BISIKAN SUBUH (promosi awal)

Selepas drama bersiri 'RENJIS 2' yang disiarkan di Astro Ria, M.F Kencana (Mantan MPR 2006) kembali dengan karya terbaharu, sebuah telemovie yang bakal disiarkan Januari ini. Nantikan kemunculannya!

TAJUK:
BISIKAN SUBUH

SLOT:
CEREKARAMA TV3

TARIKH TAYANGAN:
17 Januari 2008
9 malam


DURASI:
12O MINIT

PENULIS SKRIP:
K.A RAZIAH

PANEL SKRIP/OLAHAN SKRIP:
M.F KENCANA


PENGARAH:
MURALI ABDULLAH (fdam)

PELAKON:
DATO JALALUDIN HASAN, SHARUDIN THAMBY, REMY ISHAK, BALKIS, WAN MAIMUNAH

Kumpulan Cerpen Terbaharu Daripada Nimoiz T.Y.


Judul: Esprit de Corps (Kumpulan Cerpen)

Penulis: Nimoiz T.Y (MPR 2004)

ISBN: 978-967-5043-08-6

Tebal: 290 Muka Surat

Harga: RM22.00

Penerbit: eSastera Enterprise (Cetakan Pertama Disember 2008)


Esprit de Corps merupakan koleksi 25 buah cerpen dan cerpendek hasil karya Nimoiz T.Y (Peserta Minggu Penulis Remaja 2004) yang kesemuanya telah tersiar di media. Antaranya ialah Berita Minggu, Dewan Budaya, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, URTV, Mingguan Wanita, Seri Dewi & Keluarga serta beberapa buah antologi bersama. Cerpen-cerpen yang termuat dalam kumpulan ini sarat dengan pelbagai tema. Untuk mendapatkan buku ini, layari www.esastera.com/kedai (E-Mel: kedai.eSastera@gmail.com).


"...Nimoiz T.Y atau nama penuhnya Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakub adalah penulis muda dari relatif usianya yang sedang mencipta nama di persada sastera Malaysia. Kehadirannya dengan karya-karya yang mempunyai kekuatan yang tersendiri telah menumbuhkan perhatian daripada sebahagian pengamat dan peminat sastera. Karya-karyanya sekali muncul dengan pemikiran yang penuh dengan cerapan historikal dan filosofikal, adakala muncul bersahaja dengan patah-patah kata mudah, selalu juga melahirkan kisah dan ungkapan cinta dari jiwa remajanya, dan akhir sekali sering juga terkesan unsur humor dalam cerpen-cerpen yang bersahaja itu..." Petikan Kata pengantar Oleh S.M. Zakir

Malam Genta Puisi ASWARA-PENA

Tarikh :
31 Disember 2008 (Rabu)
Masa :
8.30 malam – 12.00 tengah malam
Tempat :
Anjung Beringin ASWARA,
464 Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur
Taukeh Panggung :
Ridzuan Harun & S.M. Zakir
(untuk sebarang pertanyan dan maklumat lanjut)
Antara penyair-penyair undangan:
SN Muhammad Haji Salleh, Dato’ Baha Zain, Malim Ghozali PK, Zaen Kasturi, Shamsuddin Othman, Sutung Umar RS, Ibrahim Ghaffar, Ahmad Razali, Tenas Effendy, Marzuki Ali, Nazmi Yaakob, Nasriah Abdul Salam, persembahan dekon khas PENA (Rahimidin Zahari, Saleeh Rahamad, Amiruddin Ali, Shamsuddin), penyanyi lagu puisi Sani Sudin, Meor Aziddin dan ramai lagi tetamu undangan gabungan generasi lama dan baharu yang akan hadir.
Juga persembahan monodrama ASWARA, fragmen Mak Yong ASWARA, tarian ASWARA, kumpulan lagu puisi Radio Usang, penyair-penyair ASWARA serta banyak lagi.
dipetik dari blog Ridzuan harun

Memori dan Pengalaman

Oleh Syarifah Zulikha (Penghuluwati dan Peserta Termuda MPR 2008)


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Sesungguhnya, tatkala aku diminta untuk mencoretkan intipati-intipati yang diperolehi sepanjang di Minggu Penulis Remaja 2008, amatlah khuatir untukku melaksanakannya.


