Oleh Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Ada yang berkereta dari selatan. Ada yang menaiki bas dari utara. Ada yang terbang dari timur. Semuanya hadir dan berkumpul di bumi bertuah, Melaka untuk bersama menyatu di bawah Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009.

Setelah penat 1 jam setengah menaiki bas dari Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, maka tibalah di perkarangan Putri Resort Ayer Keroh Melaka. Di lobi, ada senyum Khairunnasriah, ada jelingan Lutfi Ishak, ada wajah Saharil Hasnin, ada tawa Nisah Hj Haron, ada lucu Nimoiz T.Y. , ada kerlingan Hani Salwah (sekadar menyebut beberapa nama). Ada harum wangi ilmu bakal menyemarak di Puteri Resort Ayer Keroh nanti.

Sesi pertama, Penulis Muda : Pengikut atau Pencetus.

Tuan Haji Zulkifli Khair membentangkan makalah yang bertajuk : Penulis Muda Dan Cetusan Masa Depan Dunia Penulisan Yang Lebih Cerah. Dalam makalahnya Tuan Haji Zulkifli, kretiviti individu terbahagi kepada kretiviti dalam ruang lingkup budaya, domain dan juga pengiktirafan sosial. Selain itu, beliau juga membandingkan diantara kreativiti dalam bidang sains dan sastera. Menariknya, beliau telah menyatakan bahawa kebanyakan pemenang hadiah nobel dalam bidang sains telah mencapai tahap kematangan yang lebih awal berbanding bidang sastera. Beliau juga menambah bahawa seorang penulis di Malaysia biasanya dilahirkan melalui program-program penulisan seperti MPR, KEPEZI, Yayasan Warisan Johor dan Kavyan.

Saudara Salman Sulaiman dengan kertas kerja yang bertajuk : Kalamullah Sebagai Asas Penulisan Dakwah : Saranan Mencontohi Kebijaksanaan Al-Quran. Saudara Salman Sulaiman memberikan satu resolusi baru kepada penulis muda agar menulis berdasarkan kebijaksanaan di dalam Al-Quran serta menulis perkara-perkara yang penting serta mengikut hukum. Saudara Sulaiman menekankan peri penting penulis muda supaya memilih menulis perkara-perkara yang penting serta tidak menulis perkara yang remeh dan melewahkan seterusnya merugikan dunia sastera itu sendiri.

Ini adalah temubual wartawan MPR dengan Saudara Salman Sulaiman. Katanya “Kepada semua mantan MPR, biar terus menulis walaupun ramai yang tidak dapat bersama kami disini, teruskan tugas anda sebagai penulis muda seperti biasa.”

Saudara Lutfi Ishak membentang makalah yang bertajuk : Pengarang Celik Bercita Sempurna. Setelah puas mendongak lelangit dan menjeling jam serta mengirimkan secebis nota kepada pembentang sebelumnya, saudara Lutfi Ishak bangkit dan memberikan pandangan oleh Ali Syariati berkenaan dengan takrif pemikir celik. Katanya seorang pengarang celik akan berjuang untuk merelevankan kesusateraan. Pengarang harus akrab dengan situasi sosial dalam sejarah dan tindakan mereka harus digerakkan oleh cita sempurna.

Lintas langsung dari Puteri Resort Ayer Keroh Melaka.

4 komen:

Rai said...

Hanie dengan Ode tu sakit gigi ke?;-)

ainunl.muaiyanah said...

Betul-betul.. Ode sakit gigi dari semalam.. hehe. Kak hani itu kes lain pula.

FARAHNYEMAHMULYA said...

comelnya semua
cemburu ni
tak dapat ikut serta

hani salwah yaakup said...

Kak Rai, sebenarnya tu pose sakit kepala...hehe!

Farahana, silalah cemburu!

Blog Widget by LinkWithin
top