MPR adalah program sistematik selama seminggu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi melatih penulis remaja berbakat seluruh negara. Projek ‘anak angkat’ ini diilhamkan oleh beberapa pihak di DBP pada pertengahan 1980-an, termasuklah Datuk Johan Jaafar, En. Abdul Ahmad dan En. Ali Majod. Blog ini pula dikendalikan oleh para Mantan Minggu Penulis Remaja
Sebarang tulisan, cadangan, pandangan atau komen: Sila e-mel ke mantan_mpr[AT]yahoo[DOT]com.my
Sila gunakan nama, bahasa dan ejaan yang betul di sini. Utamakan budi bahasa. Sebarang cubaan untuk memprovokasi keadaan akan dipadam.
TARIKH DAN MASA: 31 DISEMBER 2009; 8:30 MALAM TEMPAT: RUMAH PENA, 961-7, JALAN DEWAN BAHASA
JEMPUTAN: Dato' A. Samad Said, Dato' Baha zain, Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Shamsudin Othman, Saleeh Rahamad, SM Zakir, Amiruddin, Dr. Victor Pogadev, Sani Sudin, Khalid Salleh, Zaen Kasturi, Ahmad Fetri Yahya (TV3), Kumpulan Nasyid RPS, Kumpulan Gemala Kasturi dan Dewangga Sakti.
Tema pada kali ini ialah ‘Horizon Baru’ yang menampilkan pendeklamator muda seperti Intan Marhayu Rahman, Muhammad Lutfi Ishak, Amran Rashidi, Ridzuan Harun, kumpulan kreatif MSU dan lain-lain.
Masuk percuma. Semua dijemput hadir.
Sebarang pertanyaan sila hubungi S.M. Zakir (017-342 7991) atau PENA 03-2142 5824. Emel penamalaysia@gmail.com atau http://penaklmalaysia.blogspot.com
Untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa hari perhimpunan, borang pendaftaran boleh dimuat turun di sini.
Sila bawa borang yang lengkap diisi semasa hari perhimpunan untuk menjimatkan masa di kaunter pendaftaran.
Surat Jemputan
Surat jemputan sudah diedarkan kepada Alumni MPR melalui alamat pos dan emel. Sila semak di Inbox atau Spam.
Untuk pengesahan kehadiran, sila hubungi: Pn. Malissa (DBP) - 03-21481240/malissa@dbp.gov.my Cik Hani Salwah (Alumni MPR) - 012-9179498/haniesalwah@gmail.com
Untuk mengambil bahagian dalam sesi Pelancaran Buku / Antologi Alumni MPR atau sebarang pertanyaan, sila hubungi: Cik Ainunl Muaiyanah (Alumni MPR) – 013-9685663 Cik Nissa’ Yusof (Alumni MPR) - nissa.yusof@gmail.com
1) Maklumat program Tarikh: 19 Disember 2009 (Sabtu) Tempat: Dewan Seminar, Menara DBP, Kuala Lumpur Tema pakaian: Baju t Alumni MPR / warna kelabu Sesiapa yang belum mempunyai baju t, pembelian secara pos boleh dibuat di sini.
2)Ringkasan Atur Cara Majlis 0800: Ketibaan dan sesi pendaftaran Alumni MPR
0900: Ucapan alu-aluan oleh pengarah program
0905: Forum : MPR Selepas Dua Dekad Slot Memperingati Allahyarham Othman Puteh Sesi "Memori MPR"
1105: Majlis penutup
ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
ucapan oleh YBhg. Datuk Johan Jaaffar
majlis pelancaran buku/antologi Alumni MPR
1300: Makan tengah hari / Jualan buku dan sesi bersama penulis
Terdapat beberapa hotel berhampiran Menara DBP yang boleh dipertimbangkan untuk menginap pada malam sebelum / selepas perhimpunan. Antaranya;
Hotel Mandarin Court
Hotel Mirama
Rumah Puspanita
Kepada mantan yang mahu menginap di Rumah Puspanita pada hari Jumaat malam Sabtu, anda digalakkan mengisi borang di bawah ini supaya pihak AJK boleh membantu menguruskan tempahan dan kutipan bayaran. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran masih belum diputuskan oleh pihak terbabit.
