Laporan PPNM Hari Kedua : Ucap Perasmian



Hari kedua Perhimpunan Penulis Muda Nasional telah disempurnakan dengan majlis perasmian oleh Datuk Bandar Majlis Bandaran Melaka Bersejarah, Yang Berbahagia Tuan Yusof Bin Jantan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah mengucapkan selamat datang kepada para penulis muda dari seluruh negara ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Selain itu, beliau juga telah menggesa penulis muda untuk menggunakan kecanggihan teknologi umpamanya menulis blog untuk meluaskan khalayak pembaca.


 

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Baharuddin Zainal iaitu Presiden Persatuan Penulis Nasional yang menggesa penulis-penulis muda untuk bekerjasama untuk terus berjuang untuk menegakkan status undang-undang Bahasa Melayu. Beliau menambah bahawa sebuah perjuangan harus dilakukan secara berkumpulan supaya suara penulis muda lebih lantang kedengaran.


 

Dato' Haji Termuzi Hj Abdul Aziz pula sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyatakan rasa bangganya terhadap penulis-penulis yang telah lahir daripada Program Minggu Penulis Remaja dan Bengkel Penulis Kreatif DBP yang telah mewarnai dunia penulisan dan penerbitan di Malaysia. Menurutnya, seseorang penulis harus ada semangat dan jiwa yang besar untuk berjaya. Beliau juga menyatakan harapan beliau agar penulis-penulis muda terus gigih berkarya dan menghasilkan suatu produk yang berkualiti.

3 komen:

Zaid Akhtar said...

Laporan tentang ucapan Dr Anwar Ridhwan tiada ke?

ainunl.muaiyanah said...

Sebentar. sedang kaji kertas kerja dan juga bahasan ucap utama. InsyaAllah, malam ini akan updates. Sabar.. sabar..=)

mariahsj said...

Tahniah. Tidak dapat hadir tapi sentiasa tidak sabar menanti berita dari Melaka. Semoga kami dapat mendengar "sesuatu" hasil PPNM.

Kak Eton, dbp

Blog Widget by LinkWithin
top