Minggu Penulis Remaja 2007
(Dari web Dewan Bahasa & Pustaka)
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Calon peserta mestilah terdiri daripada kalangan remaja warganegara Malaysia yang berusia 17 hingga 21 tahun (tahun kelahiran pada 1986-1989).
- Calon peserta mestilah tidak pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum ini.
- Calon peserta yang berminat mestilah pernah menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya dalam genre sastera (puisi, cerpen, novel dan drama) yang disiarkan di mana-mana penerbitan bercetak. Salinan karya perlu dikemukakan kepada pihak urus setia.
- Peserta mestilah bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penganjur sepanjang program ini berlangsung.
- Peserta dikehendaki menghasilkan karya semasa program ini berlangsung.
- Peserta dikehendaki mengikuti program ini sepenuhnya.
- Pihak DBP menyediakan insurans berkelompok kepada peserta yang terlibat dalam program ini.
- Pihak DBP tidak menanggung kos perjalanan peserta. Walau bagaimanapun, keperluan makan-minum, penginapan dan keperluan lain sepanjang kursus akan ditanggung oleh DBP.
- Setiap peserta dikehendaki menyertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 40.00 dan disertakan bersama-sama borang penerimaan tawaran. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau wang pos atas nama ‘DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA’.
- Peserta dikehendaki hadir mendaftarkan diri pada 25 November 2006 (Ahad), antara jam 10.00 hingga 11.00 pagi di Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur .
- Penginapan disediakan oleh DBP di Asrama Seri Cempaka, Rumah Puspanita (bersebelahan Menara DBP).
- Peserta akan bersurai pada 1 Disember 2007 (Sabtu), jam 10.00 pagi di Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
- .Untuk pengesahan penyertaan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelaras MPR 2007, Encik Shahrun Nizal Mohd Nor melalui telefon, 03-21482345 / 017-6573212, atau e-mel, shahrun@dbp.gov.my.
- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 November 2007.
- Peralatan perapian diri yang secukupnya (Minyak rambut, ubat gigi dan sebagainya)
- Pakaian
- Pakaian untuk acara rasmi (formal)
- Pakaian untuk sesi bengkel (bersopan)
- Pakaian untuk solat
- Pakaian untuk riadah (pakaian sukan)
- Alat tulis tambahan yang difikirkan perlu
- Ubat-ubatan peribadi (jika perlu)
- Komputer riba (jika ada)
- Wang saku yang mencukupi
- Alat muzik (jika ada)
PENGISIAN PROGRAM
- Sesi Suai Kenal dan Motivasi
- Sesi bersama-sama Sasterawan Negara
- Ceramah dan bimbingan
· Bahasa dan penulisan
· Penulisan kreatif
· Penghasilan rangka karya
· Analisis karya
· Proses Penerbitan
· Hak Cipta dan etika penulisan
· Penjadualan penghasilan karya
- Menganalisis dan mengkritik karya
- Aktiviti luar/riadah.
*** Kepada yang berminat, sila dapatkan borang di laman web Dewan Bahasa & Pustaka. Jangan lepaskan peluang ini!
0 komen:
Post a Comment