Sekitar PBAKL 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah bermula pada 17 April lalu dan akan berakhir pada 26 April.

Hari ketiga pesta, 19 April, turut diisi dengan Forum Sai-Fai sempena konvensyen Sai-Fai yang julung kali diadakan. Dua senior MPR; Ahmad Patria Abdullah dan Nisah Haji Haron turut dijemput menjadi panel di samping dua panel lain.

Selepas forum;

dari kiri: Azree Hanifiah, M.F Kencana, Zulfazlan Jumrah, Ahmad Patria Abdullah, Nissa' Yusof, Hani Salwah Yaakup.
depan: Azizul Ikhwan


juga bersama Nisah Haji Haron dan Saharil Hasrin Sanin

Selamat hari lahir, Kak Nisah.

Temuramah (PTSdotTv)




FESTIVAL DRAMA 10 MINIT DBP

Tempat: Stor DBP

Tarikh : 21 – 25 April 2009

Masa : 8.30 malam

Penganjur : Dewan Bahasa dan Pustaka


Untuk pertama kalinya DBP akan menganjurkan Festival Drama 10 Minit pada 21 hingga 25 April 2009. Festival ini terbuka kepada semua kumpulan drama untuk membuat persembahan drama selama 10 minit atau tidak melebihi 15 minit. Tema drama adalah bebas, dan drama yang dipersembahkan mesti dalam bahasa Melayu.


Festival Drama 10 Minit akan diadakan di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur. Selaku penganjur, pihak DBP mempelawa para penggiat teater untuk menyertai festival ini. Untuk pendaftaran, kumpulan atau penggiat teater perlu memberikan nama kumpulan teater, judul drama dan sinopsis drama yang akan dipersembahkan kepada urus setia. Perlu diingatkan, Festival Drama 10 Minit ini bukanlah untuk persembahan monodrama (drama yang menggunakan seorang pelakon). Kumpulan yang berjaya akan diberikan honorarium persembahan oleh pihak penganjur.


Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi: Urus setia Festival Drama 10 Minit, Bahagian Pengembangan Sastera, Tingkat 22, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka atau telefon 012-2983308/03-21481240/1470 atau layari laman www.dbp.gov.my/teater.


Sumber : Salina Ibrahim

PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL 2009 (PPMN 2009)

Kemaskini:

Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN 2009) anjuran Biro Penulis Muda, PENA
ditangguhkan ke

Tarikh: 22-24 Mei 2009
Tempat: Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka

Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Sumber: Lutfi Ishak (urus setia)

Dapatkan novel sulung karya Sayidah Muizzah Kamarul Shukri (MPR 2007), JANJI MIFTAHUL RAUDHAH, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Temui Sayidah Muizzah pada:
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 4.00 - 5.00 petang
Tempat : Gerai Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
no. 81-84 Ruang Legar PWTC

Tahniah!



Warna Sukma Helang Makassar: Epitaf untuk Arena Wati

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penuh takzimnya akan menganjurkan program bersempena memperingati pemergian Sasterawan Negara (SN) Arena Wati ke rahmatullah pada 25 Januari 2009. Program berkenaan diadakan untuk mengimbau kembali segala pengorbanan, sumbangan, kesetiaan beliau terhadap dunia sastera, karya-karya hebat beliau, dan berkongsi rasa dan pengalaman daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan editor yang pernah bekerja dengan beliau. Antara pengisian pada malam tersebut ialah pameran, fragmen drama (adaptasi daripada novel dan cerpen), deklamasi puisi, baca naskhah dan tayangan klip video. Program ini akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 10 April 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka


8.30 mlm : Ketibaan tetamu jemputan

8.45 mlm : Acara bermula:

  1. Puisi pembukaan
  2. Arena Wati dimataku – Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
  3. Persembahan fragmen drama daripada novel: Lingkaran, Sukma Angin, dan Sandera.
  4. Klip video Arena Wati.
  5. Persembahan fragmen drama daripada cerpen:“Dunia yang Kutinggalkan”, “Surat dari Gunung” dan “Antara Dua Deru”.
  6. Tafakur & Al-Fatihah
10.30 mlm : Bersurai

_____________________________

Sekiranya berminat untuk menghadirinya, sila hubungi Puan Malissa untuk pengesahan kehadiran. Masuk percuma.


Sumber:

MALISSA AB. MALIK
Pen.Pegawai Perancang Bahasa
Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan
Jabatan Sastera
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
03-21481240 (telefon)
03-21414109 (faks)

Sesuatu yang Bakal Menggegar

Rekaan asal oleh Saharil Hasrin Sanin:

" simbol pen untuk penulisan, buku untuk penerbitan, dan dacing/pedang untuk keadilan."
-Saharil Hasrin Sanin

"kemunculan ini diharapkan dapat membawa perubahan dalam nuansa sastera tanahair."
-Hani Salwah Yaakup




Beberapa hari lagi, sesuatu yang diyakini akan menggegarkan keluarga MPR bakal muncul. Dengan tenaga pakar yang tidak akan boleh disangkal lagi, pastinya banyak pihak tidak dapat tidur lena.


Beberapa cadangan warna t shirt MPR
-sila undi atau tambah cadangan di ruangan komen-
(nombor dalam kurungan adalah bilangan undi)

ash / kelabu+putih (5)

coklat / sand (4)

putih ( )

kelabu / light grey (2)

biru / sky blue ( )

Undian sudah ditutup.
Terima kasih atas kerjasama anda semua. Nantikan borang pesanan tidak lama lagi

BACA NASKHAH SN ARENAWATI
LANGKAH PERTAMA : KUMPULAN CERPEN AWAL 1954 – 1959


TARIKH : 23 APRIL 2009
MASA : 9.30 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT : GALERI BAHASA JIWA BANGSA
  1. MAJLIS INI DIADAKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA SERTA MENGENANG SN ARENAWATI.
  2. BACA NASKHAH INI TERBUKA KEPADA SEMUA INDIVIDU, AHLI RAKAN DEWAN, STAF DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA PELAJAR 18 TAHUN KE ATAS.
  3. SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MEMBACA TEKS KARYA SN ARENAWATI YANG AKAN DISEDIAKAN OLEH PENGANJUR.
  4. GAYA PEMBACAAN BEBAS TETAPI KREATIF SERTA MEMPUNYAI INTONASI SERTA GAYA PERSEMBAHAN YANG MENARIK.
  5. SETIAP PESERTA AKAN MEMBACA NASKHAH YANG DITETAPKAN SECARA BERGILIR-GILIR TANPA HENTI.
  6. 50 PENYERTAAN AWAL AKAN TERPILIH SEBAGAI PEMBACA NASKHAH.
  7. SETIAP PENYERTAAN AKAN DIBERI SIJIL PENGHARGAAN.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 17 APRIL 2009

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :

Encik Mohd Hiezam Hj Hashim – 03-21483541
Puan Fatimah Zahrin Mohd Taib – 03-21481044
Encik Azahar Mat Joror – 03-21483540
atau e-mel : rakandbp@dbp.gov.my

ANJURAN :

PUSAT DOKUMENTASI MELAYU
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Sumber : Salina Ibrahim

Blog Widget by LinkWithin
top