Perhatian:
Bilik akan diasingkan mengikut jantina (tiada tempahan untuk keluarga)
Kami hanya membuat tempahan untuk satu malam sahaja
Penginapan di hotel-hotel lain perlu diuruskan sendiri oleh peserta
. . E-mel daripada Salina Ibrahim untuk pengunjung MingguPenulisRemaja.blogspot.com;
Harian Metro setiap Selasa (mulai 3 November lepas) ada menyediakan ruangan untuk puisi. Para alumni Minggu Penulis Remaja dan sesiapa sahaja yang berminat, dipersilakan untuk mengirimkan puisi ke ruang berkenaan.
Sila e-melkan karya anda berserta maklumat diri yang lengkap kepada Editor; Rahayu Salleh di ayu@nstp.com.my.
Terima kasih.
-- SALINA IBRAHIM http://salinaibrahim.com http://salinaibrahim2.blogspot.com
Ayuh, penulis sastera Melayu, mari gunakan sebaiknya peluang baru ini.
Salina Ibrahim merupakan penulis terbaru untuk ruangan novel bersiri di Harian Metro. Tahniah kepada Kak Salina. Episod pertama novel Tiada Khatimah Cinta boleh dibaca di sini.
Dengan ini diumumkan bahawa Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan akan menganjurkan sebuah sayembara deklamasi puisi bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009. Butirannya seperti berikut :
Tarikh : 7 November 2009 Tempat : Auditorium DBKL
Sebarang pertanyaan bolehlah diberikan terus kepada pihak JKKNWP melalui nombor telefon - 03-2072 6431 atau faks ke 03-2070 4064.
Satu projek mengumpulkan trivia untuk Minggu Penulis Remaja (MPR) sedang dijalankan untuk melengkapkan lagi pendokumentasian tentang MPR. Sebagai sebuah program yang sudah berusia lebih 20 tahun dan mempunyai reputasi cemerlang, dirasakan wajar untuk merakamkan catatan-catatan menarik sepanjang program berlangsung. Antara contoh perkara yang boleh dijadikan trivia ialah:
1)Tempat penginapan peserta MPR
2) Jumlah peserta paling ramai / paling sedikit
3) Peserta paling muda / paling senior
4) Mantan-mantan yang mempunyai ikatan keluarga / datang dari keluarga penulis
5) Mantan yang bertemu jodoh di dalam MPR
6) Pencapaian mantan sebelum / selepas menyertai MPR
7) Negeri yang paling ramai mantan MPR
8) Bidang kerjaya yang paling banyak diceburi
9) Pembimbing /penceramah/tetamu program MPR
10) Lokasi majlis penyampaian Hadiah Sastera Siswa
Seboleh-bolehnya catatan trivia yang ingin dikongsi biarlah berbaloi untuk disebut dan tidak terlalu bersifat peribadi. Respon terus ke http://mudajauhari.blogdrive.com atau emel Raihani Mohd. Saaid di deppviggo@yahoo.com.
Berikut merupakan senarai mantan peserta dan antologi MPR setakat yang dapat dikesan. Pihak kami memohon perhatian dan jasa baik semua Mantan MPR untuk;
Memeriksa senarai yang berkaitan dan sila maklumkan sekiranya nama anda atau rakan anda tercicir daripada senarai
Memberi respon kepada beberapa soalan yang diberikan.
