"INTAN YANG TERCANAI"


Sumber
: Puan Malissa Abdul Malik

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memulakan pementasan teaternya sejak tahun 1967 dengan teaternya yang bertajuk "Tamu di Bukit Kenny" karya Usman Awang, arahan Baharuddin Zainal.

Tradisi pementasan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari apabila DBP untuk kesekian kalinya akan mementaskan karya Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan yang bertajuk "Intan yang Tercanai" arahan A. Wahab Hamzah.

Pementasan ini akan menemui pencinta karya-karya SN Noordin Hassan dan peminat teater bermula pada 8 hingga 12 Julai 2009, pukul 8.30 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM20 dan RM10 (warga emas dan pelajar) boleh diperoleh melalui http://www.ticket2u.biz.

Maklumat lanjut, sila layari http://intanyangtercanai.blogspot.com/

1 komen:

Mr.Millx said...

yahoo...!!!sy dh tgk, anda pulak bila?

Blog Widget by LinkWithin
top