PPSMI: Reaksi MPR

Apa kata mantan MPR tentang PPSMI?

Mari berdiskusi di ruangan komen entri ini.

Keputusan Undian terkini

Menyokong
8 (25%)
Menentang
22 (70%)
Berkecuali
1 (3%)

17 komen:

Nissa' Yusof said...

Menyalin semula komen Zulfazlan di shoutbox;

seorang kakak saya tinggal di jepun. seorang abang menetap di china. kedua-dua negara ini menuturkan bahasa ibunda mereka. dan lihatlah bagaimana negara tersebut kini? imigran yg datang bekerja di sana perlu mempelajari bahasa mereka sebab kalau tak dapat menguasai bahasa mereka, hidupakan lebih susah.

soal PPSMI perlu dimansuhkan isu bangsa. isu negara. alasan pelaksanaan PPSMI dulu adalah kerana orang kita lemah dalam bahasa inggeris. kalau itu sebabnya, bukan subjek sains&matematik yg perlu dikorbankan, tapi pengajaran BI itu sendiri yg perlu diperkasakan.

kita marah bila orang hina raja. kita marah bila orang hina Islam. tetapi pada saya kita juga perlu marah bila ada org yg menghina bahasa kita sendiri.

saya boleh menguasai BI dengan baik, tetapi saya memilih bahasa Melayu. Sebabnya di situlah letaknya pangkal pekerti dan budi bangsa saya.

-Zulfazlan-

Nisah Haji Haron said...

Saya sudah beri reaksi di blog saya : http://annyss.blogspot.com/2009/03/perang-bahasa.html

hani salwah yaakup said...

Melihat komen di ruang shoutbox saya rasa terpanggil untuk meninggalkan jejak disini.

Mereka yang memperjuangkan anti PPSMI bukanlah mereka yang membenci Bahasa Inggeris. Namun, tindakan yang diambil ini jelas sekali untuk mendaulatkan dan meletakkan bahasa kita ditahap yang sebenarnya.

Untuk adik-adik (dan saya sendiri) diminta untuk berbincang secara matang disini. Janganlah berbicara dan meninggalkan komen yang tampak kurang berpengetahuan dan pengalaman.

Biar kita jadikan medan ini untuk berbicara secara matang,penuh ilmu dan pendirian yang disokong oleh pembacaan. Nah, barulah mencorak satu debat yang membina.

Ye tak?

Azree Ariffin said...

Betul. Saya juga berharap kepada pihak yang menyokong PPSMI, sila beri 5 sebab yang kukuh kenapa dasar ini tidak perlu dimansuhkan.

Rasanya dah berbuih mulut pejuang bahasa menerangkan hujah mereka lengkap dengan fakta dan kajian, mari kita lihat pula apa hujah pihak penyokong PPSMI.

Raihani Mohd.Saaid said...

Ada komen-komen pro PPSMI yang menyatakan bahawa kebaikan Math dan Sains diajar dalam BI ialah mereka boleh cepat faham buku-buku teks bagi subjek yang berkaitan di peringkat IPT. Adik saya yang ambil kursus Kejuruteraan Elektrik tunjukkan pada saya salah satu buku teksnya. Ya, bukunya dalam BI dan saya pula bukan orang Sains. Tapi saya faham juga sikit-sikit isi bukunya sebab saya sudah menguasai BI.

wardahputeh said...

Sains dalam Bahasa Inggeris bermakna dua bahasa yang perlu ditelan dalam masa yang sama. Maknanya dua kali ganda usaha perlu diperah.

Kalau pun katakanlah si bijak mempelajari sains dan matematik dalam BI. Bayangkan pula generasi kita yang tidak memahami Bahasa Melayu natijah PPSMI. Adik saya sendiri susah nak alihbahasakan (BI ke BM) apa-apa yang dipelajarinya dalam subjek sains.

Nak ke bahasa ibunda kita sendiri pupus? Kita ini orang apa?

