Selamat Datang Mantan MPR07!



Setelah seminggu berbengkel dan berkampung, mengasah pena yang semakin tajam dalam genggaman, akhirnya tabir Minggu Penulis Remaja 2007 melabuhkan tirainya. Tentunya pelbagai pengalaman manis yang telah dilalui oleh para peserta MPR2007 akan kekal terpahat dalam ingatan sebagai suatu pembakar semangat untuk terus menggegarkan persada kesusasteraan Melayu. Harapan kami, semoga pelbagai ilmu pengetahuan yang dikutip daripada para penceramah dan pembimbing sepanjang MPR07 dapat digunakan sebaiknya oleh para peserta untuk terus mara dalam dunia penulisan kreatif ini. Bak kata gurindam Melayu,


Diikat-ikat, biarlah panjang,
Dijalin-jalin, biarlah
rapat.

Disiram-siram, biarlah basah,
Diasah-asah, biarlah
tajam.

Bagi pihak Kelab Alumni MPR, kami dengan sukacitanya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada seluruh warga MPR 2007 ke dalam keluarga besar MPR!

  1. Nurul Hafiza Ahmad Alwi - Kedah

  2. Nor Hidayah Illias - Kelantan

  3. Hafizul Othman - Kedah

  4. Nur Azlizawani Zolkipeli - Kelantan

  5. Sharifah Aisiah Syed Mahazar - Kelantan

  6. Jamilah Mohd Noordin - Kedah

  7. Safura Sabri - Selangor

  8. Aidil Khalid - Selangor (Penghulu)

  9. Sayyidah Mu'izzah Kamarul Syukri - Terengganu (Penghuluwati)

  10. Nik Nur Fariha Ainna Nik Suib - Perak

  11. Nai Boon Mee Sararaks - Pulau Pinang

  12. Noriffah Hidayati Ibrahim - Negeri Sembilan

  13. Nur Iffaizyan Mohd Ghazali - Selangor

  14. Rashidah Othman - Kedah

  15. Wan Nor Azriq Wan Mokhtar - Kedah

  16. Nur Kamaliah Mohamed Sujari - Selangor

* Tiga (3) orang lagi peserta MPR07 sedang dipertimbangkan kedudukan mereka sebagai mantan MPR kerana peraturan kelab menetapkan ahli kelab harus menyertai MPR dengan sepenuhnya atau memenangi Hadiah Sastera Siswa. Dalam hal ini, mereka telah terlepas 2 hari atas sebab-sebab tertentu. Justeru, keahlian mereka akan dibincangkan dalam mesyuarat kelab yang akan datang.

**Ruangan pautan telah dikemaskinikan dengan blog mantan-mantan MPR07.

8 komen:

zaidakhtar said...

Aiseh,
mana org2 Johor ni?
Seorang pun tak ada?

Zulfazlan,
Mana adik2 kau?

Fahd Razy said...

kesiannya 3 orang tu. Kalau sebab mereka tak boleh hadir tu 'acceptable', rasanya tak rugi pun kita terima jadi mantan mpr. Lagi ramai mantan,harapnya lagi meriah. =D

Aidil Khalid said...

Ya, ya... saya pun setuju dengan Fahd Razy. Lebih-lebih lagi melihatkan semangat tiga orang tu, yang walau pun spm, masih lagi sanggup datang (walaupun tak sepenuhnya) mpr. ;-)

zaid said...

eh, tak ke MPR tahun lepas ada yang sempat cuma satu malam di PD?
:-)

Nisah Haji Haron said...

Salam,
Saya malas nak campur dengan urusan sama ada mereka itu mantan MPR ataupun sebaliknya.

Yang pasti, mereka yang tidak ikut MPR sepenuhnya adalah peserta MPR tetapi belum tentu mantan MPR.

Dulu-dulu, kita pun ada peserta MPR yang tak sempat sudahkan/penuhkan seluruhnya selama satu minggu. Yang saya ingat - Sdr Ramzah Dambul / Rem (Kini, Dr. Ramzah). Dia sendiri pun enggan mengaku bahawa dia mantan MPR.

Keistimewaan untuk adik-adik yang tidak dapat diiktiraf sebagai mantan MPR, ertinya, tahun depan boleh sahaja mohon sekali lagi untuk menjadi peserta MPR. Katakan sahaja bahawa pada tahun sekian-sekian tidak dapat menyertai sepenuhnya MPR, apatah lagi 2 orang peserta ini tidak mengikuti sepenuhnya kelas Faisal Tehrani. Saya kira itu satu kerugian besar (tak dapat nak belajar pun, kalau pinjam-pinjam nota kawan). Khususnya, kuliah beliau tentang apa itu sastera dan apa itu persuratan sangat penting.