Di Seri Cempaka Services Suites, maka bermulalah episod hidupku selama seminggu di sini. Disiplin yang rapi cukup melicinkan tirai-tirai hari yang aku lalui. Dari tidur awal dan bangun lewat, demi Minggu Penulis Remaja 2008, aku tidur seawal-awalnya jam 4 pagi dan bangun selewat-lewatnya pukul 5.30 pagi. Motifnya, satu cuma. Aku tak sabar menanti hari esok.


Sesungguhnya, aku kecewa kerana tidak sebilik dengan Kak Adnie (Nurul Adnie Bahiah Zahaba). Mungkin kerana kami berdua berasal dari Kelantan, apatah lagi mewakili Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan, kami berdua sememangnya amat serasi. Namun, sebagai peserta aku menurut cuma. Ada baiknya juga mereka berbuat sedemikian kerana mungkin juga mereka mahu kami menyesuaikan berkenalan dengan teman-teman dari negeri-negeri yang berlainan.


Sesudah makan tengah hari di The Junction Bistro dan taklimat daripada Puan Zeti ( Zeti Aktar Jaffar), maka tibalah masa yang dinanti-nanti semua iaitu sesi suai kenal. Sesungguhnya, sesi inilah yang amat mendebarkan aku. Encik Saiful (Saifullizan Yahaya) adalah individu yang paling banyak menyoal. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar


Selang beberapa hariku di sini, barulah aku menyedari bahawa pihak urus setia, fasilitator dan para penceramah jemputan amat mengambil berat mengenaiku. Aku pun tidak tahu mengapa aku merasa, akulah peserta yang paling istimewa antara para peserta lain. Mungkin juga kerana aku adalah peserta termuda, maka mereka memanjakan aku. Sesungguhnya, aku harus mengucapkan terima kasih yang tidak ternilai pada Encik Salleh (Salleh Mohamad Tahir), Puan Zeti ( Zeti Aktar Jaffar ) dan Puan Izzah (Izzah Abdul Aziz) kerana merekalah yang telah membantuku untuk menyertai Minggu Penulis Remaja 2008.


Aku masih ingat. Pada hari Isnin, sepasang kasut dan dua pasang sandalku rosak. Pelbagai caraku cari untuk mengatasi kerumitan ini kerana esok kami akan keluar menyingkap kehidupan kota bersama fasilitator masing-masing. Jadi, takkanlah pula aku terpaksa berselipar Jepun merah jambu yang dibawa dari Kota Bharu? Nasib baiklah aku mendapat pertolongan daripada urusetia.

Seawal pukul 10 pagi, kami semua dibawa berjalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India bersama-sama kumpulan masing-masing. Aku dan kumpulanku iaitu Keris Mas yang dianggotai Encik Saiful, Amir (Amir Hamzah Akal Ali) selaku ketua kumpulan, Kak Azwein (Azwein Zaiden), Kak Nabilla (Nur Nabilla Ahmad) dan Kak Shafiqa (Nur Shafiqa Shafee) merupakan salah satu memori terindah dalam hidupku.


Sesungguhnya masa itu emas dan apa yang kita miliki kini memori cuma.


SYARIFAH ZULIKHA

23 DISEMBER 2008

LAGI GAMBAR MPR 2008

Keluarga MPR 2008 - pembimbing, peserta, dan urusetia



Dari kiri : Shamsuddin Othman, Azree Ariffin, Azree Hanifiah, Lutfi Ishak, Rahimidin Zahari, Sayidah Muizzah, Hani Salwah Yaakup, dan Nasriah Abdul Salam.



Urusetia MPR yang berusaha keras menjadikan MPR2008 sebuah kejayaan.

KERABAT MPR 2008


KELAB ALUMNI MINGGU PENULIS REMAJA DBP

dengan bangganya
mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada

MANTAN MPR 2008!