Ahmad Faizal Ahmad Fadzil Ahmad Patria Abdullah Ainol Amriz Hj. Ismail Alina Idris Amaruszati Noor Rahim Ani Mawar Abdullah Arfah Ahmad Fadzillah Abd Majid Fauziah Yunos Harman Sham Ab. Rahim Hamir Habeen Mohd Abdul Settar Hizairi Othman I.D. Zurin Jamilah Alias Jamaludin Ahmad Kamariah Kamarudin Khairul Anuar Mohd Noh Lily Haslina Nasir Maznah Mukhtar Nor Sai’da Sadhana Abd. Kadir Rahimidin Zahari Ruslan Ngah Salwati Othman Shaidah Shafie Shamsudin Othman Sharkawi Che Din Shukri Mohd Ali (??) Tan Bok Hoi Tuan Faridah Syed Abdullah Wan Shahriza Wan Ab. Rahman Zaen Kasturi Zarihah Hassan Zulkifli Mohd Top Zuraidah Othman Zurina Shafie
Minggu Penulis Remaja (1991 – 2000)
Ab. Rahman Nayan Ade Irma Suryani Che’ Leh Ahmad Zafran Abd. Mutalib Amelia Fauza Bohari Ang Chin Huat Dima Mazlina Abu Bakar Ebriza Aminnudin Esmawady Mohd Esa Fahd Razy Faisal Tehrani Faizati Mohd Ali Hafizah Iszahanid Hany Fariza Fuad Hassan Jaidin Intan Marhayu Rahman Intan Marhaenee Rahman Jimadie Shah Othman Juliana Mohamed Khairul Nizam Abd Raub Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim Lim Fheng Fheng Lutfi Ishak Maharam Mamat Mohd Elfie Nieshaem Juferi Mohammad Hafezin Khadiri Mohd Ashadi Saiman Monalita Mansor Nazirah Md Noor Nisah Hj. Haron Norhasnida Abd Gani Putri Al-Insyirah Megat Sapeli Putri Irhanan Sapeli Putri Junaidah Megat Yunus Ranofla Dianti Irwan Raihani Mohd Saaid Ridzuan Harun Rosman Nordin Roslan Jomel Rosie Haslinda Nasir Ruhana Md Zaki Saharil Hasrin Sanin Salina Ibrahim Salman Sulaiman Shahirah Shamsuddin Shamsinor Zaman Shamsuz Zaman Shazmee Rizal Agus Salim Shazmira Shahuddin Siti Hajar Mohd Zaki Siti Zarina Md Israry Stella Nasib Syaidul Azam Tung Wai Chee Ummu Hani Abu Hassan Uthaya Sankar SB Wan Nor Al-Tasnim Wira Budiman Azizan Wong Kam Heng Zaid Akhtar Zunaidah Zainon
Minggu Penulis Remaja (2001 – 2008)
Abdul Rauf Baharuddin Aidil Khalid Ainunl Muaiyanah Amir Hamzah Akal Ali Amir Mukhriz Anis Sarah Atriza Umar Azilawanie Azizul Ikhwan Mohd. Azree Ariffin Azree MH Faizal Nizam Farahana Hussain Firdhaus Hassan Firuz Akhtar Lubis Ghafirah Idris Hafiz Noramli Hafizul Osman Hani Salwah Yaakup Hazhizh Saparudin Hazwani Husain Ida Munira Abu Bakar Izzatie Halim Jamilah M.Nordin Justin Dingun Ugah Lala Zehan M.F. Kencana Misraini Wazir Mohamad Anis Md Yusof Mohammad Hafiz Abdul Latiff Mohd Helmi Abdullah Mohd Saufi Othman Muhammad Faisal Nabiha Mashut Nai Boon Mee Sararaks Nasriah Abdul Salam Nimoiz TY Nissa' Yusof Norhafiedah Nurul Azma Nurul Hidayah Nurul 'Izzah Nuruliman Dashuki Raden Qurratu'Aini Radiah Baharin Rashidah Othman Rashidah Othman Sapiah Derahman Sayidah Mu'izzah Sharifah Alsiah Syafiq Azli Mohd Salleh SYARIFAH ZULIKHA IDAYU SYED ZULKERNAIN Syamsul Johari Wan Nor Azriq Widura Abdul Kadir Zaki Johari Zarina Baharuddin Zulfadli Sohok Zulfazlan Jumrah
Soalan : Ada sebarang nama yang saya terlepas pandang / tertinggal? Ini penting kerana sedang buat dokumentasi tentang MPR. Bantu saya, khususnya nama-nama mantan sebelum tahun 2000. Terima kasih.
Juga sedang kemaskini senarai yang berikut :
Senarai Antologi Cerpen dan Puisi Hadiah Sastera Siswa (tahun yang dinyatakan ialah tahun penilaian, bukannya tahun penerbitan antologi)
Soalan : Bolehkah dikatakan bahawa Antologi "Klik! Klik!" ialah antologi HSSBR terakhir? Selepas itu, tiada lagi HSSBR dan tiada lagi antologi diterbitkan.
