Diskusi Karya Sastera Remaja Alumni MPR

*Kemaskini dalam huruf hijau di bawah;

Bersempena dengan MINGGU KAWANKU BUKU mulai 14-17 November 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan program Diskusi Karya Sastera Remaja Alumni MPR. Butir-butir acara adalah seperti berikut;

Tarikh : 15 November 2011 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi-11.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP.

Pembicara :
1. Sdr. Salina Ibrahim (novel)
2. Sdr. Nasriah Abdul Salam (cerpen)
3. Sdr. Muhammad Lutfi Ishak (puisi)

Pembicara yang terdiri daripada mantan peserta MPR akan memperkatakan karya mantan peserta MPR yang lain, sama ada yang sudah mapan, mahupun masih baharu.

Masuk adalah percuma. Makanan disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Shahrun Nizal Mohd Nor
(03-21482573/ 017-6573212),
atau e-mel, shahrun@dbp.gov.my

Jika berminat untuk mendengar cerpen anda didiskusikan, emelkan cerpen anda kepada sehijau.bakau@gmail.com, beserta sedikit maklumat diri.
Syarat-syarat cerpen:
1) Sudah diterbitkan dalam bentuk buku (sama ada antologi atau kumpulan cerpen).
2) Bertemakan remaja (sama ada wataknya remaja, sudut pandang remaja atau bersesuaian untuk bacaan dan tauladan remaja).


2 komen:

M. Fakhai MD said...

salam...

rugi sebab tak dapat ikut kerana ada peperiksaan akhir semester...

Nuriman Sakinah said...

tarikh yang dipilih memng sama dengan tarikh bertuah lembaga peperiksaan malaysia...

Blog Widget by LinkWithin
top