Warna Sukma Helang Makassar: Epitaf untuk Arena Wati

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penuh takzimnya akan menganjurkan program bersempena memperingati pemergian Sasterawan Negara (SN) Arena Wati ke rahmatullah pada 25 Januari 2009. Program berkenaan diadakan untuk mengimbau kembali segala pengorbanan, sumbangan, kesetiaan beliau terhadap dunia sastera, karya-karya hebat beliau, dan berkongsi rasa dan pengalaman daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan editor yang pernah bekerja dengan beliau. Antara pengisian pada malam tersebut ialah pameran, fragmen drama (adaptasi daripada novel dan cerpen), deklamasi puisi, baca naskhah dan tayangan klip video. Program ini akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 10 April 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka


8.30 mlm : Ketibaan tetamu jemputan

8.45 mlm : Acara bermula:

  1. Puisi pembukaan
  2. Arena Wati dimataku – Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
  3. Persembahan fragmen drama daripada novel: Lingkaran, Sukma Angin, dan Sandera.
  4. Klip video Arena Wati.
  5. Persembahan fragmen drama daripada cerpen:“Dunia yang Kutinggalkan”, “Surat dari Gunung” dan “Antara Dua Deru”.
  6. Tafakur & Al-Fatihah
10.30 mlm : Bersurai

_____________________________

Sekiranya berminat untuk menghadirinya, sila hubungi Puan Malissa untuk pengesahan kehadiran. Masuk percuma.


Sumber:

MALISSA AB. MALIK
Pen.Pegawai Perancang Bahasa
Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan
Jabatan Sastera
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
03-21481240 (telefon)
03-21414109 (faks)

1 komen:

D'Rimba said...

Boleh bersajakke malam tu?

Blog Widget by LinkWithin
top