Al-Fatihah


Hari ini kita kehilangan seorang lagi insan seni yang banyak menyumbang dalam bidang puisi dan muzik iaitu Allahyarham Zubir Ali. Untuk yang tidak mengenali atau baharu sahaja ini mengenali, Allahyarham adalah salah seorang ahli kumpulan Harmoni yang terkenal dengan lagu puisi berjudul "Balada Gadis Kecil", "Penantian" dan "Doa".

Beliau telah pun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara setelah menjalani pembedahan jantung.

Kami mewakili alumni MPR merakamkan ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah!

2 komen:

Faisal Tehrani said...

Salam
Allahyarham juga antara yang mula-mula mengenengahkan penderitaan rakyat Palestin dalam lagu puisinya. Antara yang paling diingati ialah Sabra dan Shatilla.
Wassalam.

Rantong said...

Mudah2an, rohnya dicucuri rahmat. Amin

View Profile: Rantong™

Blog Widget by LinkWithin
top