SEIMBAS BELEKAN DEWAN SASTERA, FEBRUARI 2008


Ucapan tahniah buat karya dan tulisan mantan-mantan MPR yang dipilih oleh editor untuk menghiasi penerbitan Dewan Sastera bulan ini. Dengan menampilkan SN Shahnon Ahmad sebagai Karyawan Bulan Ini, fokus yang dihidangkan – Pemikiran Shahnon Ahmad, Dari Desa ke Persada Antarabangsa. Juga menarik, Alumni MPR menampilkan Khairul Nizam Abdul Raub yang Lebih Selesa Tidak Dikenali. Namun, sebagai wadah maya perhimpunan mantan-mantan MPR, kami menggalakkan kalian mengenali siapa dia Khairul Nizam Abdul Raub. (Kalau adik-adik junior mantan MPR 2007 nak tahu, inilah dia abang yang seronok dan suka dengar kalian berpantun sewaktu malam penutup MPR 2007 tempoh hari, sambil suap nasi lauk ayam sambil suka dia bertepuk tangan. Meh kenal dia, meh…)


SURAT KEPADA EDITOR
Sisipan Tunas Cipta Mengganggu? – Anis Sarah, mantan 2007
Wujudkan Ruangan Analisis Karya dalam Sisipan Tunas Cipta – Ghafirah Idiris, mantan 2004

PUISI
Saudara yang Menggunting Kertas – Roslan Jomel, mantan 1991
Potret di Wajah Bulan - Amalia Fauza Bohari, mantan (?)
Puisi Buat Waid - Jamilah Mohd Nordin (2007)

CERPEN
Terra Nullius – Nasriah Abdul Salam, mantan 2005
Cahaya Itu Belum Terpadam – Khairul Nizam Abdul Raub, mantan 2000
Terima Kasih Untukmu – Hani Salwah Yaakup, mantan 2001

REAKSI
Kekuatan Simbol dalam Cerpen “Semboyan.” – Wan Nor Azriq, mantan 2007


Jika ada nama-nama mantan yang kami terlepas pandang, harap maklumkan kepada kami di ruangan komen.

5 komen:

Aidil Khalid said...

Tahniah kepada semua yang tersiar!

Erk, tapi rasanya ada tertinggal satu lagi karya mantan mpr. Puisi Buat Walid oleh Jamilah Mohd Nordin (mantan 2007) di ruangan Sajak Tunas Cipta.

=)

Nisah Haji Haron said...

Tahniah juga untuk Aidil Khalid, cerpennya tersiar dalam Dewan Budaya Februari.

Juga tahniah untuk Wan Nor Azriq sekali lagi, untuk cerpennya yang tersiar di dalam Dewan Kosmik Februari.

roslan jomel said...

Salam.

Ada ke saya yang dah tua renta ni, peserta mantan mpr 1999.

1991 le! Ampat taun! :-)

hani salwah yaakup said...

Salam,

Den bukanla mantan MPR 2002.

2001 br betul.

Tahniah utk semua mantan MPR yang karyanya disiarkan dimana-mana media bulan ini!

Mantan MPR said...

Mintak maaf le....admin sengaja buat kesilapan sebagai satu provokasi supaya kalian bagi respons, hahah!!

Blog Widget by LinkWithin
top