"INTAN YANG TERCANAI"


Sumber
: Puan Malissa Abdul Malik

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memulakan pementasan teaternya sejak tahun 1967 dengan teaternya yang bertajuk "Tamu di Bukit Kenny" karya Usman Awang, arahan Baharuddin Zainal.

Tradisi pementasan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari apabila DBP untuk kesekian kalinya akan mementaskan karya Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan yang bertajuk "Intan yang Tercanai" arahan A. Wahab Hamzah.

Pementasan ini akan menemui pencinta karya-karya SN Noordin Hassan dan peminat teater bermula pada 8 hingga 12 Julai 2009, pukul 8.30 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM20 dan RM10 (warga emas dan pelajar) boleh diperoleh melalui http://www.ticket2u.biz.

Maklumat lanjut, sila layari http://intanyangtercanai.blogspot.com/

Saya Mahu Baju T MPR


Sedikit tentang baju t MPR (dari meja Saharil Hasrin Sanin);
“Saya menggunakan motif 'crest' kerana kebanyakan t-shirt terkini menggunakan stail ini. Simbol pen adalah untuk penulisan, buku untuk penerbitan, dan dacing/pedang untuk keadilan. Kemudian motif daun lontar kerana kita bernaung di bawah DBP.”

Atas permintaan pasaran, kaunter jualan baju t kembali dibuka. Hanya dengan empat langkah, anda sudah boleh bergaya dengan baju t ini di program/majlis MPR yang akan datang atau untuk dipakai di mana-mana sahaja.


Langkah 1: Isi borang di bawah.
Satu borang untuk sehelai baju. Jika mahu beli lebih, sila isi borang semula.

Langkah 2: Buat pembayaran ke akaun CIMB atau Bank Islam.
Nombor akaun yang berkenaan akan tertera selepas borang dihantar.

Langkah 3: E-melkan butiran pembayaran (tarikh, masa dan jumlah) kepada alamat e-mel yang berkenaan.
Alamat e-mel akan tertera selepas borang dihantar.

Langkah 4: Nantikan bungkusan baju t yang akan dihantar oleh melalui Pos Malaysia terus ke hadapan pagar anda dalam tempoh seminggu selepas pengesahan pembayaran dilakukan.

Hanya sah selagi stok masih ada!




Blog Widget by LinkWithin
top