Apa yang Anda Lakukan Semasa 'Earth Hour'?

Earth Hour bermula di Sydney pada tahun 2007 dengan 2.2 juta rumah dan premis bergelap selama satu jam. Pada tahun 2008, mesej ini berkembang ke peringkat global dan 50 juta premis bergelap termasuklah mercu tanda dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Colosseum Rom, Sydney Opera House dan Coca Cola billboard di Times Square.

Tahun ini, Earth Hour berkembang lagi ke takah seterusnya dengan sasaran 1 billion premis menutup lampu. Tahun 2009 ini juga buat pertama kalinya Earth Hour menjadi sebuah 'pilihan raya' antara Bumi dan pemanasan global. Undi Bumi dengan menutup lampu atau sebaliknya, mengundi pemanasan global.

Mari kita kongsikan bersama-sama, apa yang anda lakukan semasa Earth Hour?

Juga boleh kongsikan gambar-gambar menarik semasa Earth Hour, emelkan ke aktivitimpr[AT]gmail[DOT]com.

9 komen:

Nissa' Yusof said...

Rumah saya bergelap sepenuhnya dan kami semua keluar meronda-ronda 'mencari' lampu yang ada.

Voted Earth :)

hani salwah yaakup said...

Kediaman saya bergelap dan menikmati waktu bersama mak dan ayah. Eh, siapa kata dalam kegelapan itu tiada keindahan? Seronok!

Nimoiz T.Y said...

Soalnya, apa yang kita dapat? Lepas ni dah lupa dah. Lampu semua dibuka. Barangkali kita patut adakan undang-undang. Setiap rumah dihadkan kepada 3 lampu, 3 plug dan 1 kipas. Hahaha.

Rai said...

Boleh kata tiap-tiap hari saya berearth hour. Pasang lampu hanya utk anak psl dia nak tengok tv. Tapi selama ni saya memang suka bergelap. Masuk dapur, bersolat dan pergi bilik air waktu malam pun kalau saya masih boleh nampak, saya takkan pasang lampu.

Ada tak sesiapa nak buat diskusi MPR dalam gelap?Heheh...

YoshaMaDa said...

SalaAm..

Lampu bilik saya memang sentiasa ditutup 8 sampai 11 malam.. Kadang-kadang sampai pukul 3 pagi. Apatah lagi selepas teman sebilik berpindah keluar.

Tapi sayangnya lampu di perpustakaan tak boleh ditutup. Rasa macam nak buat juga. Tapi kena tanggung risikolah. Sebab satu-satunya cara nak tutup lampu tu adalah dengan menutup suis di pencawang utama kolej. Kalau nak kena buang di hujung semester akhir ni cubalah buat.. Hehe..

Anonymous said...

Bergelap, cuma rasanya di blok kediaman saya tidak banyak yang buat begitu.

erm, dalam 60 minit gelap; masih terpaksa menyudahkan beberapa kerja yang perlu disudahkan mengikut jadual, juga merangka-rangka jadual dan pelan susulan untuk waktu 2 minggu yang serba mengah ini!

doakan saya

wardahputeh said...

Bergelap+berpanas. Tumpang bilik kawan yang penakut-dia buka lampu meja.

zulfazlan said...

saya tidur pukul 1 pagi, kemudian bangun pukul 6.30 pagi.Em, dah lebih dari menyumbang dah tu.

Azree Ariffin said...

saya tutup semua lampu2 di blok saya. heheh. dok meronda juga sewaktu earth hour, banyak jer lampu yang terbuka..

Blog Widget by LinkWithin
top