PEMBIMBING

Shamsuddin Othman
(Puisi)

Rahimidin Zahari
(Puisi)


Saifullizan Yahaya
(Cerpen)


Nasriah Abdul Salam
(Cerpen)

PESERTA


Rashidi Daud
Penghulu

Syarifah Zulikha
Penghuluwati


Hazwani Husain
Peserta Terbaik (Puisi)

Fariza Shahkina Shahbuddin
Peserta Terbaik (Cerpen)

Nor Nabila Johari

Noor Shahida Bidin

Zubaidah Gapor

Nor Wahyuna Ramli

Raden Qurratu'Aini Muhammad Mun'im

Muhammad Faisal Mat Zawi

Justin Dingun Ugah

Nurul Adnie Bahiah Zahaba

Ilya Ireeza Noor Zehan

Nur Shafiqa Shafee

Nur Nabila Ahmad

Amir Hamzah Akal Ali

Azwein Zaidean

Nurul Hidayah Ahmad Shahbuddin

Radiah Baharin

Rashidah Othman

Misraini Wazir

Nur Hidayah Zainal

Muhammad Hazhizh Saparuddin


ANTOLOGI MPR KE-4

PERHATIAN!

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. Kelab Alumni MPR kini membuka peluang kepada kesemua mantan MPR untuk menyumbangkan karya genre cerpen untuk dimuatkan dalam Antologi MPR yang ke-4. Pastinya, lebih sensasi daripada antologi yang sebelumnya! Berikut adalah beberapa kriteria cerpen yang diperlukan :-

  1. Bertemakan bidang kepakaran masing-masing. Contohnya, jika anda belajar/bekerja dalam bidang perubatan, tulislah cerpen berkaitan bidang tersebut. Walau bagaimanapun, tema tidak terbatas hanya kepada bidang pembelajaran/kerjaya sahaja. Sebagai contoh, jika anda hebat memasak, bolehlah menghantar cerpen dalam bidang tersebut. Asalkan ia merupakan bidang kepakaran anda. Pendek kata, cerpen yang menggunakan "ilmu bantu".
  2. Sila hantar karya anda dalam format berikut : double spacing, times new roman, saiz font 12, dan mengandungi 8-12 muka surat.
  3. Anda boleh menghantar sama ada cerpen baru, atau yang telah tersiar di media (nyatakan nama media dan terikh tersiar)
  4. Karya anda haruslah karya yang asli dan unsur-unsur yang tidak sepatutnya seharusnya dielakkan.
  5. Kos pembiayaan penerbitan akan dibiayai oleh para penyumbang karya mengikut kos penerbitannya yang termasuk cetakan, susun atur, dan lain-lain.
  6. 3 naskhah percuma akan diberikan kepada setiap penulis sebagai tanda penghargaan.
  7. Kami memerlukan 20 buah cerpen untuk antologi kali ini.
Apa tunggu lagi? Ayuh hantar karya anda segera ke aktivitimpr@gmail.com sebelum 24 Disember 2008.

________________________________________________

Serentak itu, kami ingin membuka peluang kepada anda untuk menamakan Antologi MPR ke-4. Sila berikan cadangan anda di ruangan komen. 3 cadangan nama yang terbaik akan dipilih dan kemudian seluruh warga mantan MPR akan mengundi menerusi sebuah poll untuk menentukan nama Antologi kita ini.

Sekian, Terima Kasih.

Review Tunas Cipta Disember 2008

Tunas Cipta Disember 2008 telah pun menjengah ke pasaran tempatan. Tahniah kepada mantan MPR berikut yang karyanya telah tersiar. Semoga terus gigih dan tekal menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu!

Sejambak Ilham (Puisi)

1. Aku (Zarina, MPR 2006)
2. Merdekakan Hatimu (Ainunl Muaiyanah Sulaiman)

Nukilan Pena (Cerpen)

1. Kertas (Safura Sabri)
2. Mata Cinta (Mohd Fadzly bin Mohd Fairuz)
3. Sekilas Kasihmu (Nabiha Mohd Mashut)

Buah Pena Alumni MPR

Mohd Fadzly Mohd Fairuz (MPR 2003)

Novel Bersiri :
Nama Eng Bahlut (Siri 12)
Faisal Tehrani

**Jika ada nama-nama mantan mpr yang terlepas pandang, diharap dapat maklumkan kepada pengendali untuk tindakan lanjut. Terima Kasih!
Blog Widget by LinkWithin
top