Senarai Antologi Cerpen dan Puisi MPR
Cerpen
1. Biarkan Aku Sendiri (1985) 2. Impian Murni (1986) 3. Nilai Sebuah Kasih (1988) 4. Pencarian Semusim (1988) 5. Permata Nilam Biru (1989) 6. Salji Masih Berguguran (1989) 1. Selembut Najwa (1991) 2. Tidak Sepanas Bara (1991) 3. Amanda Balqis (1993) 4. Tinggalkan Pelabuhan Ini (1993) 5. Catatan Nostalgia (1993) 6. Wajah di Kanvas (1994) 7. Nur Sadiq (1994) 8. Dialog dengan May (1996) 9. Antologi 9! (2007) 10. Antologi 12! (2007) 11. Antologi Kacak Jelita (2008)
Permintaan ini luar biasa umpama menangguk purnama di kolam kencana demikianlah kami perikan dia yang dikhabarkan tiada tetapi terasa di mana-mana tanpa nisan bertanda kami langsung enggan percaya - sesungguhnya namanya masih terucap pada setiap bicara tatkala kami di meja karya.
Dia menyalin peribadi ayahandanya yang telah menyentu atma kami semua, pun berkongsi tinta perjuangan serupa dengan kalam tajam terasah pena sentiasa dia membakar marak api semangat ini dengan bara kata-kata bersahaja tetapi menguja mana mungkin manusia sebaik dia hilang dibungkus kabus kosong mencecah dasawarsa.
Sudah kami "Pesan Pada Angin" seperti kata Lila dalam karya kecil penuh makna, ataukah "Hatinya Sudah Menjadi Milik Kesuma", cerpen kegemaran kami semua mungkinkah dia hilang mencari "Syonagar" istimewa ataupun "Kai di Lembah Urda", barangkali juga sedang ber"Jukstaposisi" berhibernasi menukang sebuah mahakarya!
Ah, sekadar melayan rayanan kami, Hizairi, kerana siapa pun tidak akan percaya kami selalu mengucap namanya pada setiap muzakarah sastera - sesungguhnya penanya hidup berbicara kerana kuras-kuras karyanya ampuh dan terus bernyawa, apakah ini muslihat ataupun ceritera terhijab bukan untuk kami mengetahuinya.
Tuhan, kembalikan Hizairi, sahabat kami itu jika urusannya sudah sempurna di sana kami rindukan senyuman yang sarat sari semangat untuk kami tamtama sastera "Bulan di Puncak Notre Dame" itu sudah terlalu lama menajdi lakaran terakhirnya perkenankanlah dia kembali tersenyum bersama-sama kami di pentas berlukis tinta!
Nisah Haji Haron 15 Februari 2009
sumber : Dewan Sastera, September 2009
Hak cipta terpelihara. Nisah Haron menegaskan dirinya sebagai penyair dan pencipta kepada puisi ini. Sebarang permintaan untuk menyalin semula, sila ajukan di Nisah Haron Online.
nostalgia bersama Hizairi, duduk dua dari kanan, ketika menjadi pendamping MPR 99
Kuserahkan sekeping hati Untuk-Mu baiki Setelah lumat dicincang putus harapan Kuserahkan sepenuh setia Cantumkan serpihan kesal Lonjakkan semangat perjuangan Setelah perit terjunam ke lembah dura Usahaku,Tuhan tak bernoktah Dambakan kejayaan yang hakiki Saat meraba dalam suram Aku terkhilaf arah tujuan Saat cangkir ilmu kuteguk puas Manisnya ada,nikmatnya hilang Duri yang menikam semakin berbisa Sumbang langkah keras dihidu Jalan ini Pasti aku tidak memilihnya lagi
Seperti sabda nabi bahawa kegembiraan orang yang berpuasa itu, salah satunya adalah pada ketika tibanya saat berbuka barangkali seperti itu jugalah kegembiraan seorang penulis itu, salah satunya adalah pada ketika karyanya diterima disiarkan lalu kemudian ditatapnya.
Seperti mana telah dimaklumi bahawa kesusahan orang yang berpuasa itu, salah satunya adalah pada ketika siangnya berlapar dahaga serta berletih lesu melawan nafsu barangkali seperti itu jugalah kesusahan seorang penulis itu, salah satunya adalah pada ketika ia berfikir memerah otaknya menaut ilmu menyusun kata.
Aduh, laparnya! Aduh, rengsanya! (mencari idea)
Seperti mana kemenangan orang yang berpuasa itu, salah satunya akan dirasai pada ketika tibanya Syawal lalu diraikan dengan berhari raya bertakbir dan bertahmid barangkali seperti itu jugalah kemenangan seorang penulis itu, salah satunya akan dirasai pada ketika tibanya cek royalti lalu diraikan dengan membeli buku dan azam untuk lebih prolifik.
