Selamat Datang!

Assalamualaikum.

Selamat Datang ke blog mantan Minggu Penulis Remaja DBP. Blog ini dibangunkan hasil kesinambungan daripada blog MPR2006 yang dilihat begitu berkesan merapatkan ukhwah para mantan bengkel Minggu Penulis Remaja 2006 kendalian Dewan Bahasa & Pustaka. Justeru, blog ini diwujudkan untuk meluaskan lagi khalayak kepada seluruh mantan MPR sejak tahun 1985 lagi. Secara ringkas, berikut merupakan intipati utama blog ini :

1 - Buletin - Untuk menghebahkan kegiatan-kegiatan kesusasteraan dan karya mantan MPR yang tersiar di Media.
2 - Promosi - Mempromosikan buku-buku hasil karya mantan MPR.
3 - Forum - Medan perbincangan dan merapatkan ukhwah.
4 - Pangkalan Data - Senarai nama-nama dan blog mantan MPR.
5 - Rencana - Menghimpunkan koleksi-koleksi rencana mahupun keratan akhbar yang berkaitan dengan MPR.

Buat masa ini, blog in masih dalam proses pembangunan dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Oleh itu, kepada sesiapa mantan MPR yang ingin turut sama menyumbangkan tenaga dan kudrat untuk menjadi salah seorang moderator mahupun menyumbangkan artikel, anda sangat dialu-alukan. Sila emelkan ke mantan_mpr@yahoo.com.my.

4 komen:

Amir Mukhriz said...

Salam.

Saya cadangkan direktori mantan beserta pautan blog di sebelah kanan tu, digrupkan mengikut tahun.

Mantan MPR said...

Salam.

Terima Kasih atas cadangan. InsyaAllah akan diusahakan.

NASRIAH ABDUL SALAM said...

salam..wah, cayalah!

Azree Ariffin said...

kak nas... cayalah jugak! haha

Blog Widget by LinkWithin
top