PASCA SEMINAR KEBANGSAAN PUISI MELAYU TRADISIONAL

Moderator berkesempatan untuk mengikuti Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 dan 25 Januari 2008. Ucap utama seminar ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr, Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara. Sebanyak 15 kertas kerja telah dibentangkan meliputi genre-genre pantun, syair, gurindam dan nazam. Diharapkan mantan-mantan MPR juga selepas ini berminat untuk memperbanyakkan lagi khazanah penulisan di dalam bidang puisi melayu tradisional ini. Berikut beberapa gambar yang ingin dikongsi bersama.

Jejaka-jejaka kacak MPR: MF Kencana, Azree Ariffin, Ridzuan Harun

bersama Bonda Ani

bersama SN Muhammad Haji Salleh (dan dua orang staf DBP)

Salina Ibrahim, Bonda Ani, MF Kencana, Azree Ariffin

Berbincang: Nissa' Yusof, Salina Ibrahim, Bonda Ani, MF Kencana

.
.
.

RUANGAN BUAH PENA ALUMNI MPR

Perhatian!

daripada meja editor Tunas Cipta:

Tunas Cipta memerlukan mantan MPR tahun 2000 dan ke bawah untuk menghiasi ruangan Buah Pena Alumni MPR. Sila hantar biodata lengkap ke meja editor atau hubungi terus Bonda Ani untuk sebarang pertanyaan.


SEMINAR KEBANGSAAN PUISI MELAYU TRADISIONAL

ATUR CARA

HARI PERTAMA - 24 NOVEMBER 2008 (ISNIN)

Ucapan Alu-aluan
Encik Kamarul Zaman Shaharudin
Timbalan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka

Majlis Perasmian
Y.B Dato’ Razali Ismail
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Ucap Utama
Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
Sasterawan Negara
Di Depan Nyanyian Yang Semakin Menyayup:
Puisi Lisan Pada Kurun Ke-21.

Sesi I

Dr. Tenas Effendy
Dato’ Prof. Dr. Siti Hawa Salleh


Sesi II

Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim
Penemuan Repotoire Melodi Syair Melayu –
Satu Paradigma Baru Dalam Pembangunan Puisi Melayu Traditional

Puan Rahimah Hamdan
Gender dalam Syair-syair Sastera Hikayat

Puan Hasrina Baharum
Syair Ibadat: Kreativiti Pengarang
Zaman Bahari dalam Menyebarkan

PERTANDINGAN AKHIR BERBALAS PANTUN ANTARA KEMENTERIAN
KALI KE-5
09.00 mlm – 09.45 mlm


HARI KEDUA - 25 NOVEMBER 2008 (SELASA)


Sesi III

Encik Lokman Abdul Samad
‘Wahui’ Genre Pantun Suluk di Sabah

Encik Maman S. Mahayana
Pantun Sebagai Potret Sosial Budaya Tempatan:
Perbandingan Pantun Melayu, Jawa, Madura, Dan Betawi

Puan Musazliza Mustan Shir
Pantun Jakun: Penciptaan dan Alam Sekitar


Sesi IV

Puan Rogayah A. Hamid
Pola Pembayang dalam Pantun

Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
Kritikan Sosial dalam Pantun Melayu:
Lambang Ketekalan Minda Melayu

Dr. Fadzilah Abd Rahman
Puisi Melayu Tradisional:
Yang Dikendong Takkan Keciciran?

Sesi V

Prof Madya Dr. Noriah Taslim
Syair yang Hilang Kelunakannya:
Pemecahan Konvensi dalam Syair Peralihan

Dr. Samsina Abd. Rahman
Ketekalan Minda Melayu dalam Gurindam

Encik A. Razak Panaemalal
Nazam Haji Mustofa Tohir Nakhon :
Cerminan Ketekalan Minda Ketauhidan Melayu-Muslim Thailand

Maklumat Lanjut : www.dbp.gov.my

KUMPULAN PUISI CINTA - IDA MUNIRA


Judul: Cinta
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Ida Munira Abu Bakar
Halaman: 85
Penerbit: Karyanet, DBP
ISBN: 983-62-9497-X
Tahun: 2007
Harga: RM13

CINTA merupakan kumpulan puisi kedua Ida Munira Abu Bakar, mantan MPR 2004, yang menghimpunkan sejumlah 76 buah puisi bertemakan cinta. Naskah ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Syukur, Kita dan Dua Jiwa.

