Salah seorang daripada ayahanda Sasterawan Negara yang sudah beberapa minggu dimasukkan ke hospital, telah kembali ke rahmatullah hari ini. Sasterawan yang dimaksudkan adalah Allahyarham SN S Othman Kelantan atau nama sebenarnya Syed Othman Syed Omar.

Alumni MPR merakamkan ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham.

Al Fatihah!

Mantan MPR di HSPM

Sekalung tahniah (meski agak terlewat) untuk mantan MPR yang telah meraih kemenangan di Hadiah Sastera Perdana, Malaysia 2004-2005. Antara mantan yang menang adalah:

Kategori B: Karya Eceran
(Puisi)

Siti Raihani Mohd Saaid (MPR 1997)
"Selepas Menonton Puteri Gunung Ledang"

Rahimidin Zahari (MPR 1986)
"Sajak dari Yawadipha"

Zaen Kasturi (MPR 1985)
"Ingatan Kepada Kawan "xiv""

(Cerpen)

Siti Hajar Mohd Zaki (MPR 2000)
"Panorama Seorang Nisa"

Amaruzati Noor Rahim (MPR 1986)
"Akrab"



Tahniah di ucapkan sekali lagi!

Menurut seorang penyelenggaranya, antologi ini mengambil masa paling lama untuk disiapkan. Barangkali kerana kesensasiannya dalam sejarah penerbitan antologi. Dan, berikut ialah antara langkah-langkah akhirnya...
Dua orang mantan yang terlibat dalam satu 'skandal' menunggu Naga-naga, orang yang bertanggungjawab membentuk duduk-letak grafik kulit antologi Kacak Jelita - untuk turun menyerahkan CD kulit antologi daripada menara tempat beliau bekerja) "maaflah ganggu Encik Naga-naga makan tengah hari..."
Inilah rupanya kulit antologi di atas kertas - dibentangkan di atas meja di Restoren Tupai-Tupai sambil bincangkan apa-apa yang patut. (Tempat di mana si baju hijau dalam gambar tu minta telur dadar macam di kampus dia).

Terima kasihlah, kerana hidangkan kami kopi. Memang orang di Meteor tu pandai bancuh kopi(Ya lah, jemu juga saling mengadap muka engkau-aku-engkau sahaja kan...?)

Setelah berbincang apa-apa yang patut, termasuk harga dan susun letaknya, maka wakil kami pun turunkan tanda tangan - tanda sah, setuju. (dah tu, siap dengan seruan, "Jom Cerpeen!" - baca dengan lantang ya tuan, puan!)


Maka dengan itu, siaplah dicetak naskhah contoh sebuah naskahk paling sensasi dalam sejarah penerbitan antologi!

3 KALI SARINGAN TELAH DIADAKAN OLEH LEMBAGA PENAPISAN ALUMNI MPR, TERMASUK BEBERAPA KALI TEMU DUGA BAGI MEMASTIKAN CALON-CALON PENULIS ANTOLOGI KACAK JELITA BUKAN HANYA LAYAK DARI SEGI RUPA, BAHKAN TURUT BERKEBOLEHAN MENYUMBANG KARYA TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK...(melainkan Sdr. Hizairi Othman, yang terus diluluskan tanpa dipertikaikan paras dan kebolehannya)

Penulis-penulis yang diluluskan oleh Lembaga Penapisan Alumni MPR tersebut ialah;

Nasriah Abdul Salam (Mantan 2005)
BANGLO KOLONIAL DI LOT 152

Shazmee Rizal (Mantan 1991)
BATAS-BATAS PERLUMBAAN

Amaruszati Noor Rahim (Mantan 1987)
BATU BUKIT BATU SUNGAI

Rosie Haslinda Nasir (Mantan
BULANKU DI STELLA OCEANIS

Saharil Hasrin Sanin (Mantan 1991)
CAHAYA TERSANGAT ANEH

Rahimidin Zahari (Mantan
CATHERINE

Shamsudin Othman (Mantan 1986)
DATUK WAI BEE

Hafizah Iszahanid (Mantan 1994)
DOKTOR CINTA

Amir Mukhriz (Mantan 2004)
DUM!

