SEIMBAS BELEKAN DEWAN SASTERA JULAI 2008

Sekali imbas menjeling Dewan Sastera Julai 2008, kulitnya terasa begitu menarik pandangan. Mana tidaknya, kebiasaannya kulit depan DS menggunakan warna-warna yang gelap dan malap, sesekali menggunakan warna jingga begini, memang menawan hati!

DS Julai 2008 mengangkat isu sajak tempahan. Benarkah sajak tempahan tidak tulen? Fokus bulan ini memuatkan komentar penulis-penulis berpengalaman Mohamad Daud Mohamad, Zurinah Hassan dan Lim Swee Tin.

Karya mantan MPR dalam DS bulan ini:

CERPEN TUNAS CIPTA

Kereta Punya Angkara –Aidil Khalid (mantan 2007)

Mahakarya Seorang Pidana –Zulfazlan Jumrah (mantan 2006)


SAJAK TUNAS CIPTA

Mohd Ghazali Mohd Ros (mantan 2007)

Ruangan ALUMNI MPR membawakan mantan 1997, Tung Wai Chee. Ikuti pengalaman sastera penulis Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya ini.

“Sana sini payung hitam bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sapu tangan mengesat selaput mata. Tisu menekup rongga antara hidung dengan mulut. Sesetengah muka menyembam bahu pasangan. Sedu-sedan suara keliling berlatarkan kugiran lapuk lesu.”

Cerpen KALYANA MITRA

-Tung Wai Chee

2 komen:

Anonymous said...

Saya sangat-sangat suka cerpen Zulfazlan yang tersiar itu. Persoalan tentang kuasa pemerintah dikembalikan kepada kuasa rakyat dipersembahkan dengan sangat kreatif. Ceritanya pun menarik. Ala-ala novel 1515.

Anonymous said...

saya dah baca cerpen dia.sangat menarik. tapi betul ke wujud karya agung tu?garapannya berkesan, sampai saya berbelah untuk percaya atau tidak.apa pun tahniah zul. awak semakin meningkat!

Blog Widget by LinkWithin
top