AYUH HANTAR KARYA ECERAN ANDA!

*** Ini adalah entri pengumuman, untuk entri terkini sila skrol ke bawah

Perhatian kepada seluruh warga MPR. Semoga sihat walafiat hendaknya.

Satu - Karya Eceran

Selepas Majlis Diskusi Karya Novel & Kumpulan Puisi MPR 2008 yang telah berjaya diadakan pada 2 Ogos yang lepas, pihak urusetia dengan ini sedang dalam proses untuk mengadakan sebuah lagi Majlis Diskusi MPR pada hujung tahun ini yang akan melibatkan perbincangan Kumpulan Cerpen dan Karya Eceran (Puisi/Cerpen).

Justeru, pihak urusetia dengan ini ingin membuka peluang kepada mantan MPR 2000-2007 untuk menghantar karya eceran anda sama ada cerpen atau puisi untuk dibicarakan pada majlis diskusi tersebut. Karya anda itu haruslah pernah tersiar di mana-mana media seperti majalah dan akhbar (terutamanya terbitan Dewan Bahasa & Pustaka) sepanjang tahun 2007 dan 2008 serta meliputi pelbagai tema dan persoalan.

Anda boleh menghantar sebanyak mana pun karya kepada pihak urusetia, namun hanya satu karya sahaja daripada seorang penulis akan dipilih untuk dibicarakan untuk sesebuah genre. Senarai karya yang akan dibicarakan akan diumumkan kemudian oleh pihak urusetia. Penghantaran karya bolehlah diemelkan ke aktivitimpr[AT]gmail[DOT]com. Sila hantar karya anda sebelum 15 Oktober 2008.

Maka, apa lagi yang ditunggu? Jom hantar karya anda!

Dua - Gambar

Dengan rendah hati, pihak urusetia memohon kerjasama para mantan MPR dari tahun 1986 hinggalah 2007 yang masih menyimpan gambar-gambar semasa MPR (atau HSS) tahun masing-masing untuk menghantar gambar yang menarik dan sesuai (untuk tontonan umum) kepada emel nissa.yusof[AT]gmail[DOT]com. Gambar-gambar ini tidak akan disalahgunakan melainkan untuk tujuan berkongsi memori dan mengelakkan berlakunya rasa tidak puas hati atau bosan apabila hanya gambar yang sama sahaja dalam montaj MPR setiap program.

Maka, emelkan segera, walaupun sekeping gambar. Tidak perlu tajuk atau format tertentu, cuma nyatakan tahun MPR anda. Terima kasih!


12 komen:

Anonymous said...

Banyak gambar MPR saya simpan.Tapi nanti org bosan asyik2 saya je yg bagi gambar.Hehehe!

Nissa' Yusof said...

ala Kak Rai, janganlah macam tu. sedih saya :(

hani salwah yaakup said...

rasenya kak hani tak yah kasik gambar kot...sebab gambar koleksi kak hani dah jadi koleksi semua je...jadi tak payah kan?

Anonymous said...

rasanya masih byk lagi gambar mpr dalam simpanan saya. huhu.

Lily Haslina Nasir said...

Salam adik-adik,
Selamat hari raya.
Dalam simpanan akak ada juga gambar MPR tahun 1986.
Tapi bila tengok semula gambar tu terasa mcm gambar tu adalah gambar-gambar dinasour yg dah pupus!

Nimoiz T.Y said...

Saya takde pun gambar MPR. Sebab saya dulu tak pernah ada kamera. Huwaaa

Nissa' Yusof said...

hehe harap ada yang sudi emelkan gambar, terutama senior-senior yang memang diperlukan 'kenangan lalu' tu.. sebab sampai hari ni sekeping pun saya tak dapat lagi. tapi kalau dah macam gambar kak haslina tu, tak boleh juga nak buat kenangan.

tahun lepas (kalau tak silap) ada yang pergi minta pada DBP, tapi kata DBP tak ada simpan. huhu

Salina Ibrahim said...

akak ada banyak gambar mpr 91. dulu dbp sediakan jurufoto dan urusetia mpr di dbp akan poskan gambar tu pada kami, ikut yang muka ada dalam gambar la...kalau suka,boleh ambik terus gambar tu dan poskan bayaran dlm bentuk postal order. nasib baik dbp sediakan jurufoto sebab kami zaman budak2 dulu bukanlah pandai sangat berkamera2, tak ada kamera digital pun. cuma macam yang akak 'janji' dengan nissa, lepas scan akan diemelkan pada dia. sabor ye, kerja scan tu pun kena cari masa sesuai, maklumlah guna scanner 'harta kerajaan'...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya peserta MPR 1991 bersama-sama Salina Ibrahim, Uthaya Sangkar, Rosie Haslinda, Saharil. Sekarang dah tua....baru teringin nak menulis semula.....

Dima MAzlina Abu Bakar

Nissa' Yusof said...

hehe tak apa kak salina. faham .. faham :)

Anonymous said...

salam...
saya adaingin bertanya kepada sesiapa yang membaca.... macaam mane saya nak bagi karya saya

Nissa' Yusof said...

mantan MPR ke? kalau mantan, boleh emel karya ke emel yang sudah pun dinyatakan dalam entri ini. tapi tarikh penghantaran dah lama tutup, tapi kalau nak cuba hantar boleh juga, kalau2 urusetia masih boleh pertimbangkan :)

Blog Widget by LinkWithin
top