Salam semua mantan,
Beberapa hari lalu sempat saya dan beberapa mantan yang lain berbincang mengenai memori yang kami lalui sepanjang Minggu Penulis Remaja yang telah kami sertai. Kenangan kami nyatalah berbeza kerana di'lahirkan' dalam MPR tahun-tahun yang berlainan. Misalnya memori di MPR 2001 berlainan dengan kenangan pada MPR 2005 dan sebagainya. Lalu, perbincangan itu jadi menarik dan semuanya nyata suka sekali mendengar memori MPR masing-masing.
Justeru, kami ingin anda berkongsi kenangan MPR anda bersama-sama mantan MPR yang lain disini. Jadi memori anda itu tidaklah hanya berkubur dalam ingatan anda sahaja. Mungkin ada kisah menarik, sedih, lucu dan tidak terduga yang dapat kita kongsikan. Selain itu kami juga berharap dengan perkongsian ini, ikatan wasilah diantara mantan MPR juga dapat dieratkan lagi. Apa lagi...ceritakanlah kepada kami!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 komen:
pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan sewaktu MPR ialah sambutan hari lahir saya yang ke-15. Saya sangat menghargai sambutan tersebut. Sebuah kek telah dibeli oleh abang Faisal. Saya hampir mengairi mata saya kerana terharu. hehehe....
MPR 2005.....suatu kenangan yg akan tersemat dalam ingatan saya buat selamanya. bertempat di Ilham resort, port dickson, saya difahamkan bahawa MPR 2005 antara yang terpendek pernah diadakan iaitu dari hari ahad-jumaat.
Pada waktu itu, pendamping kami ialah abg faisal tehrani, shamsudin othman, salina ibrahim, dan abg khairul nizam. seronok sungguh dapat perkenalan dgn kawan2 baru. tetapi, batch kami majoritinya budak2 sekolah. utk peserta lelaki, hanya saya dan penghulu (Helmi) yg bukan pelajar sekolah. Selain itu, antara yg berada dalam batch saya ialah kak nasriah, yg kini merupakan senior di fakulti saya.
sy rasa memori yg paling tak boleh dilupakan ialah sewaktu malam terakhir MPR. kami semua batch lelaki pakat2 nyanyi lagu beramai2 utk para pembimbing kami. Kalau tak silap, lagu "Mungkin Nanti" agaknya.
mmg byk pengalaman yg tak boleh dilupakan. nani sy sambung. apa pula pengalaman kawan2 yg lain?
Memori di MPR? Semasa diterima masuk MPR 2000 dulu, saya di tingkatan empat. Tak kenal apa itu penulisan. Karya yang tersiarpun hanya satu. Jadi semasa MPR saya hanya jadi kanak-kanak pemerhati kepada ahli-ahli yang lebih senior seperti Abg Lutfi Ishak, Salman Sulaiman, Jimadie Syah, Khairul Nizam, Syaidul Azam, Juliana, Zunaidah Zainon dan lain-lain. Masa MPR tu, rasa agak kecil dan terpinggir juga la. Bukannya apa, dari kaca mata pelajar tingkatan empat, rasanya yang lain-lain tu sangat dewasa. Tak tahu macam mana nak bergaul dengan orang dewasa ni. haiih...
Tapi alhamdulillah, walaupun memori semasa MPR kurang mengesankan, tapi dari MPR itu saya dapat ramai kenalan. Dan memori selepas MPR itu yang banyak merangsang. Melihat perkembangan penulis-penulis seMPR yang semakin giat menulis membuatkan saya tidak mahu ketinggalan. Sebab tu, penting untuk terus berkomunikasi lepas MPR. Menulis ni perlukan suasana yang merangsang, walaupun dah jauh terbang ke oversea...
Memori yang tidak dapat saya lupakan semasa di MPR 2001 adalah berpeluang naik ke puncak Genting untuk pertama kalinya (Itu pun setelah berkali-kali memujuk pembimbing).Maka kami pun beramai-ramai berkonvoi naik ke puncak dengan menaiki kereta kabel.
Berpeluang bersama pembimbing seperti Abg Faisal Tehrani, Kak Raihani Mohd Saaid, Abg Saharil Hasrin Sanin, Kak Ade Irma, Abg Sufian, Kak Salina, Abg Ridzwan Harun dan Kak Rosie Haslinda Nasir adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Waktu di MPR 2001...saya ada punya nama timangan daripada nama salah seorang artis. Mahu tahu boleh tanya saya sendiri...ok?
Yg hantar pengalaman ni semuanya peserta tahun 2000 ke atas.Nak dengar juga dari yg otai.Err,macam saya ni tahun 97 boleh kira otai ka?Hehehe...
Agak kalut MPR'97 sebab hotel penginapan kami berhampiran Stadium Negara, walaupun dekat dgn DBP tapi tiap2 pagi terpaksa menempuh jem.MPR itu juga batch yang terakhir dibimbing oleh Arwah OP dan Prof.Rahman Shaari, selain menyaksikan Kelab Alumni terzahir.Juga yang terakhir para pesertanya boleh tumpang semangkuk di majlis penyampaian HSSBR.Yang terakhir juga HSSBR dibuat di hotel 5 bintang.Lepas tu buat di 'hotel' DBP.Kemudian dengan HSSBR tu sekali bungkus!
