*KEMASKINI - dari meja Lutfi Ishak

Salam.

Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 pada kali ini insya-Allah akan berlangsung seperti yang dirancangkan. Di sini disertakan beberapa maklumat kepada mereka yang berminat;
  1. Yuran pendaftaran sebanyak Rm 30 dikenakan kepada para peserta.
  2. Perhimpunan pada kali ini akan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja pada waktu pagi dan diskusi yang lebih ringan pada waktu petang.
  3. Berikut diperturunkan beberapa pembentang yang mungkin akan hadir membentang kertas dan berdiskusi. Antaranya ialah Rahimidin Zahari, Faisal Tehrani, Dr Alinor, Mawar Shafie, Awang Azman Awang Pawi, Dato Baha, Aqil Fithri, Wan Fhysal, Ariff Mohamad, Fadhli al-Akiti, wakil penulis dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei, dan beberapa orang lagi.
  4. Tema pembentangan dan diskusi lebih kepada perkembangan dan refleksi idealisme penulis muda dalam dunia kesusasteraan tanah air. Selain itu, perspektif dan pengalaman penulis dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei akan turut ditampilkan. Malah, dalam perhimpunan kali ini, kami cuba memberikan sedikit kelainan dengan menjemput beberapa pembentang yang terdiri daripada saintis muda dan aktivitis muda, untuk melihat unsur sains dalam persuratan Melayu dan disiplin sains sosial lain. Insya-Allah, kami menjangkakan soal epistemologi, idealisme, falsafah, gerakan persatuan dan lain-lain akan dibincangkan oleh para panel.
  5. Berkaitan tempat penginapan, Kerajaan MElaka telah berbesar hati untuk menajanya. Dijangka kita akan tinggal di sebuah kondominium berhampiran Melaka Parade.
  6. Makanan dan minuman para perserta turut ditanggung.
  7. Sesiapa yang berminat, boleh menelefon saya, Saifullizan, dan Wan Zaida, atau hantar mesej alamat mereka untuk pihak kami menghantar borang penyertaan.
  8. Perhimpunan Penulis Muda merupakan satu perhimpunan yang diadakan beberapa tahun untuk menghimpunkan para penulis dan peminat sastera.

Harap menjawab beberapa persoalan. Terima kasih.

Muhammad Lutfi
lutfi_ishak@yahoo.com
muhammadlutfi.blogspot.com
0132650876


Sesiapa yang berminat (mantan MPR atau bukan) sila tinggalkan alamat e-mel di ruangan komen untuk mendapatkan borang pendaftaran dan surat undangan (sekiranya belum ada).
Lagi butiran perhimpunan di entri sebelum ini.

8 komen:

Azree Ariffin said...

terasa rugi benar tak dapat turut serta... :(

Unknown said...

anisyusof@gmail.com..

Anonymous said...

spunky_amilah@yahoo.com

Aliff Mustakim said...

minat..
aliffmustakim@gmail.com

Isma Ae Mohamad said...

Saya boleh sertai?Bukan warga Malaysia.

Nissa' Yusof said...

Sdr Isma Ae, tak pasti pula saya. Tapi kalau betul berminat boleh hubungi urus setia.

Anna said...

ami.akimoto@gmail.com

Isma Ae Mohamad said...

Oh, tidak mengapa. Mungkin lain program saya boleh ikuti. Saya ini hanya ingin kembali ke persuratan Melayu.

Blog Widget by LinkWithin
top