Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 (PPMN 2009) bertemakan “Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran”.

Tarikh: 17 hingga 19 April 2009
Tempat: Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Yuran: RM 30
Syarat: Penulis berusia bawah 40 tahun
Anjuran: Biro Penulis Muda, PENA

Antara matlamat PPMN 2009 ini adalah untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi penulis muda mapan dan baru.

Pendaftaran boleh dibuat melalui persatuan penulis yang dianggotai, atau mendaftar secara persendirian.

Borang pendaftaran hendaklah tiba ke meja urus setia sebelum 8 April 2009.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi
Saifullizan Yahaya (03-2148 2480 - saif@dbp.gov.my),
Wan Zaida Hj. Wan Yussof (013-691 5266 – nuhamelissa@yahoo.com),atau
Muhammad Lufti Ishak (013-2650 876).

Sesiapa yang berminat (mantan MPR atau bukan) sila tinggalkan alamat e-mel di ruangan komen untuk mendapatkan borang pendaftaran dan surat undangan (sekiranya belum ada).

17 komen:

Lily Haslina Nasir said...

Salam,
Akak ni anak Melaka teringin juga nak pergi. Tapi kenapalah tarikh yg dipilih tu bertembung dengan tarikh Pesta Buku KL? Terkilanlah..

Azree Ariffin said...

Salam,
tidak dapat turut serta. Kebetulan, tarikh 17hb April itu, saya ada kertas terakhir utk final exam. 20hb pula sudah mula praktikal. jadi, masa saya memang terhimpit. Doakan semua berjalan lancar...

Zaid Akhtar said...

Insya-Allah.

Sesudah 4 tahun berlalunya PPMN di Tg Piai. Tentu menarik dapat bertemu semula teman-teman penulis yang jauh dan dekat.

Shafiq Azli said...

Salam..say berminat untuk menyertai..ini email saya..shafiqazli@gmail.com..sila bagi respos segera..

FARAHNYEMAHMULYA said...

farahnyemahmulya@yahoo.com

Anonymous said...

salam
berminat. harap dapat ikut juga kalau tiada aral. jelita_anis@yahoo.com

YoshaMaDa said...

Kalaulah Exam final matrik ni boleh ditunda.. Tapi ada satu lagi problem. Belum ada karya yang disiarkan secara rasmi.. Tapi insya-ALLAH tahun ni novel Cahaya Idaman akan berada di pasaran. Aku akan buktikan pada ibu yang aku bukan menulis untuk suka-suka. Sekarang ni novel tu sedang dlam proses. bahagian pertama sudah dikirim untuk review. Kalau tak ada aral melintang, novel tu akan diterbitkan dalam bulan 7 atau 8.

said...

Berminat. =)
nurulhaq_qutaibah@yahoo.com.sg

Shamsul Amin said...

Berminat juga untuk sertai..
Tapi bergantung kepada jadual juga nanti..

kirim borang dan surat ke alamat emel ini

shamsulamin@pesisir.net

Naim said...

Salam,

saya calon persendirian (bukan mantan MPR) berminat untuk menyertai program ini.

Mohamad Hanafi Isa,
hanafi.mohamad@gmail.com

Terima kasih.

nurul said...

Macam menarik.Macam berminat gak.. nurulisma86@yahoo.com

Anonymous said...

Assalam,
boleh tak saya tahu pengisian program (secara terperinci)?

Nissa' Yusof said...

salam, setakat ini PENA belum keluarkan tentatif lagi

Cinta Al-Aqsa said...

kalau pergi program ni,kamu semua rancang untuk penginap di mana? saya keliru fikir soal penginapan..

Nissa' Yusof said...

salam.
berdasarkan pemahaman saya, penginapan tersedia di puteri resort itu.

apa-apa pun, saya akan tanya kepada pihak yang berkaitan dan akan dikemaskini secepat mungkin :)

lutfi said...

Salam.

Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 pada kali ini insya-Allah akan berlangsung seperti yang dirancangkan. Di sini disertakan beberapa maklumat kepada mereka yang berminat;
1. Yuran pendaftaran sebanyak Rm 30 dikenakan kepada para peserta.
2. Perhimpunan pada kali ini akan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja pada waktu pagi dan diskusi yang lebih ringan pada waktu petang.
3. Berikut diperturunkan beberapa pembentang yang mungkin akan hadir membentang kertas dan berdiskusi. Antaranya ialah Rahimidin Zahari, Faisal Tehrani, Dr Alinor, Mawar Shafie, Awang Azman Awang Pawi, Dato Baha, Aqil Fithri, Wan Fhysal, Ariff Mohamad, Fadhli al-Akiti, wakil penulis dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei, dan beberapa orang lagi.
4. Tema pembentangan dan diskusi lebih kepada perkembangan dan refleksi idealisme penulis muda dalam dunia kesusasteraan tanah air. Selain itu, perspektif dan pengalaman penulis dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei akan turut ditampilkan. Malah, dalam perhimpunan kali ini, kami cuba memberikan sedikit kelainan dengan menjemput beberapa pembentang yang terdiri daripada saintis muda dan aktivitis muda, untuk melihat unsur sains dalam persuratan Melayu dan disiplin sains sosial lain. Insya-Allah, kami menjangkakan soal epistemologi, idealisme, falsafah, gerakan persatuan dan lain-lain akan dibincangkan oleh para panel.
4. Berkaitan tempat penginapan, Kerajaan MElaka telah berbesar hati untuk menajanya. Dijangka kita akan tinggal di sebuah kondominium berhampiran Melaka Parade.
5. Makanan dan minuman para perserta turut ditanggung.
6. Sesiapa yang berminat, boleh menelefon saya, Saifullizan, dan Wan Zaida, atau hantar mesej alamat mereka untuk pihak kami menghantar borang penyertaan.
7. Perhimpunan Penulis Muda merupakan satu perhimpunan yang diadakan beberapa tahun untuk menghimpunkan para penulis dan peminat sastera.

Harap menjawab beberapa persoalan. Terima kasih.
Muhammad Lutfi
lutfi_ishak@yahoo.com
muhammadlutfi.blogspot.com
0132650876

kelopak_mawar said...

assalamua'laikum, saya berminat nak join. Alamat email sy kelopak_mawar89@yahoo.com..
jazakallahu khairan kasiran

Blog Widget by LinkWithin
top