PERJUMPAAN AIDILFITRI MPR

Kami, pelaksana kerja bagi Perjumpaan Aidilfitri MPR merangka cadangan untuk untuk membuat satu perjumpaan Aidilfitri MPR. Perjumpaan ini akan dibuat secara sederhana (tak perlu ada lampu raya lip lap lip lap) dan hidangan yang sederhana sahaja. Bezanya, setiap mantan yang hadir perlu membawa sedikit hidangan untuk santapan bersama. Maksudnya, kita buat ‘pot luck style.’ Misalnya, Kak Nisah datang bawa puding karamel (selain membawa pengikutnya yang 4 orang itu), Kak Rai datang bawa nasi himpit (kuahnya jangan lupa disertakan), Kak Amaruszati datang bawa kek coklat dalam 20 biji. Kak Lily dan Kak Salina datang bawa semperit dan tat nenas. Abang Saharil tidak dilupa, selain datang memba perut yang kosong tu datang bawalah apa-apa yang patut. Dan, Hani Salwah jangan lupa bawak konti anda hari itu kita pasang lagu raya, ya!

Tarikh cadangan untuk perjumpaan tersebut ialah : 27 Oktober 2007, Sabtu. Dan, tempatnya belum ditentukan lagi.

Tetapi (ada ‘tapi’ nya) tarikh yang dicadangkan ini (27 Oktober) bertembung dengan tarikh berlangsungnya Simposium Sastera Pelbagai Kaum di Kuantan (berlangsung pada 26-29 Oktober). Namun begitu, tidak dipastikan berapa bilangan mantan yang akan ke Kuantan untuk mengikuti simposium.

Oleh itu, kami ingin meminta sedikit maklum balas dan membuat sedikit pungutan suara, sama ada Perjumpaan Aidilfitri ini mahu diteruskan ataupun tidak. Ini bergantung pada bilangan mantan yang bersetuju untuk hadir. (barangkali ada yang mahu mendahulukan agenda lain pada tarikh itu.)

Apa-apa respon, tinggalkan diruangan komen. Komentar ‘merapu’ tidak digalakkan. Harap maklum.

9 komen:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Saya bersetuju dengan cadangan mengadakan perjumpaan ini.

Azree Ariffin said...

saya juga bersetuju. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, saya ada kelapangan waktu pada hari tersebut.

Fahd Razy said...

Rasanya orang yang terlibat, kena contact senior2 mpr dengan emel atau sms. Rasanya tak semua masuk weblog ni

rai said...

Berdasarkan tarikh yg dicadangkan...hamba setuju!Hamba pun tidak terlibat dengan simposium kat kuantan tu. Abg Sham rasanya terlibat.

Err...nape yg aku kena bawa nasi impit tu?Heheheh!

Azree Hanifiah said...

Hurm. Memang setuju sangat. Setiap ketua-ketua batch atau sesiapa sahaja perlu memaklumkan kepada mantan yang mereka kenal...


P/s: dengar kata nasi impit kak rai sodap... =)

hani salwah yaakup said...

Konti tak dpt le nak bawa...sebab harta org...lagu2...insyallah!

Nisah Haji Haron said...

Insya-Allah, boleh diusahakan supaya dapat hadir. Pun, bergantung kepada mood anak-anak terutama sekali si kecil yang selalu moody.

Tapi, apa pasal pulak saya kena bawa puding karamel. Buat dah la tak reti, makan pun tak pandai!

Bawa kertas tisu aje lah, boleh tak?

Azree MH said...

Erm. Tinggal berapa hari je lagi ni... Nak buat ke tak nak?

Tempat, Masa dan Tarikh...

Kalau dah dapat tetapkan tempat, masa dan tarikh tu bolehlah contact kenalan-kenalan MPR yang lain secepat mungkin.

NuRizZ said...

setuju. tapi ada 2 jemputan pada tarikh yang sama. kena buat istikharah dan afál Qurán dulu nampaknya ni.

nak hadir kedua-dua,tapi ada exam yang menanti.=(

Blog Widget by LinkWithin
top