasa mereka begitu besar di dalam sejarah MPR dan penghasilan karya remaja Malaysia. Hasan Alias editor selepas Abdul Ahmad. Editor DS yang lain ialah Che Mahani Che Ibrahim. Ketika DS berada di karangkraf (1996 -2006)ada dua editor yang menanganinya. Saya ditugaskan menangani DS ketika DBP mengambil semula DS dari karangkraf pada Januari 2007.

Harap maklumat ini dapat membantu.
Selamat berkarya.

Puan Zaiton Abu Samah
Blog Widget by LinkWithin
top