BUAL BICARA PENULIS - SALINA IBRAHIM



Mantan MPR 1991, Salina Ibrahim telah dijemput sebagai tetamu slot bual bicara bersama penulis di SACC Bookfair, pada Sabtu, 25 Oktober 2008 bertempat di SACC Mall Shah Alam. Wartawan (?) yang kebetulan berada di sekitar Shah Alam sempat menghadiri majlis tersebut dan merakamkan beberapa keping gambar.


Kak Salina tersenyum menjawab soalan

Talk show berlangsung sekitar setengah jam. Pengacara banyak bertanya berkenaan latar penulisan Kak Salina dan proses kreatif Bukan Yang Pertama. Juga satu soalan 'panas' yang membuatkan saya dan Kak Salina tersenyum iaitu: bagaimana mencari ilham untuk menulis?

Nasihat penulis hebat ini kepada sesiapa yang baru cuba-cuba menulis, banyakkan membaca bahan-bahan yang baik!

5 komen:

Anonymous said...

Laa... awat tak promosi awal-awal kat blog ni? Kebetulan hari ni beberapa orang mantan 07 memang dah berancang nak bertemu (untuk membincangkan sesuatu). Perjumpaan dibuat di KL Sentral. Kalau tahu awal, boleh perjumpaan tu dibuat di SACC, sambil-sambil dapat dengar program Bual Bicara ni. Tapi dah habis program baru dapat tahu....

;-(

Nissa' Yusof said...

salam, aidil. minta maaf banyak-banyak ya.

saya pun tahu pasal sesi kak salina ni pagi sabtu, lebih kurang 11.30 pagi.

kerana memang tak sempat untuk promosi awal-awal di sini saya gantikan dengan gambar-gambar program. minta maaf sekali lagi bagi pihak semua moderator :)

Salina Ibrahim said...

Salam,
Terima kasih nissa sebab susah payah masukkan entri ini.

Ralat juga sebab tak dapat uar-uarkan lebih awal mengenai aktiviti ini. Sebenarnya dapat panggilan dari penerbit mengenai aktiviti ini pada hari Khamis dan pengesahannya pada petang Jumaat. Sebelah malam, baru sempat akak masukkan ke blog (kalau ada yang terbaca blog akak). Jadi masa memang sangat suntuk.

Apa-apa hal pun, terima kasih kepada adik-adik yang prihatin.

Nissa' Yusof said...

kak salina,tak susah pun :)

Anonymous said...

Owh, begitu rupanya...

Blog Widget by LinkWithin
top