Perhimpunan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR)

Satu sumber terbaharu yang boleh diperoleh dari laman web Dewan Bahasa & Pustaka


Perhimpunan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR)
Dewan Bahasa & Pustaka dengan kerjasama Kelab Alumni MPR akan merancang untuk menganjurkan satu Perhimpunan Alumni MPR pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon semua mantan MPR (1985-2006) untuk menghubungi kami melalui telefon, surat, faksimile ataupun emelkan maklumat diri supaya memudahkan kami menghubungi saudara. Kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Alamat surat menyurat:

Urus Setia Perhimpunan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR),
Bahagian Pergembangan Sastera Kebangsaan,
Tingkat 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

u.p: Puan Malissa Ab Malik
Telefon: 03-21481240
Faksimile: 03-21414109
Emel: malissa@dbp.gov.my


***Diminta jasa baik semua Mantan MPR untuk memberi kerjasama dalam mempermudahkan pihak Dewan Bahasa & Pustaka menghubungi anda bagi urusan Perhimpunan Alumni MPR ini. Semoga dengan kerjasama yang diberi perhimpunan ini akan dapat dijalankan seperti yang dirancang. Insyallah.

KITA KEHILANGAN

Saudara Mantan MPR,
salah seorang mantan MPR, abang senior kita yang berwajah lembut sudah kembali menemui Allah pagi tadi. Al-Fatihah buat saudara Zafran, mantan 1993 atau seringnya dikenali sebagai Panah Arjuna - http://panaharjuna.blogspot.com/

Sedekahkan sesuatu buat beliau..

SEIMBAS BELEKAN DEWAN SASTERA, FEBRUARI 2008


Ucapan tahniah buat karya dan tulisan mantan-mantan MPR yang dipilih oleh editor untuk menghiasi penerbitan Dewan Sastera bulan ini. Dengan menampilkan SN Shahnon Ahmad sebagai Karyawan Bulan Ini, fokus yang dihidangkan – Pemikiran Shahnon Ahmad, Dari Desa ke Persada Antarabangsa. Juga menarik, Alumni MPR menampilkan Khairul Nizam Abdul Raub yang Lebih Selesa Tidak Dikenali. Namun, sebagai wadah maya perhimpunan mantan-mantan MPR, kami menggalakkan kalian mengenali siapa dia Khairul Nizam Abdul Raub. (Kalau adik-adik junior mantan MPR 2007 nak tahu, inilah dia abang yang seronok dan suka dengar kalian berpantun sewaktu malam penutup MPR 2007 tempoh hari, sambil suap nasi lauk ayam sambil suka dia bertepuk tangan. Meh kenal dia, meh…)


SURAT KEPADA EDITOR
Sisipan Tunas Cipta Mengganggu? – Anis Sarah, mantan 2007
Wujudkan Ruangan Analisis Karya dalam Sisipan Tunas Cipta – Ghafirah Idiris, mantan 2004

PUISI
Saudara yang Menggunting Kertas – Roslan Jomel, mantan 1991
Potret di Wajah Bulan - Amalia Fauza Bohari, mantan (?)
Puisi Buat Waid - Jamilah Mohd Nordin (2007)

CERPEN
Terra Nullius – Nasriah Abdul Salam, mantan 2005
Cahaya Itu Belum Terpadam – Khairul Nizam Abdul Raub, mantan 2000
Terima Kasih Untukmu – Hani Salwah Yaakup, mantan 2001

REAKSI
Kekuatan Simbol dalam Cerpen “Semboyan.” – Wan Nor Azriq, mantan 2007


Jika ada nama-nama mantan yang kami terlepas pandang, harap maklumkan kepada kami di ruangan komen.
Blog Widget by LinkWithin
top