Sesudah Ribuan Tahun Kau Pergi (Mengenang Junjungan Nabi s.a.w.)
Wajahmu tampan seperti bulan akhlakmu sopan indah menawan cantik berseri bak mentari terbit pagi seorang Nabi yang manis budi pekerti.
Saat diputerakan, terlalu banyak keajaiban bukti kebenaran kau memang utusan Tuhan keluar cahaya menerangi istana Syam dan api sembahan orang Majusi terpadam lengkungan gerbang istana Kisra jatuh dan gereja di Bahiirah Saawah runtuh.
Engkau pernah dibawa berjalan terlalu hampir di depan Tuhan engkau sempat bertemu Musa merentas pintu langit yang dibuka.
Pengorbananmu tidak terungkap dengan kata-kata perjuanganmu tidak tertulis dengan pena teringat dirimu dihina, dilempar dengan uri unta dan hatimu yang sedih ditinggal isteri tercinta.
Wafatmu saat matahari sudah mula meninggi meninggalkan umat, sahabat dan beberapa isteri tidak terhingga sedih dan pilu yang menyelubungi sempurnalah Islam ini, dan selamat tinggal wahai Nabi!
Kini, sesudah ribuan tahun kau pergi aku masih pilu mengenangmu yang diracuni kuucapkan salam ini wahai Nabi sejahteralah kau di sisi Ilahi.
Kupegang katamu wahai pesuruh Allah buat meneruskan dakwah, “Tidak akan sesat selamanya yang berpegang dengan kitab Allah.”
Senjakala yang menikam resah dalam penantian sejuzuk kalbu semakin resah hati yang rindu kian gundah bertamu awanan teja di angkasa seribu pengertian kian bertingkah.
Ufuk langit ramadan ini memancarkan jalur-jalur cahaya menerobos dari petala ketujuh mendayung rahmat ilahi seluruh mayapada dilingkari.
Dan sudut mentari semakin tirus langit ramadan kian zulmat medan yuda di ambang jiwa bersujud dilimpah nikmat.
Seperti sebuah keretapi yang bergerak meninggalkan stesen demi stesen kita kini berada di stesen ramadan.
Di landasan ini - telah kita selongkar gerabak nafsu yang ada hanyalah syiling-syiling zuhud memang- tak mampu lagi kita bayar tiket pahala kerana nilainya kini sama dengan seribu bulan.
Begitulah – kita terus juga menjadi penunggu setia di stesen ini sedang nafsu masih lagi meninggi.
Yang meratib di sejadah resah maka akulah; bersama lafaz zikir yang basah doa sarat puisi mahabbah tatkala sujud berserah meratib butir syahadah di lantai keampunan Allah.
Aku seperti sang pidana yang terpasung dalam penjara iman yang terkurung meski telah kuserpih jendela nafsu di jeriji jenang hayatku tatkala zikirku tersedu di malam kelabu dan sujudku rebah di sejadah doaku.
Akulah sang pidana yang diziarahi Ramadhan yang kali ini setelah bermusim nurani ini kontang dalam telaga noda yang terjang kehilangan timba di padang perang antara renyai pahala yang kurang dan hujan taubatku yang hilang.
Ramadhan yang kali ini menitip purnama kala merindui kini sumbu berkat ternyala kembali di pancang likur rahmat sekali lagi dalam selaman taman firdausi.
Narwastu apakah yang memecah menjinakkan ruhi ke rimbun menghijau taman teduhan yang meredup dari sihir duniawi yang memukau.
Ramadan yang mekar, aku datang lagi sebagai pipit yang dahaga sembunyikan aku dalam subur daun bermandi embun menghirup rimbun; betapa aku unggas tempang kepak yang memapah iklim hayat bersembilu dari helang haloba yang sering memburu. Tak pernah mengalir kemanisan sebegini susu menumpah buahan yang terlimpah juga bungaan dan harum yang mewah. Ramadhan yang memugar, aku berziarah lagi. Ya, aku juga lagi- sebagai tetamu kalbu bertenggek di dahan menghirup sakar ketulusan- enak yang menikmat ke seluruh amalan.
Sebelum malam rembang memukat aku dalam remang izinkanku bersarang untuk semusim hayat lagi.
