BACA PUISI SASTERAWAN NEGARA

Sumber : Uthaya Sankar SB (MPR 1991)

Nama Program

Baca Puisi Sasterawan Negara

Penganjur Bersama

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Pasar Seni, Kuala Lumpur

Wira Bukit Sdn Bhd

UA Enterprises Sdn Bhd


Sempena

Festival Kuala Lumpur

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Kementerian Komunikasi, Penerangan dan Kebudayaan


Tema

Satu Malaysia: Di Sini Semaraknya Seni!

Tokoh-tokoh yang diraikan

1) Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said

2) Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang

Pengenalan

Program Baca Puisi Rindu Ibu yang menampilkan pembacaan puisi-puisi Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said daripada buku Rindu Ibu telah diadakan oleh Kavyan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 8 April 2007 sempena Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa (2 April). Pembacaan puisi daripada kumpulan puisi yang sama diadakan sempena Pesta Buku Selangor pada 1 Ogos 2008 bagi memberi peluang kepada lebih ramai anggota masyarakat (kanak-kanak, remaja dan dewasa) menghayati puisi-puisi yang ditulis khas oleh Datuk A. Samad Said untuk bacaan kanak-kanak. Bagi tahun 2009, Kavyan turut menampilkan puisi-puisi Sasterawan Negara Allahyarham Dato’ Usman Awang.

Objektif

1 Memberi penghormatan kepada Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said serta mengenang Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang

2 Memupuk minat membaca dan menghayati puisi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum

3 Meneruskan tradisi membaca puisi-puisi Sasterawan Negara yang dimulakan melalui program Baca Puisi Rindu Ibu pada tahun 2007

4 Membuka peluang kepada peminat sastera membaca naskhah puisi SN Datuk A. Samad Said dan SN Dato’ Usman Awang

Tarikh

19 Julai 2009 (Ahad)

Masa

6:00 petang – 9:00 malam

Tempat

Pasar Seni, Kuala Lumpur

Jumlah Pembaca

Sekitar dua puluh (20) individu pelbagai kaum yang menawarkan diri secara sukarela. Penyertaan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan mampu membaca naskhah puisi dengan gaya persembahan yang sesuai untuk persembahan di khalayak.

Pemilihan Peserta

Memilihan peserta dilakukan menggunakan konsep ”yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan”. Maka, sesiapa yang berminat mengambil bahagian dinasihatkan supaya mendaftar nama lebih awal dengan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my dan memberi maklumat diri seperti nama penuh, nombor telefon dan bahasa puisi yang ingin dibaca.

Pakaian Peserta

Peserta yang mengambil bahagian WAJIB berpakaian tradisional kaum, keturunan, etnik atau sub-etnik di Malaysia. Peserta yang gagal berpakaian tradisional pada tarikh aktiviti TIDAK akan dibenarkan mengambil bahagian!

Pengangkutan Peserta

Tidak disediakan.

Bahasa

Naskhah puisi yang dibaca adalah karya Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, Bahasa Kadasan dan Bahasa Iban.

Penyelarasan

Program pembacaan puisi akan diselaraskan dan dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Puisi Rindu Ibu; serta siri baca cerpen/novel sebelum ini.

Jumlah Puisi

Sekitar dua puluh (10) naskhah puisi Bahasa Malaysia karya SN Datuk A. Samad Said dalam kumpulan Rindu Ibu; dan sekitar enam (6) naskhah puisi dalam 6 bahasa berdasarkan karya SN Dato’ Usman Awang dalam kumpulan Sahabatku. Setiap peserta hanya perlu memilih dan membaca puisi sekitar lima (5) minit. Teks puisi akan dipilih dan ditetapkan oleh pihak Kavyan, dan diberikan kepada para peserta lebih awal supaya boleh berlatih dan membuat persediaan.

Liputan Media

Kavyan akan menjemput pihak media untuk membuat liputan acara ini. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara juga akan menguruskan undangan media.

Rangka Atur Cara

6:00 petang

Meja pendaftaran dan jualan buku dibuka

6:30 petang

Ketibaan tetamu, wartawan, peserta dan penonton

6:45 petang

Ketibaan SN Datuk A. Samad Said

7:00 malam

Ucapan alu-aluan pengacara

Tafakur dan bacaan doa

Ucapan waris SN Dato’ Usman Awang

Baca Puisi Sasterawan Negara bermula

Ucapan SN Datuk A. Samad Said

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau telefon 012-3368142 atau layari www.kavyan.blogspot.com

2 komen:

Nisah Haji Haron said...

Sembahyang Maghribnya, bila?

Nimoiz T.Y said...

Berat ni. Kalau dah melangkaui waktu maghrib, bermakna maghrib entah ke mana.

Blog Widget by LinkWithin
top