5: 2 Ramadan 1428 H



2 Ramadan 1428 H

Seperti sebuah keretapi yang bergerak meninggalkan stesen demi stesen
kita kini berada di stesen ramadan.

Di landasan ini - telah kita selongkar gerabak nafsu
yang ada hanyalah syiling-syiling zuhud
memang- tak mampu lagi kita bayar tiket pahala
kerana nilainya kini sama dengan seribu bulan.

Begitulah – kita terus juga menjadi penunggu setia di stesen ini
sedang nafsu masih lagi meninggi.

Nimoiz T.Y
Politeknik Mukah Sarawak

13 September 2007

1 komen:

Nimoiz T.Y said...

Pembetulan...syiling-syiling, bukan siling-siling. Syiling, merujuk kepada duit syiling tak dapat nak bayar tiket. Terima kasih.

Blog Widget by LinkWithin
top