Malam membuka dadanya aku selak setiap helaian mencari bulan dan bintang tetapi kutemui matahari lalu membakar wajahku.
Mujur, sepincing angin dari salam Illahi mulus dan damai berbisik kepadaku siramilah tanah leluluhmu yang tandus kirimilah bekalan utusan mukjizat untuk kau kenal hakikat dan makrifat.
Merenung insaf diri aku hilang di dalam bayang-bayang bulan dan bintang yang bergemerlapan di langit Tuhan.
SHAMSUDIN OTHMAN Madrasah Sham al-Johori Kuala Lumpur.
Panggilan kepada warga MPR sekalian, bermula 8 September ini, sebuah puisi akan dimuat naik ke blog ini setiap hari sehingga 19 September.
Sehubungan dengan itu, sumbangan karya anda adalah diperlukan untuk melengkapkan jumlah 12 buah puisi di samping karya para penyair yang telah tersenarai. Ayuh, marilah bersama-sama kita meriahkan aktiviti ini.
Syarat?
Puisi bertemakan nasihat, keagamaan atau yang berkaitan, untuk menghormati Ramadan yang berkat ini.
Karya yang pernah tersiar atau belum.
Terbuka kepada semua mantan.
Emelkan ke aktivitimpr[at]gmail[dot]com sebelum 14 September 2009.
Untuk maklumat lanjut Sekretariat SAKM X Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi,Selangor DE,Malaysia
603 89215288 (Dr. Mawar Shafei)
603 89215573 (PM Dr Misran Rokimin) sakm09@gmail.com
Ida Munira Abu Bakar PTS One Sdn Bhd RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak), 983-3654-95-9, 978-983-3654-95-6, Tarikh Terbit: 21 Julai 2009
SINOPSIS
Budak Span dan Kem Chimera mengisahkan Bakti dan kawan-kawannya yang sungguh teruja hendak menyertai sebuah kem bina diri yang diadakan sempena cuti sekolah. Mereka semua benar-benar tertarik untuk menyertai kem itu bagi memenuhi waktu yang terluang dan menimba pengalaman. Malangnya, sejak hari pertama, kem itu sudah menunjukkan kelainan yang mencurigakan. Ramai peserta dihantar pulang semula dan hanya tinggal 20 orang peserta sahaja di kem itu. Kem itu menyeronokkan, yurannya murah tetapi menghidangkan makana nlazat bagi melekakan para peserta. Namun, Bakti dan Mimi mula menyedari ada yang tidak kena pada kem itu selepas kehilangan Norma dan Obie. Malah, mereka dapati sekurang-kurangnya seorang peserta hilang pada satu malam. Bakti mula menyiasat, dia bertemu dengan Chimera, makhluk air di Tasik Chimera, lalu mengetahui hal sebenar, dan berazam hendak menyelamatkan kawan-kawannya dan mangsa-mangsa ujikaji pasukan Gren. Kelebihannya yang boleh bertukar menjadi budak span banyak membantunya dalam misi menyelamat itu. Tetapi dapatkan dia menyelamatkan kesemua mangsa termasuk peserta dua tahun lalu? Atau hanya kawan-kawan baiknya saja? Apa tunggu lagi, dapatkanlah novel fantasi ini dengan segera!
(Ingin tahu mengapa Bakti digelar Budak Span? Dan peristiwa tragis pada tahun sebelumnya? Dapatkan Budak Span siri 1 iaitu Budak Span dan Kasut Saraf)
BUJANGKU SAYANG
BUJANGKU SAYANG oleh Aida Munira/ Ida Munira Terbitan BUKU PRIMA SDN. BHD RM 10.00 Terbit : Jun 2009
BUJANGKU SAYANG mengisahkan Bujang, seekor anak beruang madu yang menjadi haiwan peliharan Asyraf. Bujang amat jinak dan akrab dengan Asyraf serta kawan-kawannya yang lain iaitu Ajit, Lili dan Amin. Mereka semua menyayangi Bujang. Walau bagaimanapun, kedatangan konvoi sarkas yang mahu membuat persembahan di Kampung Tuadang telah mengubah segala-galanya. Pada mulanya, Bujang mahu dibeli oleh orang terpengaruh dalam sarkas, namun keluarga Asyraf menolak kerana mereka begitu sayangkan Bujang. Malangnya, tidak lama kemudian seorang peduduk kampung mati akibat diserang beruang di pinggir hutan kampung itu. hasil siasatan mendapati kematiannya disebabkan oleh serangan binatang liar atau lebih tepat lagi beruang. Tidak semena-mena Bujang telah dituduh membunuh mangsa itu.
