Salam kepada semua mantan MPR yang melayari ruang blog ini.
Kami dengan segala hormatnya ingin menjemput anda ke majlis Pelancaran Antologi 12! iaitu antologi kedua yang menghimpunkan karya penulis-penulis daripada kalangan mantan MPR. Majlis ini akan diadakan sempena upacara penutupan Minggu Penulis Remaja 2007 yang akan berlangsung pada 25 november sehingga 1 Disember 2007. Dibawah adalah butiran acara berkenaan.
Tempat: Dewan Bahasa & Pustaka
Masa : 8 malam
Tarikh : 30 November 2007
Hari : Jumaat
Namun begitu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya mantan yang berminat untuk menyertai acara ini dapat mengesahkan kehadiran anda sebelum 29 November 2007 dengan menghantar emel jawapan kepada mantan_mpr@yahoo.com. Tempat adalah terhad kepada hanya 20 orang sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang anda!

2 komen:

saharil said...

saya mengesahkan kehadiran. akan datang kalau tiada aral.

Azree MH said...

Tempah satu kerusi untuk saya. InsyaAllah kalau sempat sampai UIA dan kalau motor saya tidak dicuri. Hehe.

Blog Widget by LinkWithin
top