Emel Editor Tunas Cipta Yang Baharu

***Ini adalah kiriman emel dari Kak Nisah Haron mengenai Editor Baharu, Tunas Cipta (Puan Noraini atau Bonda Ani)

Salam.

Semalam saya ke DBP atas beberapa urusan. Sempat juga bertemu dengan editor baharu TC - Puan Noraini Abdul Hamid. Boleh panggil dirinya "Bonda Ani" - begitu katanya. Sangat mesra dan ramah orangnya. Katanya lagi, setiap pagi sejak akhir-akhir ini dia sangat seronok membuka e-mel kerana dia akan menerima emel berisi karya daripada penulis muda serata dunia. Sempat juga ditunjukkan kepada saya e-mel2 tersebut. Dia tak sangka begitu sekali sambutan yang diterima terhadap majalah yang bakal ditanganinya.

Untuk pengetahuan adik-adik juga, Bonda Ani merupakan graduan sastera dan memang minat dengan sastera walaupun sudah lama meninggalkan bidang tersebut kerana ditugaskan di beberapa tempat termasuk di bahagian buku teks DBP. Namun, beliau seorang yang sangat terbuka pemikirannya walaupun usianya mencecah hampir setengah abad.

Saya sudah minta beliau hadir untuk majlis diskusi mantan MPR Sabtu ini dan beliau sangat teruja dengan undangan tersebut (malah editor Dewan Sastera dan wakil Dewan Siswa juga sangat berminat untuk hadir). Jadi, bagi yang bercuti musim panas, gunakanlah kesempatan ini untuk berkenalan lebih lanjut dengan editor TC ini. Apabila kita kenal editor secara peribadi, banyak urusan dapat dipermudahkan - human factorlah katakan.

Mungkin dia wajar diperkenalkan secara rasmi dalam mana-mana bahagian majlis diskusi nanti (jika ada ruang yang mengizinkan). Beliau boleh dihubungi melalui e-mel :

noraini3@dbp.gov.my ataupun
nazira@dbp.gov.my (Puan Nazira Mohd Noor - penolong editor) - juga mantan MPR kan?

Jadi, silakan menulis. Wadahnya sudah disediakan. Hanya perlu diisi sebanyak-banyaknya.


ikhlas,
Nisah Hj Haron
www.annyss.blogspot.com
www.ujanailmu.com.my

1 komen:

Bie'z said...

Saya dh dptkn 2 keluaran TC.Syukur Alhamdulillah krn TC yg baharu lebih ceria dan menarik.Majalah yang bagus untuk penulis muda seperti saya menghantar karya.
Kepada Bonda Ani teruskan usaha agar Majalah TC terus mekar berkembang bak bunga di taman.Insya Allah

Blog Widget by LinkWithin
top