Jemputan ke Pementasan Drama Dua Mantan MPR

Pelajar-pelajar semester 6, Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP), Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM akan mementaskan dua buah drama sebagai projek penilaian kursus drama yang mereka ambil. Istimewanya pementasan kali ini menyaksikan gabungan 2 orang mantan MPR iaitu Tuan Haji Shamsudin Othman (MPR 1986) sebagai pensyarah kursus dan Raihani Mohd. Saaid (MPR 1997) sebagai pengarah/pembimbing.

Butir-butir pementasan seperti berikut:

MALAM I

Tarikh : 5 April 2008

Waktu : 8.30 malam

Tempat : Panggung Percubaan, UPM

Tajuk : Selendang Sakti


MALAM II

Tarikh : 6 April 2008

Waktu : 8.30 malam

Tempat : Panggung Percubaan, UPM

Tajuk : Melati & Melur


Catatan:

Selendang Sakti merupakan karya asal Rebecca Reisert berjudul Magic Feather Boa dan telah diadaptasi ke Bahasa Melayu dan warna tempatan oleh Raihani Mohd.Saaid. Ia merupakan sebuah muzikal tentang seorang Maharaja yang lebih suka memasak, anaknya yang ingin menjadi pelakon dan seorang Maharani jahat yang mempunyai sehelai selendang sakti yang berkuasa menundukkan orang lain.

Melati & Melur pula walaupun tajuknya macam drama tradisional tetapi sebenarnya merupakan sebuah drama moden. Melati ialah seorang pengacara talk show yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk adiknya, Melur. Tetapi Melur menganggap kakaknya seorang kuku besi kerana mengatur hidupnya di rumah. Naskhah asal Melati & Melur ditulis oleh seorang mantan MPR Sabah 1992, Marlenny Deen Erwan.

Masuk adalah percuma. Pakaian santai. Jemput datang memberi sokongan kepada dua orang mantan MPR!

Novel Terbaru Zaid Akhtar "Salju Sakinah"

Mantan MPR 1994 & penulis beberapa novel seperti Rona Bosphorus, Justeru Impian Di Jaring serta Sesegar Nailofar, Abang Zaid Akhtar, kembali dengan novel Salju Sakinah sempena pesta buku kali ini. Novel keluaran PTS ini boleh juga didapati di KLIBF 2008 nanti. Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan naskah anda nanti, ya!.

(Gambar dari blog Abang Zaid Akhtar)

JEMPUTAN MENYERTAI

SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI

ANJURAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – KUMPULAN UTUSAN

MENAWARKAN HADIAH :

Pemenang

Hadiah

wang tunai

Hadiah

iringan

Pertama

RM15,000.00

Watikah dan Trofi

Kedua

RM7,500.00

Watikah dan Trofi

Ketiga

RM5,000.00

Watikah dan Trofi

Saguhati (5 Pemenang)

RM2,500.00

Watikah dan Trofi

Lain-lain

RM15,000.00


Jumlah

RM45,000.00


Syarat-syarat Penyertaan

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (Kecuali sekretariat/urusetia sayembara adalah tidak dibenarkan).

  1. Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

  1. Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 3 orang ahli kumpulan.

  1. Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan.

  1. Karya haruslah menepati ciri-ciri genre novel cereka sains dan teknologi.

  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan.

  1. Peserta dikehendaki memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun daripada laman web .... atau diakhbar rasmi. Tidak dibenarkan mencatat sebarang maklumat, sama ada ditulis atau dicetak, pada mana-mana halaman manuskrip.

  1. Peserta hendaklah menyertakan 2 keping gambar berukuran passpot bersama penyertaan.

  1. Karya haruslah ditaip kemas, langkau 2 baris dengan font jenis Garamond bersaiz 14 poin diatas kertas putih bersaiz A4. Kepanjangan karya mestilah tidak kurang daripada 150 halaman.

  1. Manuskrip mestilah dijilid dengan kemas, menggunakan jilid sikat dan diberi kulit plastik, depan dan belakang. Judul yang jelas mestilah dicetak pada halaman pertama manuskrip. Manuskrip yang telah diterima untuk bertanding tidak akan dipulangkan kepada penulis.

  1. Karya yang menyertai sayembara ini, tidak dibenarkan menyertai mana-mana sayembara yang seumpamanya sehingga keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.

  1. Karya yang telah menyertai sayembara ini tidak dibenarkan diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.

  1. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

  1. Penganjur mempunyai hak pertama untuk menerbitkan karya yang terpilih.

  1. Sebarang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 30 November 2008. Semua penyertaan akan diberi tanda terima.

