Majlis Amal Hari Palestin Bersamamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dengan hormatnya dimaklumkan, Jabatan Sastera DBP akan mengadakan Majlis Amal Hari Palestin Bersamamu pada 6 Februari 2009. Pelbagai acara diadakan untuk mendapatkan kutipan amal untuk Palestin. Antara acara yang bakal berlangsung pada hari tersebut ialah Persembahan Amal Kumpulan Cahaya, UiTM, Sesi Kraf Tangan Bersama-sama PURNAMA, Sesi Lelongan (Hamper) Buku Sastera, Baca Puisi dan sebagainya. Pada sebelah malamnya pula merupakan acara kemuncak kerana akan berlangsung program Deklamasi dan Nyanyian Lagu Puisi.

Selain itu, akan diadakan juga tayangan amal filem “Wayang” karya dan arahan Prof. Dr. Hatta Azzad Khan. Tayangan amal ini bertujuan bagi mengumpul sumbangan untuk tabung Palestin Bersamamu.

Untuk makluman, tayangan amal ini akan diadakan pada 6 Februari 2009, bermula jam 9 hingga 10.10 pagi di Auditorium DBP. Untuk menyaksikan tayangan filem ini, tiket-tiket berharga minimum empat ringgit sahaja boleh didapati di Bahagian Penerbitan Sastera dengan menghubungi Sdr. Norazian Ahmad di sambungan 2604, Sdr. Nurdiana Mohd Noor di sambungan 2682 atau Sdr. Md Shukri Hamzah di sambungan 2673 sebelum 5 Februari 2009. Tiket adalah terhad.

Tuan/Puan dijemput hadir ke DBP sambil beramal untuk tabung Palestin Bersamamu.

Fazilah Mohamedeni
fazilah[AT]dbp.gov.my
Urus Setia Sahabat PURNAMA

0 komen:

Blog Widget by LinkWithin
top