MPR adalah program sistematik selama seminggu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi melatih penulis remaja berbakat seluruh negara. Projek ‘anak angkat’ ini diilhamkan oleh beberapa pihak di DBP pada pertengahan 1980-an, termasuklah Datuk Johan Jaafar, En. Abdul Ahmad dan En. Ali Majod. Blog ini pula dikendalikan oleh para Mantan Minggu Penulis Remaja
Sebarang tulisan, cadangan, pandangan atau komen: Sila e-mel ke mantan_mpr[AT]yahoo[DOT]com.my
Sila gunakan nama, bahasa dan ejaan yang betul di sini. Utamakan budi bahasa. Sebarang cubaan untuk memprovokasi keadaan akan dipadam.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah bermula pada 17 April lalu dan akan berakhir pada 26 April.
Hari ketiga pesta, 19 April, turut diisi dengan Forum Sai-Fai sempena konvensyen Sai-Fai yang julung kali diadakan. Dua senior MPR; Ahmad Patria Abdullah dan Nisah Haji Haron turut dijemput menjadi panel di samping dua panel lain.
Selepas forum;
dari kiri: Azree Hanifiah, M.F Kencana, Zulfazlan Jumrah, Ahmad Patria Abdullah, Nissa' Yusof, Hani Salwah Yaakup. depan: Azizul Ikhwan
juga bersama Nisah Haji Haron dan Saharil Hasrin Sanin
Untuk pertama kalinya DBP akan menganjurkan Festival Drama 10 Minit pada 21 hingga 25 April 2009. Festival ini terbuka kepada semua kumpulan drama untuk membuat persembahan drama selama 10 minit atau tidak melebihi 15 minit. Tema drama adalah bebas, dan drama yang dipersembahkan mesti dalam bahasa Melayu.
Festival Drama 10 Minit akan diadakan di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur. Selaku penganjur, pihak DBP mempelawa para penggiat teater untuk menyertai festival ini. Untuk pendaftaran, kumpulan atau penggiat teater perlu memberikan nama kumpulan teater, judul drama dan sinopsis drama yang akan dipersembahkan kepada urus setia. Perlu diingatkan, Festival Drama 10 Minit ini bukanlah untuk persembahan monodrama (drama yang menggunakan seorang pelakon). Kumpulan yang berjaya akan diberikan honorarium persembahan oleh pihak penganjur.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi: Urus setia Festival Drama 10 Minit, Bahagian Pengembangan Sastera, Tingkat 22, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka atau telefon 012-2983308/03-21481240/1470 atau layari laman www.dbp.gov.my/teater.
Dapatkan novel sulung karya Sayidah Muizzah Kamarul Shukri (MPR 2007), JANJI MIFTAHUL RAUDHAH, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.
Temui Sayidah Muizzah pada:
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 4.00 - 5.00 petang Tempat : Gerai Galeri Ilmu Sdn. Bhd. no. 81-84 Ruang Legar PWTC
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penuh takzimnya akan menganjurkan program bersempena memperingati pemergian Sasterawan Negara (SN) Arena Wati ke rahmatullah pada 25 Januari 2009. Program berkenaan diadakan untuk mengimbau kembali segala pengorbanan, sumbangan, kesetiaan beliau terhadap dunia sastera, karya-karya hebat beliau, dan berkongsi rasa dan pengalaman daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan editor yang pernah bekerja dengan beliau. Antara pengisian pada malam tersebut ialah pameran, fragmen drama (adaptasi daripada novel dan cerpen), deklamasi puisi, baca naskhah dan tayangan klip video. Program ini akan diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 10 April 2009 (Jumaat) Masa : 8.30 malam Tempat : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka
8.30 mlm : Ketibaan tetamu jemputan
8.45 mlm : Acara bermula:
Puisi pembukaan
Arena Wati dimataku – Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
Persembahan fragmen drama daripada novel: Lingkaran, Sukma Angin, dan Sandera.
Klip video Arena Wati.
Persembahan fragmen drama daripada cerpen:“Dunia yang Kutinggalkan”, “Surat dari Gunung” dan “Antara Dua Deru”.
Tafakur & Al-Fatihah
10.30 mlm : Bersurai
_____________________________
Sekiranya berminat untuk menghadirinya, sila hubungi Puan Malissa untuk pengesahan kehadiran. Masuk percuma.
Sumber:
MALISSA AB. MALIK Pen.Pegawai Perancang Bahasa Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 03-21481240 (telefon) 03-21414109 (faks)
Rekaan asal oleh Saharil Hasrin Sanin: " simbol pen untuk penulisan, buku untuk penerbitan, dan dacing/pedang untuk keadilan." -Saharil Hasrin Sanin
"kemunculan ini diharapkan dapat membawa perubahan dalam nuansa sastera tanahair." -Hani Salwah Yaakup
Beberapa hari lagi, sesuatu yang diyakini akanmenggegarkan keluarga MPR bakal muncul. Dengan tenaga pakar yang tidak akan boleh disangkal lagi, pastinya banyak pihak tidak dapat tidur lena.
Beberapa cadangan warna t shirt MPR -sila undi atau tambah cadangan di ruangan komen- (nombor dalam kurungan adalah bilangan undi)
ash / kelabu+putih (5)
coklat / sand (4)
putih ( )
kelabu / light grey (2)
biru / sky blue ( )
Undian sudah ditutup. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Nantikan borang pesanan tidak lama lagi
BACA NASKHAH SN ARENAWATI LANGKAH PERTAMA : KUMPULAN CERPEN AWAL 1954 – 1959
TARIKH : 23 APRIL 2009 MASA : 9.30 PAGI – 4.00 PETANG TEMPAT : GALERI BAHASA JIWA BANGSA
MAJLIS INI DIADAKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA SERTA MENGENANG SN ARENAWATI.
BACA NASKHAH INI TERBUKA KEPADA SEMUA INDIVIDU, AHLI RAKAN DEWAN, STAF DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA PELAJAR 18 TAHUN KE ATAS.
SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MEMBACA TEKS KARYA SN ARENAWATI YANG AKAN DISEDIAKAN OLEH PENGANJUR.
GAYA PEMBACAAN BEBAS TETAPI KREATIF SERTA MEMPUNYAI INTONASI SERTA GAYA PERSEMBAHAN YANG MENARIK.
SETIAP PESERTA AKAN MEMBACA NASKHAH YANG DITETAPKAN SECARA BERGILIR-GILIR TANPA HENTI.
50 PENYERTAAN AWAL AKAN TERPILIH SEBAGAI PEMBACA NASKHAH.
SETIAP PENYERTAAN AKAN DIBERI SIJIL PENGHARGAAN.
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 17 APRIL 2009
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
Encik Mohd Hiezam Hj Hashim – 03-21483541 Puan Fatimah Zahrin Mohd Taib – 03-21481044 Encik Azahar Mat Joror – 03-21483540 atau e-mel : rakandbp@dbp.gov.my