Bukan itu sahaja, BI pula diangkat martabat melebihi bahasa rasmi negara. Bayangkan guru-guru diberi elaun jika mengajar dalam BI. Hina dan rendah sangatkah BM?

Kita jangan lupa, dahulu ada sebuah universiti di negara kita menawarkan kursus kedoktoran/pergigian (tak ingat) dalam BM dan diberi pengiktirafan oleh Barat.

Nimoiz T.Y said...

Saya berpengalaman mengajar dan belajar dalam Bahasa Inggeris. Kementerian perlu tahu bahawa bukan semua pendidik dibekalkan dengan ilmu untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris dengan sempurna. Namun percayalah, mereka sangat pakat dalam Sains dan Matematik.

Semasa mengajar di Politeknik Mukah Sarawak, saya ada cuba juga mengajar dalam Bahasa Inggeris untuk modul Material & Construction, wood lab dll. Tapi memang apa yang nak disampaikan tidak akan sampai. Saya nak ajar apa yang perlu pelajar saya tahu dalam subjek itu, bukannya nak mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Saya ada juga buat soalan ujian 100% dalam Bahasa Inggeris. Memang, sekejap ada yang angkat tangan tanya apa soalan yang ditanya, sebab istilahnya ada yang pelajar tak paham.

Memang, kami ada disediakan dengan kursus. Tapi cuma 3 4 kali sahaja. Ingat, saya belajar Bahasa Inggeris dari darjah 1 lagi, pun masih belum dapat menguasainya dengan sepenuhnya. Inikan pula hendak mengajar.

Kementerian perlu faham bahawa bukan senang nak mengajar dalam Bahasa Inggeris. Cuba Hishammuddin masuk sendiri dalam kelas saya. Dan saya benarkan dia ambil alih kelas saya selama 2 jam sahaja. Pasti dia akan serik. Memang, sekalipun dia lancar mengajar, bagaimana dengan pemahaman pelajar? Adakah ini memberi makna bahawa kita gagal untuk mengajar? Sebab matlamat kita mengajar adalah supaya pelajar kita faham.

Sekarang saya sambung belajar. Memang, semuanya dalam Bahasa Inggeris. Namun saya dapat juga memahami sikit-sikit sebab ada sesetengah tu saya dah pernah belajar dalam Bahasa Melayu. Ada sesetengahnya saya dah kuasai. Bagaimana saya boleh kuasai? Sebab saya pernah belajar dahulu dalam Bahasa Melayu.

Ini soal medium. Katakan pada suatu hari kita perlu belajar untuk memahami bahasa percakapan ayam. lalu si pengajar pun cakap la “kuk kerek kok. Kok kerek kuk. Kuk kuk kuk.” Adakah kita akan faham? Memanglah kita tak faham. Nak faham macam mana. Sebab itu bahasa ayam. Melainkanlah kalau si pengajar cakap bahawa kuk kerek kok maknanya "Selamat Pagi". Kok kerek kok" maknanya "Jumpa cacing ke tak?" dan seterusnya. Dan selepas itu, sudah tentu kita akan senang untuk memahami kerek kerek kik, kuk kerek kik, kik korok kering dll...

Ini soal medium. Kita kena faham metodologi.

___________

EXERCISE

A vertical wall is retaining a 5 m high soil fill with unit weight of 20 kN/m3,  = 32o,  = 20o. A line load P = 75 kN/m is working on the soil surface parallel to the wall. What is (a) the distance between the line load and the back of the wall so the load will not give additional stress to the wall, (b) the thrust force on the wall if the line load is working 2 m behind the wall.

Wahai penyokong PPSMI. Sila buat soalan di atas. Boleh?

zulfazlan said...

Saya tak pernah membenci BI. sejujurnya, saya mengakui BI boleh membawa perubahan kepada orang Melayu terutamanya dalam usaha menjadi sebuah negara maju (sempat ke tahun 2020 tinggal 11 tahun saja lagi). Apa yang buat saya marah, kenapa perlu korbankan subjek Sains dan Matematik? Saya bukan nak merungut, sebab saya masih boleh ajar adik saya di tingkatan 4 tentang trigonometri, vektor&lain-lainnya. Sebab apa? Sebab saya sudah menguasainya di dalam BM dulu. Maka, saya masih boleh menyelesaikan latihan adik saya sebab pokok pangkalnya memahami konsep.

