Seimbas Belekan Dewan Sastera





Tahniah buat mantan-mantan MPR yang karyanya tersiar dalam DS (sisipan
Tunas Cipta) Januari 2008;


CERPEN (Sisipan Tunas Cipta)
Tuah dan Kucing Putih (Mohd Tarmize Mohd Nor, mantan 2004) - cerpen ini turut termuat dalam antologi Mantan MPR 12! yang baru sahaja diterbitkan baru-baru ini.

Bulatan (Ani Sarah, mantan 2007)- ini adik junior kita yang baru sahaja mendapat hak kerakyatan dalam alumni MPR (hehehe)

CERPEN (Dewan Sastera)

Perkahwinan di Hujung Runcing Bumbung Zink (Roslan Jomel, mantan 1991) -karyanya turut termuat dalam antologi 12! yang bertajuk 99 Hari Emak Saya Dinaikkan ke Angkasa, seperti biasa tajuk cerpennya sudah menarik kita untuk membaca.

SAJAK (Sisipan Tunas Cipta)

Sebermula Kau dan Aku (Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri, mantan 2007)- ini adik junior kita, yang baru sahaja diperanakkan di Minggu Penulis Remaja 2007, penghuluwati di sana.


Juga, antara lain,Dewan Sastera Januari turut memuatkan cetusan idea Salman Sulaiman (mantan 2000) dalam kolum Surat Kepada Editor. Lebih menarik (dan teruja) ialah satu ruangan baru sudah dimuatkan dalam Dewan Sastera kali ini. Ruangan Alumni MPR turut memaparkan laluan pengkaryaan Abang Shazmee Rizal Agus Salim (mantan MPR 1991), iaitu putera pasangan Alahyarham Agus Salim dan Mahaya Mohd. Yassin. Mudah-mudahan, pengalaman Abang Shazmeen bisa dijadikan tauladan bagi mantan-mantan yang lebih junior dan mudah-mudahan juga kolum ini terus konsisten berada dalam penerbitan Dewan Sastera.

Dan, jika membelek majalah I (terbitan Karangkraf) juga turut termuat cerpen Penghulu Minggu Penulis Remaja 2007, Aidil Khalid, yang bertajuk Moi Cheang Ah. Ini cerpen yang menarik, tentang free-thinker, ops..baca sendiri ya!

Buat kalian yang karyanya disebutkan di atas (junior-junior terutamanya), tahniah dan teruskanlah menulis. Jangan cepat berpuas hati dengan apa yang sudah dihasilkan. Terus majukan diri...!

Nota: Jika masih ada karya mantan-mantan lain (dalam DS) yang terlepas pandang oleh saya, sila maklumkan di sini)

Sekali lagi, memang saya terlepas pandang. Maafkan saya, Kak Nisah Haron. Untuk makluman, surat cinta Nisah Hj. Haron juga turut disirkan oleh editor dalam Dewan Sastera Januari, tentang mengakarkan semula sastera tradisional. (memang beliau wanita Melayu klasik lah! selepas pergi persidangan agung wanita klasik, kot? heheh)


(entri dimasukkan oleh Nasriah Abdul Salam)

13 komen:

hani salwah yaakup said...

Tahniah kepada semua mantan yang karyanya tersiar!

Kepada yang lain (ingatan untuk diri sendiri juga)...jomm berkarya lagi dan lagi!!!...

Fahd Razy said...

TAhniah! Tahniah! Tahniah!

Mantan MPR said...

JOmm Ceerpen!!

ode said...

tahniah! semoga terus sukses...

roslan jomel said...

Salam.


Terima kasih! Terima kasih!

Aidil Khalid said...

Hehe... ejanya Moi Cheng Ah.

Terima kasih kepada Kak Salina Ibrahim dan Abang Faisal Tehrani yang bersusah payah tolong kirimkan cerpen tu.

Azree Ariffin said...

Tahniah kepada semua!

Mantan MPR semakin produktif ya. Mari kita gegarkan dunia sastera tanah air! heheh

anis sarah said...

terima kasih...
(huhu... apa benda la yg saya karang tu. cerpen tu tak best!)

nasriah abdul salam said...

Aidil, perkara yang paling susah untuk akak hafal dalam dunia ini ialah nama orang cina, tak tahulah kenapa. mungkin sebab perkataannya selalu 3 patah, jadi terbalik-balik akak susun macam jigsaw puzzle. ok, nanti akak ubah..hehe

puteribongsu said...

Betul Azree, makin rancak kita bersaing sesama kita. apa2pun, teruskan dan gandakan. jangan mudah puas hati, jangan cepat putus asa...

Jom Ceerpeen!!

Nisah Haji Haron said...

Tahniah adik-adik, usah terlalu lama berada di bawah simbahan cahaya dan nikmat keseronokan karya tersiar. :-)

Segera tulis yang baharu!

p/s : pembetulan kepada nama mantan MPR Shazmee Rizal Agus Salim (bukannya Shazmeen) - Typo barangkali.

Mantan MPR said...

OK, dah diubah. maaf ya...

kami sangat harapkan abang2/kakak2 senior mengunjungi blog ini. kami adik2 ni tak kenal kalian, jemputlah selalu ke mari.. :)

Nisah Haji Haron said...

satu lagi dalam DS Januari 08, surat cinta saya kpd editor tentang sastera tradisional turut tersiar. :-)

Blog Widget by LinkWithin
top