Tahun lepas pun ada seorang peserta yang tidak sempat mengikuti kelas saya sepenuhnya. Pun, tak boleh diiktiraf sebagai mantan MPR.

Apa-apa pun, usah risau sangat sekiranya jadi mantan peserta ataupun sebaliknya. Ambil contoh, Sdr Zaid Akhtar - diiktiraf sebagai mantan MPR kerana memenangi HSSBR walaupun tidak sempat mengikuti bengkel-bengkel MPR. Pada mulanya beliau susah hati, tetapi kini sudah menjadi penulis besar, tanpa menyertai bengkel MPR sepenuhnya.

Yang penting menulis dengan tekun. Pengiktirafan itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Usah dibimbangkan sangat pada status itu. Jadi pada Hazlina dan Shafiq, harap teruskan usaha menulis. Kalian sudah ada bakat. Bukan calang-calang orang boleh segera berlari ke DBP setelah pulang berperang dengan SPM!

zaidakhtar said...

pembetulan!
kak nisah,
eden belum lagi jd penulis besau
:-)

Rem said...

Nisah: "Yang saya ingat - Sdr Ramzah Dambul / Rem (Kini, Dr. Ramzah). Dia sendiri pun enggan mengaku bahawa dia mantan MPR."

Ya, saya setuju dengan Nisah. Untuk menjadi mantan MPR, saya fikir mereka mesti mengikuti sepenuhnya program yang dibuat. Saya secara rasminya terpilih sebagai peserta bagi MPR 1988. Tapi hanya sempat mendaftar dan tidak dapat mengikuti program selebihnya kerana terpaksa mengikuti minggu orientasi Pusat Asasi Sains (UM).

Saya masih terus mengikuti perkembangan MPR dan memberi sokongan dari jauh aktiviti-aktivitinya. Pernah datang beberapa kali untuk aktiviti yang berkaitan. Jengok-jengok. Sama dengan Hizairi dulu. Tapi saya pun tak rasa layak untuk jadi mantan MPR kerana saya tidak pernah menamatkan program tersebut.

Saya fikir kita mesti ada satu piawai yang yang jelas (dan tegas) mengenai status keahlian mantan MPR. Supaya keahlian itu sendiri lebih bermakna dan dihargai.

Tidak menjadi mantan MPR, tidak semestinya tak boleh lagi menyumbang dalam aktiviti sastera remaja. Jadi, tidak perlu kesian-kesian. :)

Anonymous said...

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga mpr, terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya apa yang akan saya utarakan nanti mungkin bercanggah dengan beberapa pihak, tetapi saya bercakap melalui hati saya sendiri dan apa yang dirasakan betul. mungkin betul kata kak nisah, abang rem dan juga insan-insan lain yang mengiyakan kata-kata mereka. seperti kata k.nisah, pengiktirafan sebagai mantan bukanlah titik tolak sebenar sebagai penulis malah adik-adik mpr07 yang tidak lagi mantan boleh menyertai mpr 2008. bila difikirkan ini adalah demi kebaikan adik-adik mpr07 juga, bukan begitu semua? mungkin betul juga apa yang diperkatakan kak nisah dan mungkin juga pendapat sama segelintir mantan mpr yang lain. tapi pernah tak kita fikir tentang impak ataupun kesan yang timbul dari masalah ini kepada adik-adik mpr07 yang mungkin...mm..maaflah tapi saya lebih suka mengunakan perkataan 'terpinggir' atau 'dianak tirikan' itu? pernahkah anda semua memikirkan perasaan mereka? secara jujur saya katakan, akibat daripada masalah ini, semangat berkarya adik-adik mpr yang 'dianak tirikan' ini hampir-hampir hilang dan rata-rata daripada mereka tidak berkeyakinan untuk menulis lagi. mungkin kita akan fikir yang benda ni bukanlah masalah yang besar, adik-adik mpr07 yang belum jadi mantan boleh sertai lagi pada tahun depan, tapi apa sebenarnya yang dipersoalkan bukannya mengenai pengiiktirafan sebagai mantan tetapi jiwa penulisan adik-adik tersebut. jadi apa yang saya ingin tanyakan pada kalian, adakah anugerah 'mantan' itu lebih pentng daripada jiwa pencerita adik-adik mpr07 yg belum dimantankan?

Blog Widget by LinkWithin
top