Saya marah sangat sebab kalaulah alasannya nak perkasakan penguasaan BI dalam kalangan anak-anak Melayu kita, kenapa edua-dua subjek dikorbankan?Kenapa tak lihat sediri modul BI yang dilaksanakan di sekolah-sekolah?Inilah akibatnya apabila orang bodoh memerintah negara. Semuanya berlandaskan propaganda politik dan kepentingan peribadi. Harap-harap ada rahmat yang turun untuk perjuangan kita. Jangan sibuk kata nak jadi maju dengan acuan sendiri, tapi tak pernah nak gunakan acuan yang sebenarnya sudah lama kita bentukkan.

Atan said...

Saya menyokong PPSMI.

Tidak akan terhakis dan terhapus bahasa ibunda dengan hanya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahsaa Inggeris.

Malah hanya 3 subjek sahaja yang diajar dalam bahasa Inggeris, subjek lain masih lagi dalam bahasa ibunda.

Buku terjemahan bagi dua subjek ini yang mempunyai evolusi yang pantas amat kurang. Setiap hari ada sahaja terma baru. Tetapi mana pergi nya penterjemah kita yang betul betul boleh menterjemahkan terma terma yang aneh sekali bunyinya.

Baru baru ini rakan saya diminta untuk membuat penterjemahan dalam satu projek multimedia, bila di buka kamus dewan untuk penterjemahan joystick... apa yg dia jumpa? Dia jumpa 'puntung girang'! Tak ke kelakar?

Apa yg penterjemah kita sibuk lakukan? Mereka sibuk memelayukan perkataan inggeris, sudah elok ada perkataan keluarga diangkat pula perkataan famili. Sudah elok ada perkataan panggung wayang dihalalkan pula perkataan sinema. Sehingga RTM sendiri menggunakan tema infotainmen. Ini lah yang patut kita tentang. Ini lah yang mencabul bahasa ibunda kita.

Sedangkan PPSMI ini bukan bertujuan untuk merojakkan bahasa, tetapi bagi memberi lebih banyak ruang untuk generasi akan datang menguasi bahasa yang banyak rujukan ilmu. Biar dari peringkat awal lagi kita dedahkan mereka. Tidak ada ruginya.

Tak usah kita berkokok tak fasal2. Kita tentang kerana kita sendiri tidak terdedah dengan terma teknologi yang tak pernah kita dengar dan faham. Percayalah PPSMI anak bangsa kita boleh kuasi ilmu dengan lebih mudah dan kita boleh pergi lebih jauh. Boleh berkomunikasi dengan terma teknologi tanpa rasa kekok dan janggal.

Subjek lain masih di ajar dalam bahsa Malaysia. Malah ada benda lain yang lebih afdal kita tentang, iaitu anak melayu yang meneguk arak macam minum air limau nipis. Berpeluk berdansa di disco2... yang ini yg meruntuhkan nilai agama bangsa kita. Yang ini patut kita tentang. Yang ini yang mendatangkan mudarat. Bukan perkara seperti PPSMI ini.

Akhir kalam, saya sokong PPSMI ini kerana saya sendiri mengalaminya, betapa perit untuk bersaing bila gagal menguasi bahasa teknolgi. Ya ia memang sukar, tapi saya nampak betapa besarnya laba untuk anak bangsa saya di masa depan. Marilah perkemaskan diri dan kita perlu berusaha lebih lagi. InsyaAllah.

*mantan MPR esmawady mohd esa ada facebook. Search lah.

wardahputeh said...

Maafkan saya.

Soalnya pada peringkat persekolahan, asas kukuhlah yang paling penting dan patut diutamakan.

Apabila kukuh asasnya, datanglah apa-apa bahasa pun, insya'Allah tak mati.

