Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts

Forum Intelektual




FORUM Intelektual: Bahasa Melayu dalam Filem dan Drama akan berlangsung di Dewan Seminar, Aras 2, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada 28 Jun ini, jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan orang ramai dipelawa hadir.

Panel pada forum itu ialah Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Akademik), Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Mahadi J Murat dan Pensyarah Kanan Jabatan Penulisan, Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Rahim Abdullah.
selain, mendapatkan gambaran berkenaan penggunaan bahasa Melayu khususnya yang berkaitan drama dan filem.
Pensyarah Jabatan Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, akan mempengerusikan forum yang bertujuan mewujudkan kesedaran peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan skrip drama dan filem.

Maklumat lanjut berhubung forum yang akan memberi pelbagai perspektif baru mengenai fungsi bahasa Melayu dalam filem dan drama hubungi talian 03-21482801 (Nawal Hanim)/03-21482804 (Wan Norasikin) atau e-mel nawal@dbp.gov.my/wsikin@dbp.gov.my.



Sumber: Berita Harian


Orang Muda Tidak Membaca; Mitos atau Fakta?



Bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, Biro Penulis Muda Pena akan menganjurkan sebuah forum yang membincangkan tahap pembacaan orang muda dalam era teknologi ini.


Butiran program:

Tajuk: Orang Muda Tidak Membaca; Mitos atau Fakta?

Ahli Panel:
Ahmad Fedtri Yahya (Pengacara MHI/Penulis lirik)
Sdr.Nazri M. Anuar (novelis)
Sdri. Alina (Pensyarah UPSI)


Tarikh: 26 Mac 2010 (Jumaat)

Jam: 5 pm - 7 pm

Tempat: Dewan Sabah / Kedah


Ayuh orang muda, para pembaca, penulis, pencinta ilmu dan seluruh warga Malaysia, kita bincangkan sejauh mana benarnya mitos ini. Jumpa anda di sana.

Sekitar PBAKL 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah bermula pada 17 April lalu dan akan berakhir pada 26 April.

Hari ketiga pesta, 19 April, turut diisi dengan Forum Sai-Fai sempena konvensyen Sai-Fai yang julung kali diadakan. Dua senior MPR; Ahmad Patria Abdullah dan Nisah Haji Haron turut dijemput menjadi panel di samping dua panel lain.

Selepas forum;

dari kiri: Azree Hanifiah, M.F Kencana, Zulfazlan Jumrah, Ahmad Patria Abdullah, Nissa' Yusof, Hani Salwah Yaakup.
depan: Azizul Ikhwan


juga bersama Nisah Haji Haron dan Saharil Hasrin Sanin

Selamat hari lahir, Kak Nisah.

Temuramah (PTSdotTv)




DIALOG ISU PPSMI DI UIAM


Assalamualaikum wbt.

Jemputan ke Dialog Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) bertajuk:

PPSMI : Building or Destroying the Nation? 

bertempat di Auditorium Utama UIAM pada 4 MAC 2009 jam 8.00 malam.

Kehadiran anda semua amat dihargai. Sama-sama kita membicarakan dan membincangkan isu Ummat ini....






Sebarang pertanyaan:

Hubungi : AHMAD FAHMI MOHD SAMSUDIN 013-2226925
Sumber : http://fahmisamsudin.blogspot.com/

Blog Widget by LinkWithin
top