Review Tunas Cipta April 2009

tanam selasih di tepi ampaian,
    memuat kopi ke Indera Giri,
        bawa bersama kemang keladi.
kalau kasih tidak kesampaian,
    ibarat mimpi di siang hari,
        umpama bunga kembang tak jadi.

TC April membawa fokus cinta dalam karya remaja. Perlukah cinta dalam karya? Rosakkah karya dengan tema cinta? Ikuti kupasan dua penulis hebat, SM Zakir dan Ummu Hani Abu Hassan berkenaan isu ini.

Tahniah kepada mantan MPR yang mewarnai TC bulan ini dan terima kasih kepada editor TC, Bonda Ani.

Berikut merupakan senarai tulisan oleh mantan MPR:


Esei Bulan Ini

Mewajahi Cinta dalam Novel Pop
Ummu Hani Abu Hassan (MPR 1999)

Sejambak Ilham

Sang Kelip-kelip
Raehan Intisor (MPR 2008)

Darah Dia
S. Tuahada (MPR 2007)

Seinci Ruang
Mohd Faizal Nizam Mohd Fuad (MPR 2006)

Nukilan Pena

Ada Merpati Terbang di Gaza
Khairul Nizam Abd Raub (MPR 2000)

Cempaka di Belantara Tulip
Shaidah Shafei (MPR 1988)

Buah Pena Alumni MPR

"Dunia remaja sentiasa penuh warna, kaya rasa dan tinggi iltizam, itulah yang membuatkan saya berasa teruja menjadi remaja purba."
Shaidah Shafei (MPR 1988)

Novel Bersiri

Nama Eng Bahlut
Siri 16: Nik Tenem
Faisal Tehrani (MPR 1994)



Maaf jika ada nama yang tercicir, sila tambah di ruangan komen atau shoutbox.

Juga tahniah kepada Nasriah Abd Salam yang sudah memulakan bab pertama novel bersiri beliau di ruangan novel bersiri majalah Aniqah bulan April, menggantikan novel bersiri senior MPR juga, kak Nisah Hj Haron yang tamat pada bulan lepas.

0 komen:

Blog Widget by LinkWithin
top