ASTAKA MINDA : Baca Naskhah Klasik

Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan acara Baca Naskhah Klasik : Hikayat Nakhoda Muda pada 23 April ini. Hikayat ini bukan sahaja setakat kisah pelayaran semata-mata bahkan mengangkat martabat wanita dan membebaskan wanita daripada norma masyarakat pada zamannnya. Wanita berjuang untuk membuktikan kasih sayang antara saudara walaupun terpaksa menyamar untuk membuktikan kemampuannya itu. Di samping itu, sebagai wanita, sifa kewanitaan, iaitu sopan santun, beradab, berbudi bahasa dan lemah lembut tetap terpelihara.

ATUR CARA

9.00 pagi : Pendaftaran - Kudapan
9.15 pagi : Penerangan Tentang Penghakiman
9.30 pagi : Baca Naskhak Hikayat Nakhoda Muda
11.30 pagi : Baca Puisi
11.45 pagi : Ulasan dari Panel Hakim - Penyampaian Hadiah dan Sijil
12.00 tgh : Bersurai
(Sumber - Dewan Bahasa & Pustaka)

Deklamasi : Menyembelih Haiwan




Deklamasi puisi "Menyembelih Haiwan" karya Fahd Razy oleh Rahimidin Zahari sewaktu Diskusi Karya Eceran Mantan MPR 2007.

(Sumber : Fahd Razy)

Promosi : Buku Antologi Cerpen Palestin

Oleh Azree MH (http://www.studiomuslim.com/)
Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya buku antologi Palestin ini dapat juga disiapkan. Beberapa perkara melambatkan sedikit penerbitan buku ini.


Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua penulis yang menyumbang karya untuk antologi ini. Dan tidak dilupakan juga penulis-penulis dari website esastera.com yang turut memberi sokongan.


Karya-karya anda memang baik dan mengesankan!


Tidak lupa juga kepada pihak editorial, Bro Wan Am, dan pihak JIMedia yang memberikan sumbangan tenaga dan kewangan. Semoga usaha saudara semua beroleh keberkatan.


Harapan saya dengan terbitnya buku ini, kesedaran tentang isu Palestin kembali berputik dan dapat memberikan impak yang besar kepada pembacanya. Perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada pendudukan Israel perlu ditangani dengan apa jua cara sekalipun.


Biarpun kita tidak dapat membantu mereka (rakyat Palestin) di sana, namun moga pendekatan seumpama ini setidak-tidaknya dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka.


“Saya yakin kehadiran buku ini di kalangan rakyat Malaysia mampu menyampaikan mesej perjuangan Palestin kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan belia.


Saya juga percaya usaha murni para penulis kreatif sehingga terbitnya antologi cerpen ini akan mendorong kalangan sasterawan dan lingkungan penulis literary circle untuk mula meneroka penulisan kreatif demi mendukung perjuangan rakyat Palestin.” –Dr Hadfizi-


Senarai cerpen dan penulis:


1. Mujahid Kecil – Khairunnasriah
2. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin – Huda Soid
3. Hujan Mengguyur di Al-Quds – Fahd Razy
4. Warkah Kala Hari-hari Berdarah – Ghafirah Idris
5. Skizofrenia – Noor Azree
6. Rebah di Pangku Wahyu – Dini Syarif
7. Izrail Sibuk di Gaza – Hafeziftiqar
8. Untukmu Palestin – Nuaym Budiman
9. Senja di Jabaliya – Mohd Khairul Adha Mohd Jamil
10. Imma Sa’adah Wa Imma Syahadah – Wan Yusra Hananah
11. Wanita Anak Palestin – Ilhami
12. Espirit De Corps – Nimoiz TY
13.Beza Dua Wajah – Safiyah
14. Mawar Itu – Ummu Afeera Zainulabid
15. Setulus Cintamu Mujahid – Umi Khaltum Abdullah


Untuk Tempahan
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah emelkan kepada saya di azree.mh@gmail.com.
Harga asal – RM15.
Harga promosi – RM12.
Kos penghantaran perlu ditambah RM3.

FORUM MALAYSIA MEMBACA

BukuOnline dengan bangganya menjemput seluruh warga Kelab Alumni MPR ke Forum Malaysia Membaca yang bakal diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Penyertaan adalah PERCUMA.

