Novel Sulung Aidil Khalid

Tahniah kepada mantan MPR2007, Aidil Khalid atas kelahiran novel sulung beliau - Bila Nysrah Kata Tak Mahu. Novel terbitan Jemari Seni ini, bakal berada di pasaran mulai 10 Julai 2008. Ayuh kita beri sokongan kepada beliau dengan membeli novel yang original! haha. Untuk maklumat lanjut, sila layari sini dan sini.



Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.

*****

Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.
___________________________________________________

ISBN No: 978-967-5118-05-0
Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 10 Julai)
* pos percuma dalam Malaysia

1 komen:

Anonymous said...

waduh2...hebat sekali. Patut buat satu lagi site, katalog buku mantan MPR. Tentu banyak.

Blog Widget by LinkWithin
top