Ummu Hani Abu Hassan (Mantan 1999)
EKSPLOIT 2 VERSI

Salina Ibrahim (Mantan 1991)
HATI SEORANG PEREMPUAN

Raihani Mohd Saaid (Mantan 1997)
JAUHARI SI JEBAT

Hizairi Othman (Mantan 1987)
MERUNGKAI DEDUKSI

Muhammad Lutfi Ishak (Mantan 2000)
RODA PEMBUNUHAN

Ida MuniraAbu Bakar (Mantan 2004)
YANG TERINDAH

Dapatkan pada hari Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan MPR, 2008 - Sabtu ini. Naskhah terhad!



KUMPULAN PUISI TERKINI- FAHD RAZY


Judul: Menggeledah Nurani
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Fahd Razy
Halaman: 120 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
ISBN: 978-983-44127-0-8
Tahun: 2008
Harga: RM15


MENGGELEDAH NURANI merupakan kumpulan puisi persendirian pertama Fahd Razy yang menghimpunkan sejumlah 80 buah puisi yang ditulis antara 2001-2008. Naskhah ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Menggeledah Nurani dan Angin Sejarah. Menggeledah Nurani merakamkan puisi-puisi bernuansa Islam yang bersifat peribadi dan tercetus dari rasa kehambaan dan kekaguman kepada Pencipta manakala Angin Sejarah lebih sejagat sifatnya, merangkumi sejarah, ketamadunan, sosio-politik, serta isu-isu semasa.

Naskhah ini turut menghimpunkan puisi-puisi yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006, dan 2007, Hadiah Puisi Sains Karyanet 2004 dan 2005, Anugerah Penyair Alam Siber 2006, dan Sayembara Puisi Al-Fikrah MAIDAM-DBPWT 2007.

Untuk sebarang tempahan, sila emelkan nama serta alamat berserta butiran tempahan (judul dan naskhah) kepada fahd_razy@yahoo.co.uk atau hubungi Fahd Razy di 0122968901 (nombor ini sah sehingga 7 September sahaja)

PERHATIAN: Kos pos RM1 bagi setiap naskhah buku.Kumpulan puisi ini akan turut didiskusikan pada DISKUSI NOVEL & KUMPULAN PUISI MANTAN MPR, 2008

Rudra Avatara - Uthaya Sankar SB

“Di manakah batas antara realiti dan imaginasi, antara rasional dan tidak rasional, antara fiksyen dan faksyen, antara logik dan tidak logik?”

Sebelum sempat aku menjawab, Khandan menudingi otak sebelah kanan kepalanya. Kemudian menjentik hidung.

Kumpulan cerpen Bahasa Malaysia terbaru Uthaya Sankar SB
Kumpulan Cerpen Rudra Avatara menyajikan sebelas buah cerpen yang pernah tersiar dalam pelbagai media cetak sejak lebih sepuluh tahun lalu. Seperti biasa, kesemua cerpen ini sesuai dibaca oleh mana-mana individu yang mahu supaya fikirannya dicabar melalui unsur intertekstual dan makna yang tersirat di sebalik makna tersurat.

Judul : Rudra Avatara

ISBN : 983-40562-4-9

Kategori : Cerpen Umum

Pengarang : Uthaya Sankar SB

Penerbit : Uthaya Sankar SB (983-40562)

Halaman : 120 halaman (tidak termasuk prelim)

Harga : RM20.00 (kulit biasa), RM40.00 (edisi terhad, kulit keras)

Buah tangan terbaru daripada Uthaya Sankar SB ini akan dilancarkan pada 26 Julai 2008 sempena Pesta Buku Selangor 2008

Tarikh

26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa

5:00 – 6:00 petang

Tempat

Pentas Aktiviti, Kompleks PKNS, Shah Alam

Pelancaran oleh

Sasterawan Negara Datuk (Dr) A. Samad Said

(Penasihat Agung Kavyan)

dipetik dari laman web Uthaya Sankar SB

MALAM SEBUTIR BINTANG DALAM KENANGAN...USMAN AWANG

Saudara pengunjung yang dihormati, kami ingin menjemput kalian ke majlis Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan...Usman Awang, anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia dan usaha sama ahli keluarga almarhum Sasterawan Negara Usman Awang. Untuk maklumat kaian juga, tarikh tersebut dipilih untuk memperingati ulang tahun kelahiran SN Usman Awang. Dijemput hadir.

BILA? 12 Julai 2008
MASA? 7.30 - 11.00 malam
DI MANA? Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27e, Seksyen 10, Wangsa Maju
Kuala Lumpur

BAYARAN? PERCUMA!

