Mengikuti segala perkembangan dan kegiatan MPR memang saya berasa bangga. Sebagai insan yg pernah menyertai MPR (dahulunya tidak disebut MPR tetapi sekadar Minggu Remaja) saya berasa bangga kerana MPR masih terus bernafas biarpun lahirnya pada awal 1985. Bermula dengan antologi "Biarkan Aku Sendiri" dan penulis remaja yg menjadi perintis termasuklah rosilawati maidin, arfah ahmad, sharidatul akmar abdul rasit dan ramai lagi, MPR kini boleh berbangga kerana menjadi platform bagi mengasuh bakat bakat muda Malaysia. Selepas generasi pertama maka lahirlah pula nama nama lain seperti Hizairi Othman, Shaidah Shafie, Lily Haslina Nasir, Saharil, Faisal Tehrani, Ruslan Ngah, Ahmad Patria Abdullah, Shamsuddin Othman, Rosie Haslinda Nasir, Salina Ibrahim dan ramai lagi.
Memang membanggakan kerana di tangan Dewan Siswa/Dewan Pelajarlah nama nama besar ini lahir. Di bawah bimbingan Minggu Penulis Remaja bakat ini bertunas. Pun begitu saya agak terkilan kerana di sebalik keriuhan kita menghidupkan kembali kegiatan dan menjalinkan silaturrahim di antara angkatan lama dan baru MPR, kita bagai terlupa di belakang tabir MPR itu sendiri ada sejarah kesungguhan para editor Dewan Siswa yang menyaring bakat-bakat besar ini.
Nama nama seperti En Abdul Ahmad, Datuk Johan Jaafar, Puan Zaiton Abu Samah, Puan Padillah, Puan Kamariah Mohd Ali, Adnan Jamil, Adnan Majid etc adalah antara nama yang cukup sinonim dengan Minggu Penulis Remaja terutama pada awal kemunculannya. Percayalah.. tanpa nama yg disebutkan ini, tanpa kegigihan mereka, tanpa kepekaan mereka mengesan bakat yg terserlah di Dewan Siswa dan tanpa bimbingan dan asuhan mereka, tidak mungkin akan lahir nama nama Mantan MPR yg kini amat kita kagumi bakat mereka. Alangkah manisnya jikalau mereka ini diundang sama. Pasti kemeriahan dan pertemuan itu akan menjadi lebih sempurna dan bermakna.
Pembimbing lain yg banyak berjasa termasuklah Pak Ali Majod, saudara Ajikik, Khairuddin Ayip... nama yang saya sebut ini saya kira ramai yg semakin lupa. Mereka inilah yg banyak mencurahkan ilmu dan membangkitkan semangat penulis muda sekitar 80-an. Paling penting kita dapat mendengar sendiri kisah dan sejarah susur galur MPR dari Datuk Johan, Puan Zaiton, Saudara Abdul Ahmad.. dan tentunya ini satu pengalaman dan saat sejarah yg cukup manis!
Zai Rye
8 komen:
Alhamdulillah, saya suka jika entri-entri begini ditulis oleh para senior yang merakamkan hal-hal yang tidak mungkin dirasakan oleh mantan peserta MPR yang lebih muda.
Saya terkesan perkara ini apabila ada beberapa mantan terkini yang tertanya -tanya siapakah Hizairi Othman dalam satu majlis baru-baru ini. Oh, ini satu soalan yang tidak wajar, fikir saya.
Pun begitu, nama Hizairi haruslah diperkenalkan dan dikekalkan supaya junior yang tidak berkesempatan bersama-sama dengan beliau dapat merasakan apa yang para senior rasakan. Barulah tradisi itu terasa mengalir...
Juga, satu nama yang saya kira tidak boleh ditinggalkan daripada catatan ini - Allahyarham Dr. Haji Othman Puteh (atau OP).
Sedangkan orang yang masih hidup turut 'dilupakan', apakah OP yang telah tiada ini turut mengalami nasib yang sama.
Salam, saya sekadar ingin menambah beberapa nama lagi yang turut bertanggungjawab mengemudikan MpR antaranya Khatijah Ismail, Norhaizan Yahya, Arsha Rawian dan Pakcik Esdi...Saya tidak pasti sama ada anda berkesempatan dengan mereka..
p/s: Nisah, kedua-dua HO dan OP sudah pasti sentiasa dalam ingatan kita!
Sdr Anonymous,
boleh beri nama anda supaya nanti semua pengunjung dapat mengenali anda. Terima kasih.
semoga kita terus bersatu di bawan nama MPR.. insyaallah
Dalam hal ini, senior terutamanya kena main peranan besar lah. Tak boleh nak terlalu berharap kepada mantan-mantan yang baru. Kebanyakan mantan tahun 2000 dan ke atas pelaksanaan MPRnya sudah banyak dikendalikan oleh alumni...penulis-penulis yang muda. Jadi makin lama, nama-nama tu makin jauh. Sayapun tak tahu siapa editor-editor Dewan Siswa pada tahun sebelum-sebelum ni.