  1. Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.

  1. Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan yang sudah diisi hendaklah dikirim ke alamt yang berikut:

Sekretariat

Sayembara Novel Cereka Fiksyen Sains & Teknologi

Penerbit UTM

34 – 38 Jalan Kebudayaan 1

81300 Skudai

Johor Darul Takzim

U/P : En. Yosman Mohd. Bain

e-mel : yosman@utm.my

JEMPUTAN MENYERTAI

BENGKEL PENULISAN FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI

ANJURAN

UTM – KUMPULAN UTUSAN

TARIKH : 6 APRIL 2008

TEMPAT : BILIK KELANTAN, PWTC KL

MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

BAYARAN : RM50/SEORANG

TERMASUK MINUM PAGI DAN PETANG

MAKAN TENGAHARI

BAHAN BENGKEL

ATURCARA

0800 – 0900 : PENDAFTARAN

0900 – 0905 : UCAPAN ALUAN

PROF. DR. AHMAD ZAKI ABU BAKAR PENGARAH, PENERBIT UTM

0905 – 1045 : SESI I: DR. AMIDA@HAMIDAH ABDUL HAMID

1045 – 1100 : MINUM PAGI

1100 - 1300 : FORUM

AHLI PANEL

I. SM ZAKIR

II. EN. KAMIL

PENGERUSI : PROF. DR. AHMAD ZAKI

1300 – 1430 : MAKAN TENGAHARI/SOLAT

1430 – 1630 : SESI II: PUAN NOR AZAH AZIZ

1630 – 1700 : MINUM PETANG/BERSURAI

TEMPAHAN/KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

I. EN. YOSMAN – 07-5218166

II. PN. YATI – 07-5218167

III. CIK MALA – 07-5218169

Penulis & Blog : Trend Masa Kini

Dari kiri : Jiwarasa, Shamsuddin Othman, Nisah Hj Haron


Para mantan MPR yang turut hadir memeriahkan suasana dan memberikan sokongan.

(Sumber gambar dari blog MF Kencana MPR2006)

Novel Remaja "Hero Assyria"


Sebuah lagi novel remaja terbaharu yang boleh anda dapatkan di pesta buku nanti, karya penulis cilik, Ida Munira Abu Bakar (yang bakal bergelar "ibu" tidak lama lagi!). Novel remaja bergenre fantasi ini diberi judul "Hero Assyria" adalah terbitan PTS One Publications. Menurut penulisnya, novel ini tidak sesukar "Misi Piramid". Untuk tahu apa yang menarik mengenai novel ini, sila dapatkannya nanti!.

(Sumber gambar dari blog Ida Munira Abu Bakar, Mantan MPR 2004)

Kumpulan Puisi "Suluk Cinta"


Terbaharu salah seorang lagi mantan MPR 1996, Sdr Ridzuan Harun (yang juga merupakan tenaga pengajar di ASWARA) menemui anda dengan kumpulan puisi remaja berjudul "Suluk Cinta" terbitan Dewan Bahasa & Pustaka. Naskah kumpulan puisi ini sudah boleh anda dapatkan di koperasi Dewan Bahasa & Pustaka, DAWAMA Hulu Kelang ataupun di pesta buku nanti!.

(Sumber gambar dari blog Si Naganaga)

Dapatkan di Pesta Buku Nanti


Dua buah buku karya pemimbing MPR, Kak Nisah Haron & Abang Faisal Tehrani yang boleh anda dapatkan sempena Pesta Buku Antarabangsa pada 4-13 April 2008. Nampaknya kedua-dua buah buku ini bakal memberikan kita panduan dalam dari segi penulisan dan aspek undang-undang hak cipta. Jadi kepada semua, marilah menambahkan koleksi buku kita!

Diskusi Penulis & Blog

(Sumber ini diambil dari blog Kak Nisah Haron)

Semua pengunjung blog ini dijemput ke majlis diskusi dan pengembangan minda seperti yang tertera di bawah :

Tarikh : 22 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar, Aras 2, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.

Panel :
  1. Nisah Haron
  2. Jiwarasa
Topik : Penulis dan Blog - Trend Masa Kini

Untuk sebarang pertanyaan :

Encik Nik Aman Nik Yusoff (03-21481045)/
Encik Hiezam Hashim (03-21483540)
khidmat1@dbp.gov.my
Blog Widget by LinkWithin
top