Jadi, adakah Bujang yang telah membunuh penduduk kampung itu? Adakah bapa Asyraf akan menjual Bujang kepada orang sarkas? mampukah Asyraf, Ajiy, Lili dan Amin lakukan sesuatu untuk menyelamatkan anak beruang madu tersebut?
“Raihani Mohd. Saaid membuktikan bahawa pelbagai kemungkinan boleh dibawa masuk ke dalam teks prosa naratif untuk menyuntik kesegaran sensitiviti dan kreativiti mereka…’’
-Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin-
KUMPULAN CERPEN 10 +1 bertajuk "BADRUL BAMBI" buah tangan sulung RAIHANI MOHD. SAAID, mantan MPR 1997.
Penerbit : RUMAH BUKU RANIA
Jumlah muka surat : 161 (jumlah keseluruhan ialah 184 muka)
Harga senaskhah (termasuk kos pos) :RM20.00
Penulis kata pengantar : PROF.MADYA DR.LIM SWEE TIN
Mengapa kumpulan cerpen ini dipanggil Kumpulan Cerpen 10+1?
Buku ini mengandungi 11 buah cerpen yang ditulis oleh Raihani sejak tahun 1997 di mana 10 buah darinya ialah cerpen yang pernah diterbitkandi beberapa penerbitan besar dan memenangi beberapa sayembara penulisan. Tetapi terdapat sebuah cerpen bonus, eksklusif untuk kumpulan ini sahaja, iaitu Badrul Bambi II.
Cerpen Badrul Bambi II belum pernah diterbitkan di mana-mana dan merupakan cerpen mutakhir Raihani.
Mengapa anda mesti memiliki kumpulan cerpen ini?
Raihani sebagai seorang penulis wanita, telah meninggalkan dunia cinta tiga segi, kahwin cerai dan hal-hal seputar rumahtanggadi dalam cerpen-cerpennya.
Ada cerpen yang merakam pergolakan politik tanah air, terutamanya sekitar tahun 1998.
Ada cerpen seputar dunia teater dan filem Melayu.
Kebiasaannya hanya novel yang diadaptasi ke lakon layar, tetapi dalam kumpulan ini, ada lakon layar yang diadaptasi ke cerpen.
Tiada kisah cinta berlatarbelakangkan Timur Tengah =D.
TAWARAN ISTIMEWA UNTUK MANTAN MPR DAN PENGUNJUNG BLOG MPR!
Beli 3 naskhah dengan harga RM50.00 sahaja!
Setiap naskhah yang dipesan akan ditandatangani oleh penulisnya.
Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada mantan MPR yang telah memenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim (HSDT) ketujuh 2009.
Zaid Akhtar
Justeru Impian di Jaring (Novel Remaja)
RM2000.00
Utusan Publication & Distributors, 2007
Shamsudin Othman
Merawat Cinta di Kaki Kaabah (Puisi Eceran)
RM500.00 Dewan Sastera, Februari 2007
Gapura Diri: Percakapan Nurani Dari Sudut Rasa Insaniah (Esei dan Kritikan Sastera) RM800.00
Pangsura, Julai – Disember 2007
Zulfazlan Jumrah
Hamparan Kudus di Wellington Hall (Cerpen Eceran)
RM800.00
Berita Minggu, 16 September 2007
Saharil Hasrin Sanin
Air Mata Orang Kaya (Cerpen Eceran)
RM800.00
Dewan Budaya, Ogos 2007
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman
Menteri Besar Johor
Pada 17 Julai 2009 jam 8.00 malam
Bertempat di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Warga Kerabat Alumni MPR
Tohmahan dibuat penulis baru ekoran mereka tidak mesra
PERHIMPUNAN Penulis Muda Nasional (PPMN) 2009 di Ayer Keroh, Melaka, tidak lama dulu, meninggalkan kesan kurang menyenangkan kepada sesetengah peserta meskipun 18 kertas kerja dibentangkan kalangan pengarang mapan dan mereka yang bergelar Minggu Penulis Remaja (MPR).