'Bila ditelan luhurnya cinta
papa benda gelengku puja
berbudi bukan emis peminta
cintaku hati yang kaya manusia..'

Sinopsis Karyanet:
Kumpulan puisi ini mengandungi 76 buah puisi yang bertemakan 'cinta' dalam kehidupan manusia. Puisi yang dipilih menggambarkan rasa cinta yang ditujukan kepada Tuhan, kasih sayang ibu bapa/keluarga dan alam. Menerusi penerbitan buku antologi Puisi Cinta ia memberikan peringatan dan kesedaran menginsafkan manusia untuk mensyukuri nikmat pemberian Tuhan, hidup dalam suasana kasih sayang dan menjaga alam sekitar dari kemusnahan.

Beli Kumpulan Puisi Cinta versi e-buku di sini


Novel dakwah pikul tugas bantu pembaca

Disalin dari ruangan Sastera, Berita Harian (Oleh: Nazmi Yaakub)

BLOG Zaid Akhtar Online di alamat http://www.myzaidakhtar.blogspot.com berkongsi impian penulisnya, Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar untuk menjadikan penulisan novel dakwah sebagai usaha pengarang Muslim melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar, sekali gus membentuk generasi ulul albab.


Pengarang itu berharap karya dakwah yang dihasilkannya mampu mencapai sasaran menjadikan novel dakwah sebagai model kepada pembaca dengan mewujudkan watak protagonis pelajar Islam yang memiliki cita-cita tinggi dan kuat semangat Islam serta mempunyai sifat baik atau mahmudah, bijak bertindak dan sensitif dengan hal ehwal sekelilingnya.

“Dalam novel dakwah, watak sebegitu yang perlu ditonjolkan sebagai qudwah hasanah atau contoh yang baik agar pembacanya terkesan dengan bahan bacaan terbabit.

“Pembaca kontemporari bukan saja mesti peka dengan isu semasa dan nasib umat Islam di negara lain, bahkan harus prihatin dengan ancaman musuh Islam yang merosakkan umat Islam dengan ghazwul fikri (serangan pemikiran) dan ghazwul tsaqafi (serangan budaya) yang sangat terancang,” laporannya dalam laman terbabit.


Graduan Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab) daripada Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan, ini mengakui masyarakat sering dilambakkan dengan karya berbau cinta ‘asyik-masyuk’, hanyut tenggelam dan melalaikan sehingga karya berunsurkan dakwah perlu hadir sebagai alternatif kepada pembaca.

Sungguhpun demikian beliau tidak melarang mereka yang berkecenderungan menghasilkan novel cinta, beliau mengingatkan agar karya tampil dengan kisah cinta yang terkawal dan selari dengan batas Islam seperti tidak bergaul bebas, patuh ibu bapa dan taat memelihara syariat.

Sebagai penulis yang berpengalaman menghasilkan karya berunsur Islam, Zaid Akhtar memberi beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menghasilkan teks bermutu dalam genre ini dengan menyelitkan pemikiran dan ilmu yang berupaya membangunkan diri serta rohani pembaca.

“Karya dakwah yang mempunyai jati diri Islam dan Melayu di negara ini mampu bertindak sebagai perisai kepada pembaca genre ini dalam menghadapi serangan budaya dan pemikiran buruk yang bertali arus daripada pelbagai arah,” katanya.

Novelis dan cerpenis kelahiran Endau, Mersing pada 16 April 1977 ini dikenali dengan novel, Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus dan Justeru Impian di Jaring yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan manakala novel terbarunya, Salju Sakinah, memasuki carta terlaris di pasaran.

Zaid Akhtar yang berkhidmat sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, kini menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya (UM).

Preview Tunas Cipta Edisi November 2008


Tunas Cipta (TC) keluaran November kali ini mengupas isu berkenaan karya kreatif. Ikuti kupasan dua orang mantan MPR dalam ruangan Esei Bulan Ini berkenaan isu ini iaitu Faisal Tehrani dan Nisah Haji Haron.

