FESTIVAL DRAMA 10 MINIT DBP

Tempat: Stor DBP

Tarikh : 21 – 25 April 2009

Masa : 8.30 malam

Penganjur : Dewan Bahasa dan Pustaka


Untuk pertama kalinya DBP akan menganjurkan Festival Drama 10 Minit pada 21 hingga 25 April 2009. Festival ini terbuka kepada semua kumpulan drama untuk membuat persembahan drama selama 10 minit atau tidak melebihi 15 minit. Tema drama adalah bebas, dan drama yang dipersembahkan mesti dalam bahasa Melayu.


Festival Drama 10 Minit akan diadakan di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur. Selaku penganjur, pihak DBP mempelawa para penggiat teater untuk menyertai festival ini. Untuk pendaftaran, kumpulan atau penggiat teater perlu memberikan nama kumpulan teater, judul drama dan sinopsis drama yang akan dipersembahkan kepada urus setia. Perlu diingatkan, Festival Drama 10 Minit ini bukanlah untuk persembahan monodrama (drama yang menggunakan seorang pelakon). Kumpulan yang berjaya akan diberikan honorarium persembahan oleh pihak penganjur.


Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi: Urus setia Festival Drama 10 Minit, Bahagian Pengembangan Sastera, Tingkat 22, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka atau telefon 012-2983308/03-21481240/1470 atau layari laman www.dbp.gov.my/teater.


Sumber : Salina Ibrahim

0 komen:

Blog Widget by LinkWithin
top