Meskipun kertas kerja yang dibentangkan hebat, tetapi kurangnya kemesraan di antara kelompok penulis MPR dengan pengarang baru tanpa sebarang label, menyebabkan perhimpunan yang diadakan empat tahun sekali itu dilihat meresahkan.
Sesetengah pengarang baru berasa diri mereka dipinggirkan dan hakikat tiadanya kemesraan yang dihulurkan kelompok penulis MPR, menyebabkan mereka membuat andaian kelompok terbabit berbangga diri kerana bernaung di bawah MPR.
Panel PPMN 2009, Ariff Mohamad, melihat kurangnya kemesraan anggota MPR dengan penulis di luar kelompok terbabit berkemungkinan disebabkan mereka tidak saling mengenali kerana kalangan panel juga ada yang baru pertama kali bersua muka.
"Keterbatasan waktu kerana pengisian program yang padat mengehadkan peluang peserta untuk berinteraksi. Ada baiknya juga sesi suai kenal diadakan pada acara akan datang. Bahkan kumpulan kecil wajar dibentuk bagi menjayakan bengkel atau kegiatan lain agar silaturahim dapat dieratkan," katanya
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kenyataan bahawa ada di antara penulis muda dalam kelompok MPR, beranggapan bahawa mereka berada dalam keluarga yang selesa dan mesra' sehingga enggan bercampur dengan penulis lain.
Tindakan peserta MPR yang hanya menghantar karya ke Tunas Cipta, meskipun hakikatnya banyak majalah lain turut menawarkan ruangan kreatif turut beliau bangkitkan ketika melapah Memeta Identiti Penulis Muda Malaysia pada perhimpunan itu.
"Penulis muda di bawah PMR membataskan karya mereka ke Tunas Cipta, meskipun ada majalah lain menyediakan ruangan sastera. Tunas Cipta perlu mesra dan terbuka. Apa perlunya ruangan Alumni MPR? Apakah mereka di luar lingkungan tidak perlu dikenali?" soalnya.
Ariff mencadangkan pembaharuan dilakukan pada perhimpunan seumpama itu agar silaturahim penulis baru, mapan dan MPR dapat berkembang selain diperkukuhkan, tetapi ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk merealisasikannya.
"Saya berharap pada perhimpunan akan datang, penulis muda hadir sebagai individu tanpa dibayangi logo atau kelompok mana sekalipun dengan matlamat boleh diajak berbincang atau berdiri sebagai penulis sama ada depan, tengah, mahupun belakang," ujarnya.
Mantan MPR, Shamsudin Othman, sedikit beremosi ketika diajukan perkara sama dan berharap agar jurang antara penulis tidak dipersoalkan lagi kerana baginya seseorang penulis tidak pernah membina jurang agar tidak didekati orang lain.
"Untuk menjadi penulis hebat dan mapan, penulis muda perlu berani memulakan langkah dan tidak timbul persoalan rasa bangga diri. Penulis mapan dan MPR mudah didekati dan dimesrai. Ia hanya salah faham dan perkara biasa dalam semua bidang, ada rasa hormat dan saling mengagungi," ujarnya.
Beliau berterus terang bahawa perkara terbabit sebagai proses kematangan manusia kerana dirinya pernah mengalami peristiwa serupa iaitu berasa malu untuk bertegur sapa dengan Sasterawan Negara (SN), Allahyarham (Dr) Usman Awang, Allahyarham Keris Mas dan Datuk (Dr) A Samad Said.
"Saya turut segan bertegur sapa dengan penerima Anugerah Penulis Sea seperti Datuk Dr Kemala dan Datuk Dr Anwar Ridhwan di samping penulis sebaris dengan mereka, tetapi lama-kelamaan, semuanya terjawab sendiri.
"Faisal Tehrani misalnya, antara penulis pelapis yang berani menyapa dan bergaul dengan sesiapa sahaja dan akhirnya dalam meniti usia muda, beliau cepat dewasa dan mampu melahirkan karya hebat," jelasnya.
Baginya tidak wajar membuat andaian dalam tempoh pertemuan singkat dan perkara utama ialah program seumpama itu dapat menjadi pencetus kepada hubungan intim lagi bermakna, manakala kepada penulis baru, ia menjadi langkah permulaan merealisasikan kematangan penulisan mereka.