Saya penuntut sains dan matematik dalam BM zaman persekolahan, alhamdulillah tak mati lagi belajar sains dan matematik dalam BI di peringkat universiti.

Budak-budak mentah, kalau dari kecil tak biasakan menyedari 'oh aku bangga jadi Melayu', apakah boleh diharap akan berbangga dengan bahasa ibunda apabila dewasa kelak?

Jangan kita persoalkan kemampuan BM. Persoalkan kemampuan kita membangunkan sains dan teknologi itu sendiri.

Bahasa tidak memegang tamadun. Tetapi jati diri bangsa yang kuatlah yang memegang tamadun.

Fizahanid said...

Saya berpendapat, begini:

1) Ramai org mengaitkan PPSMI dgn prestasi akademik. Betul, prestasi akademik semakin meningkat. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah kedudukan BM itu di negara sendiri. Apakah BM itu hanya layak digunakan waktu isi borang nikah atau sijil kematian?

2) BM itu sendiri tidak luas penggunaannya. Maksud saya dari sudut istilah. Dalam soal teknikal, mcm perubatan, kejuruteraan byk sekali istilah dlm BI yg gagal diterjemah dalam BM dgn baik. Kalau ada pun dalam kamus istilah DBP, maksudnya tidak sampai.
Dalam soal ini, pakar-pakar bidang berkenaanlah yg harus rasa terpanggil untuk memperkasakan BM utk turun pdg dan bekerja untuk menterjemah istilah dengan betul dan tepat.

3)Walaupun kerja itu sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Asal saja kita tahu apa matlamat kita dan bukan ambil jalan mudah atas jangka masa singkat dan lupa pada kesan jangka panjang.
Kalau dulu persatuan cina begitu kuat menentang sekolah bistari atas alasan kepupusan bahasa ibunda mereka, orang melayu yang kononnya tuan rumah dan melaungkan ketuanan melayu, begitu kuat pula untuk memaksakan PPSMI kepada anak-anak mereka. Aneh kan?

menj said...

Reaksi saya ada di sini:

http://www.menj.org/gerakan-mansuhkan-ppsmi/

http://www.menj.org/sekitar-demonstrasi-menentang-ppsmi-di-masjid-negara/

http://www.menj.org/ppsmj-sebagai-alternatif-kepada-ppsmi/

Secara ringkasnya, ini bukanlah caranya untuk mempelajari mana-mana bahasa pun.

- MENJ

nasriahabdulsalam said...

Salam hormat, salam sejahtera rakan-rakan yang dihormati;

saya nyatakan pendirian saya dalam entri terbaru di blog saya yang bertajuk PPMSI: USAH DITAMBAH GULA DALAM GULAI DAGING YANG MASIN

kalian boleh layari di; http://nasriahabdulsalam.wordpress.com/2009/03/17/ppmsi-usah-ditambah-gula-dalam-gulai-daging-yang-masin/

syarifahzulikha said...

salam nurani.
kukuh juga ya komen kalian.
sampaikan saya termenung sebentar.
saya sedar saya adalah yang terbongsu dan termentah dalam mpr.
tapi insyaallah,saya akan dapat menjawab persoalan kalian.
terima kasih untuk kak hanie salwah yaakup.
rasanya ruangan entri ini belum ada sebelum saya mencatatkan komen saya dalam ruangan shout mix.
maaf ya.
terima kasih.

syarifahzulikha said...

pendapat2 saya lebih kurang dengan penyokong ppsmi yang lain.lebih kurang dengan atan.

bornzai888 said...

Salam semua...komen saya segalanya terkandung di dalam luahan hati terkini saya..
http://penulisan2u.blogspot.com/2009/02/cerpen-jangan-digugur-slogan-itu.html

bornzai888 said...

Salam semua...komen saya segalanya terkandung di dalam luahan hati terkini saya..
http://penulisan2u.blogspot.com/2009/02/cerpen-jangan-digugur-slogan-itu.html

Blog Widget by LinkWithin
top