Merayau di Dataran Merdeka tengah malam bersama semua peserta dan AJK antara pengalaman best.
here i come...! hehe..erm, MPR'05. ada banyak juga yang tak boleh lupa, kalau kenang2 pun mau gelak sendiri. antaranya;
1. Fobia saya pada laut dan kolam renang dah hilang. saya pernah lemas dan dah berhenti bernafas sewaktu berumur 10 tahun. waktu itu mandi di perkelahan air terjun hingga ada hamba Allah yang buat pernafasan dari mulut ke mulut. bermula itu saya fobia dengan segala jenis takungan air termasuk kolam renang. tapi bila ramai-ramai yang dok pakat main air dalam kolam renang hotel dan berenang, saya tertarik. entah bagaimana boleh berdiri dan duduk di birai kolam. uh, menakjubkan! sampai sekarang dah tak takut.. :D
2. saya penghuluwati MPR'05. tapi yang tak sedapnya, saya yang paling tua. umur dah cecah 22 tahun (kalau dikira berdasarkan tahun) tapi kalau kira berdasarkan bulan kelahiran baru 21 (waktu itu lah, sekarang dah tua..)
3. Itu pertamakali kenal siapa itu FT, Nisah Haron, Zaid Akhtar, Salina Ibrahim, Zaen Kasturi dll. sebelum ini baca karya, atau paling tidak pun masuk blog pembimbing.
4. cikgu Shamsuddin Othman beri markah 5 bintang untuk puisi Bicara Hamba. Sebab itulah puisi itu ditujukanuntuk mantan2 MPR ketika dibacakan pada malam puisi sempena kongres budaya serumpun di Tumah Pena baru2 ini.
sekian, terima kasih.. :)
apa-apapun, terima kaish banyak buat pembimbing dan DBP khususnya. tanpa MPR saya belum tentu dapat menulis. mungkin selamanya jadi pembaca sahaja.
Saya remaja purba, antara bekas otai MPR yang kini MCM (menulis cari makan)...
Kononnya, kerana terlalu excited dapat jadi peserta MPR tahun 19.., arwah ayah belikan saya tiket bas sehari awal dari tarikh berlangsungnya MPR.
So, tak dapat tidak saya dengan kecut hati sebab 1st time pijak KL seorang diri dan kembang hati sebab dapat jadi anak angkat DBP, tiba jua pada sabtu pagi di PWTC dengan ketibaan saya ditunggu oleh Kak Khatijah yang cantik lawa tu (kini pun dia tetap cantik di mata saya sesudah sembilan tahun berlalu).
Selain itu, penginapan untuk peserta belum disediakan dan saya terpaksa di attached di rumah salah seorang staff DBP pada masa itu, yang sudi menumpangkan saya di rumah beliau. Ketika itu saya memanggilnya Kak Ham dan kalau saya tidak silap, dia ialah Datin Hamsiah yang sangat lemah lembut orangnya.
Maka jadilah saya seperti ikan karp di dalam akuarium ikan koi...haha... Masih juga saya ingat senyum manis dua anak gadis beliau, Nurul Ithnaini dan Ida Mumtaz. Mereka begitu teruja menerima saya di rumah besar itu dan saya pula dilanda keseganan yang amat sangat.
Kemudiannya saya kembali menyaingi peserta yang mula tiba dari seluruh Tanah Malaya...kalau ada yang sama geng dengan saya, ingat tak gelaran Cikgu Bedah...
Wokeh...that's it..selamat berkarya!
*Ingatan saya pada petugas MPR tahun itu sentiasa segar di minda. Selain Kak Khatijah, En Burn, Tn Hj Arshad, En Hanafi, Pak Cik Esdi dan Pak Ali Majod Pensil Sebatang, saya selalu berharap dapat kembali menyalami Nik Khatijah, Zairenna Onn, Fauziah Yunos, Tan Bok Hoi, Zawawi Zahari, Zarina, Fatimah Sabran, Ruziah Bun, Fadzillah, Cikgu Hameer Habid, Syed Agil Al Sagoff dan maaf kepada mereka yang namanya tidak saya nukil di sini...
ok sekarang giliran saya pula. MPR 2006. baru tahun lepas, jadi kenangan tu memang banyak sangat yang teringat-ingat. pertama kalinya ada sistem mentor, mentor kami kak nisah haron, kak rai, abg lutfi ishak, ang shamsudin & ust zaid akhtar.
pertama kali bertemu dengan sebegitu ramai penulis.
mantan mpr06 yang lain, sila sambung...=)
saya sambung.. mpr06!
pengalam y pling best bila first time bersemuka dengan penulis idaman juga jmp kawan2 baru yang memang beri semangat pada sya utk terus menulis.
tapi, ada yang mendukakan sya, saya tidak sempat pulang ziarah arwah nenek yang meninggal time malam penutup mpr.
alfatihah untuk arwah.
kakchik mpr tahun berapa ek...apa nama yang diguna sewaktu menulis? :)
fahd, kakchik mpr 10 tahun lepas.
sorry, 20 tahun lepaslah...aduss! dah tua sungguh rasanya...
Post a Comment