Sesi 3 : Penulis Muda : Tiada Perjuangan.


Pengerusi Sesi : Mohd Nazmi Yaakub


Ahli Panel : Jaafar Hamdan

Ali Burkhari Amir

Ummu Hani Abu Hassan



Jaafar Haji Hamdan membentangkan kertas kerja yang bertajuk Perjuangan Karyawan Muda Sarawak : Satu Penelitian Umum. Menurutnya penulisan di Sarawak menjanjikan sesuatu yang menyakinkan namun tidak dapat dinafikan terdapat kewujudan dan kehilangan penulis samaada penulis baru atau penulis lama kerana didorong oleh suasana dan persekitaran sastera negeri Sarawak. Katanya terdapat banyak aktiviti-aktiviti sastera di Sarawak seperti aktiviti yang dianjurkan DBP cawangan Sawarak, ceramah dan bengkel penulisan, Peraduan Penulisan Kreatif Hari Guru, Peraduan Penulisan Kreatif Umum, Hadiah Penulisan Majalah Sekolah Menengah Negeri Sarawak, mengelola ruangan Yang Indah itu Bahasa di akhabra Utusan Borneo dan Ruangan Wadah Bahasa dan Satera serta pengiktirafan penulis melalui hadiah Penghargaan Penulis Sarawak.


Ali Bukhari Amir dalam kertas kerjanya Penulis Muda Tiada Perjuangan?, menyatakan masih terdapat penulis muda yang berbakat dan ada perjuangannya.Namun terdapat kekangan untuk melahirkan karya-karya yang berbentuk perjuangan apabila pengarang muda melihat editor sastera tidak cenderung menyiarkan karya-karya yang berbentuk satira dan akhirnya akan menulis karya yang mengikut kehendak editor sastera sahaja. Beliau mencadangkan agar rantaian ketakutan dengan editor sastera diputuskan dalam usaha awal untuk melahirkan pengarang-pengarang muda yang berani, memiliki fokus perjuangan yang jelas.

Ummu Hani Abd Hassan Hasrat Introspeksi Karya : Pengalaman Menulis Cerpen Dalam Akhbar Mingguan Malaysia. Beliau mengemukakan proses kreatifnya semasa menukilkan karya-karyanya yang pernah tersiar di Mingguan Malaysia seperti karya KampungHati Ayah, Cerita Hari-Hari Akhir, Putik Qunaitara dan Teman, Cukuplah Kami dan Lagenda Albopictus. Menurutnya lagi penulis muda ada perjuangan dan setiap perjuangan Penulis Muda adalah berbeza dan mengikut lorong yang pelbagai.

0 komen:

Blog Widget by LinkWithin
top