SEMINAR KEBANGSAAN PUISI MELAYU TRADISIONAL

(Ambilan daripada laman DBP)

Secara umum, puisi Melayu Tradisional telah berkembang seiring dengan kemunculan tamadun Melayu di Nusantara. Genre puisi sebagai satu daripada hasil susastera amat berfungsi dalam kehidupan masyarakat dahulu. Puisi-puisi yang diucapkan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan ekspresi jiwa tetapi turut membicarakan soal-soal kosmologi dan kosmografi alam Melayu.


Hari ini, masyarakat telah mengenali pelbagai bentuk puisi Melayu tradisional yang telah diwarisi secara turun-temurun berdasarkan fungsi dan tujuan seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam dan sebagainya.


Namun begitu, puisi-puisi Melayu tradisional ini semakin hari semakin berubah, sesuai dengan kehendak zamannya dan generasi yang mewarisinya. Melalui pertembungan dengan budaya luar yang senantiasa berkembang, genre dalam puisi Melayu terus menerima impaknya dengan mengadaptasi dan menyesuaikan dengan kehendak zaman.


Oleh itu, puisi-puisi Melayu tradisional yang juga merupakan sebahagian daripada ‘karya agung’ bangsa Melayu di Nusantara mestilah dinilai kembali untuk melihat sejauh mana adaptasi dan penyesuaian yang berlaku itu sesuai dengan kehendak zaman dan seterusnya dapat mengekalkan ciri-ciri jati puisi Melayu tradisional yang kita warisi hari ini.


OBJEKTIF

  • Untuk mengkaji dan membuat penilaian semula terhadap perkembangan puisi Melayu tradisional di Nusantara
  • Untuk melihat kembali kekayaan pemikiran yang terdapat dalam puisi-puisi Melayu tradisional dalam setiap etnik Melayu di Nusantara.
  • Untuk memulihara dan memalarsegarkan puisi Melayu tradisional kepada generasi baharu.
  • Untuk membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para sarjana, pengamal dan peminat puisi Melayu tradisional seterusnya merangka strategi untuk menyemarakkan puisi Melayu tradisional.
  • Mengumpulkan dan mempertemukan para sarjana, pengamal dan peminat puisi Melayu tradisional di Nusantara.

PEMBENTANG

Pembentang kertas kerja terdiri daripada para sarjana dalam dan luar negara serta pengamal puisi Melayu tradisional.


KERTAS KERJA

Sebanyak 19 kertas kerja dalam enam (6) sesi selama dua (2) hari akan dibentangkan dalam seminar ini.


Tema

“Ketekalan Minda Melayu”

Tarikh

24 & 25 November 2008

Tempat

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, Malaysia.


Penyertaan terbuka kepada orang ramai yang meminati puisi Melayu tradisional. Penyertaan adalah PERCUMA.


Saifullizan Yahaya/Musazliza Mustan Shir
Tel.: 03-21482480,
03-2148 1092,
03-2148 2491
Faks: 03-21414109
E-mel: saif@dbp.gov.my
musazliza@dbp.gov.my


0 komen:

Blog Widget by LinkWithin
top