AKTIVITI MPR SEPANJANG 2008

Assalamualaikum wrt, Salam Sejahtera

Kami mengusulkan aktiviti berikut sepanjang tahun 2008. Diharapkan kalian dapat memberi pendapat bagi memantapkan perancangan ini. Harap memberi pandangan yang tidak merapu dan senonoh sahaja. (pandangan dua-tiga nonoh akan ditolak mentah-mentah!) –kami akan padamkan pada ruangan komen.

Sila kemukakan cadangan sebelum 28 Januari 2008. (Isnin)

Cadangan-cadangannya;

1. Diskusi buku/novel mantan-mantan/karya-karya eceran – pada April, Ogos, November

-Novel yang dicadangkan: Bedar Sukma Bisu atau Manikam Kalbu, Puisi Untuk Esdyzuar, (mohon cadangan novel mana-mana mantan yang dirasakan sesuai).

-Cerpen: Ujana Rindu (Siti Hajar Mohd Zaki dan Ashadi), Antologi 9! dan antologi 12!
Puisi: Taman Percakapan (Shamsudin Othman), Iga (Zain Kasturi), dan Di Kebun Khatulistiwa (Rahimidin Zahari).

-karya-karya eceran akan dikumpulkan

2. Lawatan ke Padang, Indonesia - (tarikh belum ditentukan, mohon cadangan kalian)


3. Lawatan (tapi tak tahu ke mana, kalau boleh lawatan sehari sahaja sudah cukup) mohon cadangan. (mungkin ke Institut Terjemahan Negara, atau mana-mana yang dirasakan sesuai). Kalau nak cadang program sehari berkelah ke Pantai Morib bersama Nisah Hj. Haron juga boleh. (heheh)

4. Pertemuan dengan tokoh sastera, pemikir dll - cadangan Prof. Ungku Aziz, Dr. Anwar Ridhwan, Prof. Sidek Baba, Baha Zain (mohon cadangan juga).


Atau ada cadangan yang dirasakan lebih mantap dan hebat? (jangan ada yang cadang majlis makan malam dan tari-menari sudah!)


Nota: Bagi setiap aktiviti, seorang individu akan dilantik sebagai pengarah. Oleh itu, mantan-mantan yang lain akan membantu sebagai ahli jawatankuasa. Maksudnya, jika Hani Salwah menjadi pengarah untuk diskusi buku, dia juga perlu jadi ahli jawatan kuasa untuk pertemuan dengan tokoh-tokoh sastera/pemikir.

Jika kalian dipilih untuk mengendalikan tugasan tersebut, diharapkan tidak menolak dan bersedia untuk melaksanakan dengan baik. (cukup-cukuplah orang kata Mantan-mantan MPR ni senyap-diam-pasif semuanya, hidup segan mati tak mahu).

harap maklum

12 komen:

hani salwah yaakup said...

Salam,

1)Diskusi karya eceran/novel itu sangat baik saya kira dan akan menjadi lebih baik kalau tahun ini kita adakan dua kali yakni satu pada pertengahan tahun dan satu hujung tahun. Mungkin pihak alumni boleh meminta mantan menghantar karya mereka mulai sekarang.

2)Mengenai lawatan ke Padang itu saya cadangkan kita adakan pada bulan Mei. Waktu itu ramai mantan sedang bercuti semester. Satu lagi jika boleh diminta lawatan ini diadakan waktu hujung minggu supaya mantan yang sudah bekerja juga boleh menyertainya.

3)Cdangan lain adalah mengadakan sesi "refreshment" sastera dengan pembimbing-pembimbing seperti abang faisal tehrani,kak nisah haron, abang sudin dan ramai lagi. Mungkin dengan sesi ini diharap dapat menajamkan semula ilmu sastera yang sedia ada dalam diri mantan. Almaklum sudah lama tidak menerima input sastera minda juga sudah kurang sensitif dalam melahirkan karya.

Salman Sulaiman said...

Salam seni, salam puisi & salam seindah kasih manusiawi,

"Cukup-cukuplah orang kata Mantan-mantan MPR ni senyap-diam-pasif semuanya, hidup segan mati tak mahu." Janganlah kata begitu, tersentuh kalbu seni saya jadinya. Bukankah MPR telah melahirkan sekian ramai penulis di muka bumi Malaysia ini? [Ingat: saya tak marah tau]. Sekadar menimbulkan sedikit pertanyaan.

Saya mohon mencadangkan; saya kira elok kita adakan lawatan mengunjungi semua Sasterawan Negara yang masih ada. Boleh saja kita namakan program kunjungan kita 'Ziarah Sastera' atau apa-apa nama yang sesuai. Nama tu tak penting sangat. Misalnya, seperti mengunjungi SN Shahnon Ahmad di Sik atau SN lain yang tinggal di sekitar KL. Kita adakan rombongan dengan baslah. Buat tiga hari dua malam & kalau sempat jumpa semua SN yang ada. Tempah tempat tidur yang murah macam Rumah PUSPANITA ke atau tempat-tempat lain yang sesuai.

Kalau tak pun sekadar dua tiga orang SN dahulu. Kalau rasa cadangan saya ni agak mengada-ada, kita buat program sehari saja. Terserah atas persetujuan semua. Sekadar mencadangkan saja. Apa-apa pun, mohon diperdebatkan & dibincang. Nanti, bila ada cadangan lain, saya menyampuk lagi.

Terima kasih!

Rai said...

Salam,

Ramai juga mantan yang lahir dari keluarga penulis.Sekali sekala bagi peluang mak/ayah mereka ni bercakap bagaimana proses mereka mengasuh anak tu sehingga menjadi penulis yang berjaya.

