Jualan Buku "Tabung NSTP untuk Gaza

Assalamualaikum,
Rakan-rakan Kelab Alumni MPR,
Berhubung dengan perkara di atas, kami sekali lagi ingin menawarkan satu gerai untuk jualan buku-buku yang dikendalikan oleh Kelab Alumni MPR. Jualan tersebut bermula pada 9.00 pagi - 10.30 malam. Antara programnya ialah baca puisi, persembahan lagu-lagu puisi, tayangan amal filem Wayang, sesi bercerita kanak-kanak, lelongan buku, jualan makanan dll. Atur cara yang sebenar akan diemelkan kemudian.
Perkara ini boleh dihebahkan kepada umum, blog kerana program ini terbuka dan percuma untuk orang awam. Kami benar-benar mengharapkan agar program ini dihadiri oleh rakan-rakan Alumni MPR dan sesiapa sahaja.
Terima kasih...
MALISSA AB. MALIK
Pen.Pegawai Perancang Bahasa
Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan
Jabatan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
03-21481240 (telefon)
03-21414109 (faks)

3 komen:

Nissa' Yusof said...

ini pengumuman atau tanya pendapat? hehe.

Saya boleh datang lepas zohor, insyaAllah.

Ode, tempahlah rumah puspanita, bolehlah ramai-ramai datang program malam tu :)

Azree Ariffin said...

pengumuman pun yer, tanya pendapat pun yer. haha.

ODE said...

hahaha....tanya lan la nissa`.

Blog Widget by LinkWithin
top