Takziah

Salam kepada semua pengunjung blog rasmi MPR,

Pada jam 12.30 tengahari tadi, kita telah kehilangan Puan Rohaya Yusof (Penolong Editor, Dewan Sastera) di Hospital Kuala Lumpur.

Kami mewakili semua Mantan MPR ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Jasa beliau menyemarakkan dunia sastera tanahair akan sentiasa dikenang.

Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada arwahyarhamah.

AL-FATIHAH!

3 komen:

Salman Sulaiman said...

"Innaa lillaah hiwainnailai hirooji'uun." Moga rohnya dirahmati Allah!

Rai said...

Salam takziah,

Saya benar-benar terkejut.Tak sampai sebulan lalu kami saling gelak ketawa di DBP.Beliau bertanyakan mengapa saya belum menyumbang untuk DS pada tahun ini.Kata arwah,beliau gemar sajak-sajak saya yang berunsur perbandingan tu.

Lalu saya pun menghantar satu sajak dan arwah pun membalas email terima kasih.Tidak sangka itu akan jadi email terakhir dari beliau. Beliau juga sering memberikan sokongan moral untuk saya dan ibu, termasuk untuk perjuangan phd kami dua beranak.

Alfatihah untuk Kak Aya!

Wira Budiman said...

Maaf lewat menjenguk blog ni. Tengah dalam perantauan.

Salam takziah. Saya pun terkejut dgn berita ni. Baru saja berjumpa dengan arwah pada 30hb Mei, sehari sebelum saya keluar merantau. Arwah begitu supportive, menggalakkan saya menghantar lagi hasil2 penulisan kepada Dewan Sastera. Untuk Dewan Sastera Jun 2008, arwahlah yang meminta saya menghantar artikel dan puisi2 utk ruangan Alumni MPR. Arwah minta hantar lebih, tapi saya cuma hantar 6 puisi. Artikel yang saya tulis pun pendek saja. Arwah langsung tak complain. Baik saja layanannya, mesra saja tuturnya.

Semoga rohnya dirahmati Allah.

Blog Widget by LinkWithin
top