PESONA SENI ASWARA

PESONA SENI ASWARA akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh :
24 Februari 2009 (Selasa)


Masa :
4.00 petang – 6.00 petang


Tempat :
Dewan Orkestra ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur


Pembicara :
Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh


Judul :
Menyusur Puitika Sastera Melayu: Keindahan Pada Kata, Fungsi dan Makna


Masuk percuma.


Disalin dari blog Ridzuan Harun

PANGGILAN MESYUARAT

Agenda:
Pro dan Kontra Penubuhan Kelab Alumni MPR


*Kemaskini:

  1. Usul perbincangan saudari Ummu Hani dengan pihak DBP sudah dihantar ke YahooGroup.
  2. Usul yang sama serta perbincangan yang lebih interaktif di discussion board Facebook.
  3. Mesyuarat susulan akan diadakan (tarikh akan diberitahu)



Kepada semua mantan MPR,

Arahan Ketua Pengarah DBP, yang disampaikan oleh Puan Izzah dan Puan Zaiton Ajmain kepada saudari Ummu Hani, meminta kita menubuhkan sebuah organisasi alumni (kelab). Pandangan para mantan, terutamanya para senior, sangat diperlukan berkenaan hal ini.

Sehubungan dengan itu, sebuah mesyuarat tergempar akan diadakan seperti butir-butir yang tertera di atas. Kehadiran anda semua sangat dihargai.

Terima kasih.

BENGKEL PENULISAN FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI

BENGKEL PENULISAN FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI
UTM – KUMPULAN UTUSAN

TARIKH : 7 FEBRUARI 2009
TEMPAT : HOTEL QUALITY, KUALA LUMPUR
MASA : 8.00 PAGI – 4.30 PETANG
YURAN : RM50.00
(TERMASUK MAKAN T/HARI, MINUM PAGI & PETANG SERTA BAHAN)


*PENTING:
1) Borang penyertaan Bengkel Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi di sini
2) Borang penyertaan Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi di sini



ATUR CARA

0800 – 0845 : PENDAFTARAN

0845 – 1000 : SESI I
DR. AMIDA@HAMIDAH BT. ABDULHAMID (ANIS)
“Mahu menulis novel sains & teknologi?”

1000 – 1015 : MINUM PAGI

1015 – 1130 : SESI II
PROF. DR. AHMAD ZAKI BIN ABU BAKAR
“Memfiksyenkan sains & teknologi”

1130 – 1300 : SESI III
EN. MOHAMAD SALEEH BIN RAHAMAD
“Nilai, ideology dan sarana sastera”

1300 – 1430 : MAKAN TENGAHARI/SOLAT

1430 – 1600 : SESI IV
PN. NOR AZAH BT. ABD. AZIZ
“Memecut di litar sayembara”

1600 – 1630 : MINUM PETANG/BERSURAI




MAKLUMAT DAN KETERANGAN LANJUT HUBUNGI :

EN. YOSMAN MOHD. BAIN

PENERBIT UTM PRESS

07 – 5218166/019 – 7557760

yosman@utm.my


EN. MOHD. ROZLAN MOHD. NOOR

UTUSAN PUBLICATION SDN. BHD

012 – 3828353
editor@minister.com



disalin dari laman web Penerbit UTM

Majlis Amal Hari Palestin Bersamamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dengan hormatnya dimaklumkan, Jabatan Sastera DBP akan mengadakan Majlis Amal Hari Palestin Bersamamu pada 6 Februari 2009. Pelbagai acara diadakan untuk mendapatkan kutipan amal untuk Palestin. Antara acara yang bakal berlangsung pada hari tersebut ialah Persembahan Amal Kumpulan Cahaya, UiTM, Sesi Kraf Tangan Bersama-sama PURNAMA, Sesi Lelongan (Hamper) Buku Sastera, Baca Puisi dan sebagainya. Pada sebelah malamnya pula merupakan acara kemuncak kerana akan berlangsung program Deklamasi dan Nyanyian Lagu Puisi.

Selain itu, akan diadakan juga tayangan amal filem “Wayang” karya dan arahan Prof. Dr. Hatta Azzad Khan. Tayangan amal ini bertujuan bagi mengumpul sumbangan untuk tabung Palestin Bersamamu.

Untuk makluman, tayangan amal ini akan diadakan pada 6 Februari 2009, bermula jam 9 hingga 10.10 pagi di Auditorium DBP. Untuk menyaksikan tayangan filem ini, tiket-tiket berharga minimum empat ringgit sahaja boleh didapati di Bahagian Penerbitan Sastera dengan menghubungi Sdr. Norazian Ahmad di sambungan 2604, Sdr. Nurdiana Mohd Noor di sambungan 2682 atau Sdr. Md Shukri Hamzah di sambungan 2673 sebelum 5 Februari 2009. Tiket adalah terhad.

Tuan/Puan dijemput hadir ke DBP sambil beramal untuk tabung Palestin Bersamamu.

Fazilah Mohamedeni
fazilah[AT]dbp.gov.my
Urus Setia Sahabat PURNAMA

Review Tunas Cipta Februari 2009

Tunas Cipta Februari kelihatan sangat estetik dengan menampilkan pucuk nangka di kulit depannya.

Pucuk nangka keluar mencelah,
Keluar dari pohon berdahan,
Pohon tumbuh di tepi hutan,
Anak remaja angannya indah,
Beri didikan beri teguran,

Kelak menjadi sepulau harapan.


Seperti biasa, tahniah kepada mantan MPR yang karya mereka tersiar dalam TC bulan ini:


Nukilan Pena

Angin Damai Mecindia
Hafizul Osman (MPR 2007)

Sejambak Ilham

Cerita Sang Binatang Tercela
Farahana Hussain (MPR 2002)

Pembeli Usia
Nissa' Yusof (MPR 2006)

Mimpi
Wan Nor Azriq Wan Mokhtar (MPR 2007)

Aku Mahu Kembali Bersolat Subuh di Surau Kampung Buloh
Kita Memang Selalu Saling Merindu
Cintaku yang Luhur
Segenggam Pasir da Malam Hijrah
Sementara Berteduh di Bawah Pohon yang Rimbun Ini
Apabila Kita Sama-sama Berada di Puncak Kecewa
Gundah Langit Syawal
Salman Sulaiman (MPR 2000)

Buah Pena Alumni MPR

"Saya belajar bahawa sememangnya menjadi penulis itu bukan kerja main-main atau sekadar melepaskan batuk di tangga"
Salman Sulaiman (MPR 2000)

Novel Bersiri

Nama Eng Bahlut
Siri 13: Terlepas dari 'Damei'
Faisal Tehrani (MPR 1994)
Blog Widget by LinkWithin
top