ATURCARA (tertakluk kepada perubahan)
7.30 malam : Kehadiran Tetamu

8.15 malam : Kehadiran Tetamu Kehormat, YB Dato’ Razali Ismail
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
8.25 malam :  Bacaan Doa
 Ucapan Aluan oleh En. Mohd Khair Ngadiron
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia
 Ucapan oleh Pn. Haslina Dato' Usman
Pengarah Eksekutif UA Enterprises Sdn. Bhd
 Ucapan Tetamu Kehormat, Y.B. Dato’ Razali Ismail,
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
 Tayangan Video “Usman Awang Dalam Kenangan”
 Pelancaran Pra Jualan Buku Enslaved Soul dan Scattered Bones - terjemahan
daripada Jiwa Hamba dan Tulang-tulang Berserakan karya Usman Awang oleh YB Dato’
Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
 Deklamasi puisi oleh Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh
Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia
 Deklamasi puisi oleh SN Dato' (Dr.) A. Samad Said
 Deklamasi puisi oleh SN Prof Muhammad Haji Salleh
 Bacaan petikan satu bab novel Scattered Bones
 Deklamasi puisi oleh Dr. Chong Fah Hin
 Deklamasi puisi oleh Prof. Rahman Shaari
 Deklamasi puisi oleh Dr. Victor Pogadaev
 Deklamasi puisi oleh Pn. Selina Lim Swee Tin
 Deklamasi puisi oleh Pn. Jamaliyah Ambia
 Deklamasi puisi oleh Sdr. Disman
 Deklamasi puisi oleh Sdr. Sutung Umar RS
 Deklamasi puisi oleh Prof. Madya Dr. Siti Zainon
Ismail dan Pn. Haslina Dato’ Usman
 Nyanyian lagu puisi "Jentayu" oleh Nora
 Prolog “Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)” oleh Sdr. Zakaria Ariffin sambil
diiringi petikan gitar oleh Sdr. Roslan Abas
 Pementasan Adegan II - “Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)” oleh Dato’ Rahim Razali
11.00 malam : Majlis Bersurai


SEMUA DIJEMPUT HADIR


Harap boleh dipanjangkan kepada kawan-kawan dan dimasukkan juga ke blog kalian. Terima Kasih.


Novel Sulung Aidil Khalid

Tahniah kepada mantan MPR2007, Aidil Khalid atas kelahiran novel sulung beliau - Bila Nysrah Kata Tak Mahu. Novel terbitan Jemari Seni ini, bakal berada di pasaran mulai 10 Julai 2008. Ayuh kita beri sokongan kepada beliau dengan membeli novel yang original! haha. Untuk maklumat lanjut, sila layari sini dan sini.



Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.

*****

Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.
___________________________________________________

ISBN No: 978-967-5118-05-0
Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 10 Julai)
* pos percuma dalam Malaysia

SEIMBAS BELEKAN DEWAN SASTERA JULAI 2008

Sekali imbas menjeling Dewan Sastera Julai 2008, kulitnya terasa begitu menarik pandangan. Mana tidaknya, kebiasaannya kulit depan DS menggunakan warna-warna yang gelap dan malap, sesekali menggunakan warna jingga begini, memang menawan hati!

DS Julai 2008 mengangkat isu sajak tempahan. Benarkah sajak tempahan tidak tulen? Fokus bulan ini memuatkan komentar penulis-penulis berpengalaman Mohamad Daud Mohamad, Zurinah Hassan dan Lim Swee Tin.

Karya mantan MPR dalam DS bulan ini:

CERPEN TUNAS CIPTA

Kereta Punya Angkara –Aidil Khalid (mantan 2007)

Mahakarya Seorang Pidana –Zulfazlan Jumrah (mantan 2006)


SAJAK TUNAS CIPTA

Mohd Ghazali Mohd Ros (mantan 2007)

Ruangan ALUMNI MPR membawakan mantan 1997, Tung Wai Chee. Ikuti pengalaman sastera penulis Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya ini.

“Sana sini payung hitam bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sapu tangan mengesat selaput mata. Tisu menekup rongga antara hidung dengan mulut. Sesetengah muka menyembam bahu pasangan. Sedu-sedan suara keliling berlatarkan kugiran lapuk lesu.”

Cerpen KALYANA MITRA

-Tung Wai Chee

Blog Widget by LinkWithin
top