Tarikh : 13 April 2008 (Ahad)
Masa : 4-6 petang
Tempat : Pentas Prima - Dewan Tun Razak 2

Sumber : Khairusy Syakirin Has - Yun (MPR1994)

SEIMBAS BELEKAN DEWAN SASTERA - APRIL 2008


Dewan Sastera April 2008 memberikan tumpuan kepada seorang penyair mapan iaitu A. Latif Mohidin - Penyair Alam Penyair Kalimat. Latiff Mohidin merupakan seniman penyair dan pelukis yang sangat terkenal, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Kekuatan imaginasi dan kreativitinya menggunakan bahasa, warna, dan garis menjadikan sajak ciptaannya unik. Ditambah pula dengan perasaannya yang halus, fikirannya yang kritis, dan sajaknya dicipta berdasarkan pada ilmu yang diaplikasikannya, maka hasil karyanya sangat bermutu. Untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut, dapatkan Dewan Sastera di pasaran segera! Tahniah juga kepada para mantan yang karyanya tersiar pada bulan ini. Antaranya :

FOKUS
Permata Negeri Milik Semua - Nisah Haji Haron (1993)

Alummi MPR
Ahmad Zafran (1974 - 2008) - Nisah Haji Haron (1993)
Ahmad Zafran: Membekas dan Kekal dalam Ingatan - Zaid Akhtar (1994)

PUISI BULAN INI
Di Negeri Tersalib - Rahimidin Zahari


CERPEN TUNAS CIPTA
Lembing Sparta - Hafizul Osman (2007)
Srengenge - Nai Boon Mee (2007)
Noktah Masih Jauh - Nor Hidayah Illias (2007)
Gadis Kecil - Hafizah Iszahanid (1994)

SAJAK TUNAS CIPTA
Batasan Hukum - Mohd Azree Mohd Ariffin (2005)
Sesumpah - Mohd Firdhaus Hasraf Hassan (2006)
Esok Tetap Rahsia - Nazira Mohd Noor (1999)

Jika ada nama-nama mantan yang kami terlepas pandang, harap maklumkan kepada kami di ruangan komen. Terima Kasih

Bengkel Hak Cipta [Percuma]


Bengkel Hak Cipta sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.


Tarikh : 12 April 2008 (Sabtu)
Masa : 10 pagi - 2 petang
Tempat : Bilik Johor/Kedah, PWTC, Kuala Lumpur
Penceramah : Nisah Haji Haron
Penganjur : Dewan Bahasa dan Pustaka & PEKOMIK

Penyertaan PERCUMA.


Sila e-mel Puan Nisah Hj Haron untuk menyertai bengkel ini : nisah.haron@gmail.com
{Sumber : Blog Nisah Hj Haron}

Sekitar Pesta Buku

Serba sedikit mengenai aktiviti mantan-mantan MPR sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.





Dapatkan segera antologi 9! dan 12! di gerai WIRABUKIT di Lot 2088 & 2089, Dewan Tun Razak 2 (TR2)



mantan-mantan MPR ceria bersama SN A. Samad Said di gerai Wira Bukit.
Dari kiri Nissa' Yusof (MPR 2006), Ode (MPR 2002), MF Kencana (MPR 2006) dan Azree Ariffin (MPR 2005).


jejaka-jejaka tampan MPR di gerai Wira Bukit. Di belakang mereka adalah kaunter buku-buku mantan MPR.


Pertemuan Mantan MPR2007

MINGGU PENULIS REMAJA 2008
20 – 26 NOVEMBER 2008


Syarat dan Peraturan Penyertaan:
  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 17 – 21 tahun.
  • Peserta mestilah pernah menghasilkan karya kreatif dalam mana-mana media tempatan, dengan syarat menyertakan salinan karya yang pernah tersiar kepada urus setia.
  • Peserta mestilah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan kreatif.
  • Bayaran RM30.00 seorang dikenakan bagi setiap penyertaan.


Urus setia:

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan keterangan lanjut, sila hubungi:


Urus Setia,
Minggu Penulis Remaja (MPR) 2008,
Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA),
Jabatan Sastera, Tingkat 21, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

(u.p.: Puan Nawal Hanim Haji Lope Zainal Abidin)

Tel. : 03-21481148/013-3332808
E-mel : mailto:shahrun@dbp.gov.my/arroy@dbp.gov.my
Laman Web DBP : http://www.dbp.gov.my
Faksimili : 03-21414109

Tarikh tutup penyertaan: 1 Ogos 2008

***Untuk pengetahuan lanjut sila lawat laman web Dewan Bahasa & Pustaka

Undangan Menghadiri Forum Hak Cipta

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Selangor (PPS) akan mengadakan Forum Hak Cipta. Forum ini bertujuan untuk membincangkan tentang masalah dan permasalahan terkini isu hak cipta penulis. Sejurus selepas forum ini, Mesyuarat Agung PPS kali ke-14 akan diadakan. Berikut butiran majlis tersebut :

Panel :
Dato' Dr. Anwar Ridhwan (mantan Pengarah Penerbitan DBP)
Prof. Dr. Kamal Halili Hassan (Dekan Fakulti Undang-undang, UKM)
Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (UM)

Pengerusi :
Puan Nisah Haji Haron

Tarikh : 05 April 2008 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengahari
Tempat : Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL.

Semua dijemput hadir.

(Sumber : Persatuan Penulis Selangor)
Blog Widget by LinkWithin
top