Pendek kata, setiap mantan MPR bertanggungjawab untuk memperkenal tokoh-tokoh terlibat pada tahun masing-masing, dan ambil inisiatif untuk 'approach' sendiri mereka dan undang dalam program-program alumni MPR nanti.
Lagi banyak yang berkerjasama dan menyumbang lebih mudah dan berkesan aktiviti kita.
Salam semua,
Saya setuju dengan Kak Nisah-bukanlah satu dosa jika memang mantan terkini tidak kenal senior MPR dan begitulah sebaliknya.Tugas kita masing-masinglah untuk saling memperkenalkan dan melestarikan nama yang ada.
Saya nak tambah dua lagi nama yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah MPR-Tn.Hj A.Rahim Abdullah dan Prof Rahman Shaari.Oh,satu lagi-Sdr.Jaafar Rahim.
salam semua...
terpanggil untuk meninggalkan catatan di sini. memang setuju sangat segala maksud entri kali ini. nama-nama yg disebutkan itu memang tulang belakang pada MR(dahulu dipanggil minggu remaja saja) lebih dua puluh tahun yg lalu. sebagai peserta musim kedua, saya sempat juga mengenali dan menerima bimbingan dari Datuk Johan Jaafar, Pn Zaiton Abu Samah, Adnan Jamil/Majid, Kamariah Mohd Ali, Pak Ali Majod, Ajikik, tentunya arwah OP..ramai benar kalau nak disebut. Malah wartawan hebat yg membongkar kisah Natrah dan Samsiah Fakeh di Dewan Masyarakat, iaitu Fatini Yaakob antara yg tidak jemu memberi bimbingan waktu itu. Editor DS sendiri Abdul Ahmad antara editor yg cukup akrab dgn anak didiknya dlm MR.. saya sendiri amat gembira kalau dapat menemui semula semua nama ini. Memang tidak terbalas budi dan ilmu yg mereka curahkan.
Salam semua,
Ajikik atau Haji Ahmad Ismail ialah editor Dewan Siswa yang pertama. Dan ketika Minggu Penulis Remaja(MPR) diwujudkan, sdr Abdul Ahmad, editor Dewan Siswa(DS) ketika itu dan Dato Johan Jaffar, ketua unit remaja, dan Ajikik adalah diantara pencetus kepada kewujudan MPR ini. Semua penulis cerpen/puisi DS, yang karya mereka pernah tersiar dlm DS, kecuali Ahmad Patria Abdullah (yg dipilih kerana siri novelnya) dijadikan anak angkat DBP dan mengikuti MPR. Ketika itu juga, tenaga pengajar terdiri daripada Ali Majod, Allahyarham Dr Othman Putih, Prof Rahman Shaari, A Rahim Abdullah dan lain-lain. Hasilnya memang membanggakan. Nama-nama besar seperti Hizairi Othman, Faizal Tehrani, Zaen Kasturi, Nisah Hj Haron, Dr Kamariah Kamaruddin, Lily Haslinda (sekadar bebrp nama) lahir dan menjadi penulis yang berjaya di tanah air. Itulah sebenarnya tujuan utama MPR, melahirkan penulis pelapis dan seberapa ramai penulis yang baik di Malaysia.
Saya, Hassan Alias, Che Mahani, Adnan Majid, Khatijah Ismail,Adnan Jamil, Hanafi Ibrahim, dan beberapa orang lagi masih di DBP bagi meneruskan usaha ini. Sebagai editor DS yang terkini, cukuplah saya dapat menumpang bangga dengan kejayaan dan kegigihan penulis MPR yang telah menempah nama dan menulis semula di DS. Kelangsungan usaha dahulu perlu diteruskan dan saya seronok dengan tugas itu, mengesan penulis-penulis baru yang berbakat agar jadi sehebat penulis MPR yang lalu. Cukuplah jika penulis2 MPR yang lalu terus menerus menghasilkan karya yang baik dan membanggakan, kami akan berasa puas dan lega. Lebih menggembirakan saya, jika penulis MPR dapat juga menyumbang karya dan idea di dalam majalah kesayangan yang kita kongsi bersama iaitu DS. Cuma janganlah kita melupakan nama-nama awal yang telah mencetuskan MPR seperti Dato Johan Jaffar (kini pengerusi pengelola DBP), sdr Abdul Ahmad (sudah bersara), sdr Ajikik (sudah bersara), sdr Ali Majod (sudah bersara),Hj Jajuli (bersara)Kamariah Ali (bersara), Arshad Rawian (Pengarah DBP Utara), Puan Izah (pengarah Sastera DBP), Padilah Ali (kt bhgn Majalah) dan beberapa nama lain yang telah berusaha keras di peringkat penubuhan awal MPR. Jasa mereka begitu besar di dalam sejarah MPR dan penghasilan karya remaja Malaysia.
Hasan Alias editor selepas Abdul Ahmad. Editor DS yang lain ialah Che Mahani Che Ibrahim. Ketika DS berada di karangkraf (1996 -2006)ada dua editor yang menanganinya. Saya ditugaskan menangani DS ketika DBP mengambil semula DS dari karangkraf pada Januari 2007.Harap maklumat ini dapat membantu.
Selamat berkarya.
Post a Comment