Karya mantan MPR yang memeriahkan TC November ialah:

(menurut urutan muka surat)

Nukilan Pena

Bilik Di Bawah Tangga
Wan Nor Azriq Wan Mokhtar (MPR 2007)

Namanya Willem de Kooning
Hafizah Iszahanid (MPR 1994)

Buah Pena Alumni MPR

"Selepas MPR 2004, saya mungkin terlambat untuk menyedari bahawa sebenarnya penulisan adalah cinta pertama."
Hafizah Iszahanid (MPR 1994)

Esei Bulan Ini

Menukang Karya Secara Kreatif
Faisal Tehrani (MPR 1994)

Kitalah Apa Yang Kita Tulis
Nisah Haji Haron (MPR 1993)

Novel Bersiri

Nama Eng Bahlut
Siri 11: Aroma Takdir
Faisal Tehrani (MPR 1994)

*** Jika ada nama mantan MPR yang pihak kami terlepas pandang pada keluaran kali ini, mohon tinggalkan pesan di Cbox atau ruang komen. Terima kasih.

SEMINAR KEBANGSAAN PUISI MELAYU TRADISIONAL

(Ambilan daripada laman DBP)

Secara umum, puisi Melayu Tradisional telah berkembang seiring dengan kemunculan tamadun Melayu di Nusantara. Genre puisi sebagai satu daripada hasil susastera amat berfungsi dalam kehidupan masyarakat dahulu. Puisi-puisi yang diucapkan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan ekspresi jiwa tetapi turut membicarakan soal-soal kosmologi dan kosmografi alam Melayu.


Hari ini, masyarakat telah mengenali pelbagai bentuk puisi Melayu tradisional yang telah diwarisi secara turun-temurun berdasarkan fungsi dan tujuan seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam dan sebagainya.


Namun begitu, puisi-puisi Melayu tradisional ini semakin hari semakin berubah, sesuai dengan kehendak zamannya dan generasi yang mewarisinya. Melalui pertembungan dengan budaya luar yang senantiasa berkembang, genre dalam puisi Melayu terus menerima impaknya dengan mengadaptasi dan menyesuaikan dengan kehendak zaman.


Oleh itu, puisi-puisi Melayu tradisional yang juga merupakan sebahagian daripada ‘karya agung’ bangsa Melayu di Nusantara mestilah dinilai kembali untuk melihat sejauh mana adaptasi dan penyesuaian yang berlaku itu sesuai dengan kehendak zaman dan seterusnya dapat mengekalkan ciri-ciri jati puisi Melayu tradisional yang kita warisi hari ini.


OBJEKTIF

  • Untuk mengkaji dan membuat penilaian semula terhadap perkembangan puisi Melayu tradisional di Nusantara
  • Untuk melihat kembali kekayaan pemikiran yang terdapat dalam puisi-puisi Melayu tradisional dalam setiap etnik Melayu di Nusantara.
  • Untuk memulihara dan memalarsegarkan puisi Melayu tradisional kepada generasi baharu.
  • Untuk membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para sarjana, pengamal dan peminat puisi Melayu tradisional seterusnya merangka strategi untuk menyemarakkan puisi Melayu tradisional.
  • Mengumpulkan dan mempertemukan para sarjana, pengamal dan peminat puisi Melayu tradisional di Nusantara.

PEMBENTANG

Pembentang kertas kerja terdiri daripada para sarjana dalam dan luar negara serta pengamal puisi Melayu tradisional.


KERTAS KERJA

Sebanyak 19 kertas kerja dalam enam (6) sesi selama dua (2) hari akan dibentangkan dalam seminar ini.


Tema

“Ketekalan Minda Melayu”

Tarikh

24 & 25 November 2008

Tempat

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, Malaysia.


Penyertaan terbuka kepada orang ramai yang meminati puisi Melayu tradisional. Penyertaan adalah PERCUMA.


Saifullizan Yahaya/Musazliza Mustan Shir
Tel.: 03-21482480,
03-2148 1092,
03-2148 2491
Faks: 03-21414109
E-mel: saif@dbp.gov.my
musazliza@dbp.gov.my


Blog Widget by LinkWithin
top