Ni bukan nak promosi diri.Siapalah saya ni pun!Tapi ia bagus juga terutama apabila mendekati bakat baru.Kita sering bertanya mereka- apa yg mereka baca di rumah,mak ayah beri galakan atau tidak dsbnya.Jadi dengan ada sesi begini kita boleh memahami mengapa ada penulis muda yang bagus dan ada yang 'pop yeh yeh' saja.

Memang ada ramai juga penulis hebat yang tidak lahir dalam keluarga penulis.Tetapi pasal kita ni dah alumni penulis, mulakan dengan memanggil penulis dulu.

Mohon dipertimbangkan.Err...BBQ tak nak buat ke?Nak tolong kupas bawang!

FahdRazy said...

Oh. Takde majlis yang buat masa 'summer' ke?

Anonymous said...

Salam,
Kakchik setuju dengan cadangan Salman. Ziarah/ sesi erat silaturahim dengan SN yang dekat dulu...lepas tu boleh proceed dengan yang jauh pulak.

Mantan MPR said...

Saudara Salman, jika anda tersentuh maknanya ada seorang yang sensitif dengan anggapan seumpama itu, sangat bagus sebagai satu motivasi itu kita saling bergerak. (ungkapan itu bukan saya yang reka2, tapi memang benar2 ada orang yang berpendapat begitu)

jangan cepat melatah, tapi renungkan secara positif.

ok, cadangan salman menarik, sangat bagus untuk kita pertimbangkan dan masukkan dalam senarai aktiviti. namun, ada sedikit perkara yang perlu dipertimbangkan, termasuklah kesuadian SN-SN menerima tetamu yang berkunjung dengan sebuah bas!

nanti kami perjelaskan sesudah berbincang dengan orang lain juga.

mantan MPR

Nisah Haji Haron said...

Salam.
Ziarah SN tu bagus. Tapi, logiklah sikit. Takkan datang rumah orang sampai satu bas. Bukannya kenduri kahwin. Datanglah dalam kumpulan yang munasabah supaya tuan rumah dapat melayan tetamu dan jumlah tetamu tidak menyusahkan tuan rumah.

Lagipun apabila datang dalam kumpulan yang besar biasanya akan wujud kumpulan kecil-kecil dalam kumpulan besar tu. Kecilkan jumlah ahli lawatan - lebih praktikal.

Tentang pemantapan sastera - di PEN, kami biasa adakan bengkel pemantapan penulisan kepada ahli. Kalau MPR dan join sekali dengan PEN - ok je!

Fahd,
Banyak betul duit 'korang' dapat balik setiap summer? :-D

FahdRazy said...

Kak Nisah, mana tak banyak... sarapan, makan tengahari, makan malam, asyik roti-mentega saja. =D

Setuju dgn Kak Nisah, tak semestinya satu bas. At least satu dua van, 5-10 orang tu ok la. Macam PESISIR selalu buat. Mereka lawat JM Aziz (tapi sayang, kita dah tak berkesempatan). Lagipun, saya rasa susah juga nak cukupkan peserta satu bas tu. Susah nak dapat semua orang 'available' dalam satu masa.

Juga tak semestinya SN. Kita lawat penulis-penulis besar lain pun ok juga, Azizi Abdullah ke, etc...

zulfazlan jumrah said...

Diskusi buku tu seronok dan bermanfaat. Tapi pastikan ia tidak terlalu berprotokol. Biar santai, tapi ilmiah.

Seronok juga melawat SN yg masih ada. Yelah, kalau diorang dah tak ada, tak dapat nak melawat lagi. Sya sokong. Jumlah yg kecil juga bagus. Mungkin 2 van, dan abang&akak MPR yg ada kereta mungkin boleh menumpangkan adik2 yg masih study (tugasan berfokus pada mantan yg duduk sekitar KL untuk memungut adik2 di universiti sekitar KL)-Kak Rai&abg Din boleh buat 'one-two som' untuk bawa saya. Hehe..

Salman Sulaiman said...

Teman-teman,

Sudah saya katakan, saya sekadar mencadangkan. Jika tidak logik, tinggalkan & buangkan saja yang tidak logik itu. Saya sudah katakan, cadangan saya itu boleh saja dibahas, dipertimbangkan & dibincang lagi dan lagi. Maaf, atas cadangan yang tidak logik itu. Ya, saya hanya sekadar mencadangkan. Sebab, ketika mencadangkan cadangan yang tidak logik itu, saya masih terbayangkan kunjungan kami peserta MPR 2000 dengan sebuah bas ke rumah SN Muhammad Haji Salleh di Kajang. Jadi, terilhamlah cadangan yang tidak logik itu.

Mantan MPR,

Saya tidak melatah sedikit pun. Memang, kata-kata orang yang macam-macam itulah yang selalu saya ambil sebagai semangat & motivasi diri. Bukankah mantan MPR seperti Abang Faisal Tehrani & Kak Nisah Haron [sekadar menyebut dua nama] adalah mantan yang tidak pernah senyap, diam dan pasif dengan segala hasil karya dan bermacam aktiviti sastera? Saya ulang, saya tidak melatah sedikit pun.

Teman-teman, saya hanya mencadangkan. Maaf atas segala yang tidak logik. Saya tak marah. Terima kasih.

lutfi said...

saya nak cadangkan satu lagi idea tak logik: Buatlah satu minggu mantan MPR. Tapi, tak perlulah satu minggu. dua tiga hari cukuplah. kita kumpul semua mantan dan kita duduk di suatu tempat aman damai, di tepi pantai ke...dipulau redang ke. Dan, kos ditanggung dbp. amacam, setuju?

Salman Sulaiman said...

Lutfi,

Walaupun tak logik, tapi aku seorang memang sangat-sangat setuju!

Blog Widget by LinkWithin
top