Catatan Puan Zaiton Abu Samah

**Sedikit catatan Puan Zaiton Abu Samah di ruangan komentar.

Salam semua,
Ajikik atau Haji Ahmad Ismail ialah editor Dewan Siswa yang pertama. Dan ketika Minggu Penulis Remaja(MPR) diwujudkan, sdr Abdul Ahmad, editor Dewan Siswa(DS) ketika itu dan Dato Johan Jaffar, ketua unit remaja, dan Ajikik adalah diantara pencetus kepada kewujudan MPR ini. Semua penulis cerpen/puisi DS, yang karya mereka pernah tersiar dlm DS, kecuali Ahmad Patria Abdullah (yg dipilih kerana siri novelnya) dijadikan anak angkat DBP dan mengikuti MPR.

Ketika itu juga, tenaga pengajar terdiri daripada Ali Majod, Allahyarham Dr Othman Putih, Prof Rahman Shaari, A Rahim Abdullah dan lain-lain. Hasilnya memang membanggakan. Nama-nama besar seperti Hizairi Othman, Faizal Tehrani, Zaen Kasturi, Nisah Hj Haron, Dr Kamariah Kamaruddin, Lily Haslinda (sekadar bebrp nama) lahir dan menjadi penulis yang berjaya di tanah air. Itulah sebenarnya tujuan utama MPR, melahirkan penulis pelapis dan seberapa ramai penulis yang baik di Malaysia.

Saya, Hassan Alias, Che Mahani, Adnan Majid, Khatijah Ismail,Adnan Jamil, Hanafi Ibrahim, dan beberapa orang lagi masih di DBP bagi meneruskan usaha ini. Sebagai editor DS yang terkini, cukuplah saya dapat menumpang bangga dengan kejayaan dan kegigihan penulis MPR yang telah menempah nama dan menulis semula di DS. Kelangsungan usaha dahulu perlu diteruskan dan saya seronok dengan tugas itu, mengesan penulis-penulis baru yang berbakat agar jadi sehebat penulis MPR yang lalu.

Cukuplah jika penulis2 MPR yang lalu terus menerus menghasilkan karya yang baik dan membanggakan, kami akan berasa puas dan lega. Lebih menggembirakan saya, jika penulis MPR dapat juga menyumbang karya dan idea di dalam majalah kesayangan yang kita kongsi bersama iaitu DS.

Cuma janganlah kita melupakan nama-nama awal yang telah mencetuskan MPR seperti Dato Johan Jaffar (kini pengerusi pengelola DBP), sdr Abdul Ahmad (sudah bersara), sdr Ajikik (sudah bersara), sdr Ali Majod (sudah bersara),Hj Jajuli (bersara)Kamariah Ali (bersara), Arshad Rawian (Pengarah DBP Utara), Puan Izah (pengarah Sastera DBP), Padilah Ali (kt bhgn Majalah) dan beberapa nama lain yang telah berusaha keras di peringkat penubuhan awal MPR.

Jasa mereka begitu besar di dalam sejarah MPR dan penghasilan karya remaja Malaysia. Hasan Alias editor selepas Abdul Ahmad. Editor DS yang lain ialah Che Mahani Che Ibrahim. Ketika DS berada di karangkraf (1996 -2006)ada dua editor yang menanganinya. Saya ditugaskan menangani DS ketika DBP mengambil semula DS dari karangkraf pada Januari 2007.

Harap maklumat ini dapat membantu.
Selamat berkarya.

Puan Zaiton Abu Samah

3 komen:

Wira Budiman said...

Terima kasih atas perkongsian maklumat ini.

sinaganaga said...

MPR juga ada 'abang2 dan kakak2' tukang bawa adik2 MPR jalan-jalan pusing2 KL (termasuklah bawa kau orang pergi klinik!). Ha ha.

Antaranya - Abang Bakar Buyong, Kak Odah, Abang Pezal, Kak Sal, Abang Bad, SINAGANAGA (wo! wo???), dan beberapa orang lagi.

Mereka ini semua diberi CUTI TANPA REKOD!

Anonymous said...

Pandai abang naga. Betul maklumat abang naga tu. Abang-abang dan kakak-kakak yang menjaga peserta MPR juga tak patut dilupakan. Insya-Allah...

Blog Widget by LinkWithin
top