Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. Kelab Alumni MPR kini membuka peluang kepada kesemua mantan MPR untuk menyumbangkan karya genre cerpen untuk dimuatkan dalam Antologi MPR yang ke-4. Pastinya, lebih sensasi daripada antologi yang sebelumnya! Berikut adalah beberapa kriteria cerpen yang diperlukan :-
- Bertemakan bidang kepakaran masing-masing. Contohnya, jika anda belajar/bekerja dalam bidang perubatan, tulislah cerpen berkaitan bidang tersebut. Walau bagaimanapun, tema tidak terbatas hanya kepada bidang pembelajaran/kerjaya sahaja. Sebagai contoh, jika anda hebat memasak, bolehlah menghantar cerpen dalam bidang tersebut. Asalkan ia merupakan bidang kepakaran anda. Pendek kata, cerpen yang menggunakan "ilmu bantu".
- Sila hantar karya anda dalam format berikut : double spacing, times new roman, saiz font 12, dan mengandungi 8-12 muka surat.
- Anda boleh menghantar sama ada cerpen baru, atau yang telah tersiar di media (nyatakan nama media dan terikh tersiar)
- Karya anda haruslah karya yang asli dan unsur-unsur yang tidak sepatutnya seharusnya dielakkan.
- Kos pembiayaan penerbitan akan dibiayai oleh para penyumbang karya mengikut kos penerbitannya yang termasuk cetakan, susun atur, dan lain-lain.
- 3 naskhah percuma akan diberikan kepada setiap penulis sebagai tanda penghargaan.
- Kami memerlukan 20 buah cerpen untuk antologi kali ini.
________________________________________________
Serentak itu, kami ingin membuka peluang kepada anda untuk menamakan Antologi MPR ke-4. Sila berikan cadangan anda di ruangan komen. 3 cadangan nama yang terbaik akan dipilih dan kemudian seluruh warga mantan MPR akan mengundi menerusi sebuah poll untuk menentukan nama Antologi kita ini.
Sekian, Terima Kasih.
Sekian, Terima Kasih.
4 komen:
Salam.
Saya mencadangkan nama antologi "Tukang Cerita". Perkataan "tukang" sebagai mewakili tema bidang kepakaran tersebut.
Terima kasih.
saya cadangkan, tajuk antologi dipilih daripada salah satu tajuk cerpen. nanti kita ramai-ramai mengundi tajuk itu. amaran: segala perlakuan membeli undi berunsurkan rasuah akan disiasat setelus-telusnya.
wei. dah tutup ke. ana nak hantar ni. knp la x buat banner besar2. dan lagi ke nak hantar?
Ibn Ali,
Kalau nak hantar masih boleh
Post a Comment